Monday, February 9, 2009

Resepi Membuat Roti Asas

Mari kita bukak subject ROTI. Wah macam belajar di kelas memasak lah pulak. Bukan apa, mama ada mendapat artikel tentang roti ini iaitu mengenai sejarah dan jenis2 roti. Kalau rajin bacalah ya...kalau malas just tengok2 aje gambar2 resepi roti ini.

Roti merupakan makanan tersedia paling tua, bertarikh semenjak zaman Neolithik apabila bijiran cereal dan air dicampur menjadi pasta dan dimasak.

Di zaman Mesir silam, penghasilan roti merupakan salah satu bahagian penting dalam penyediaan makanan, bersama dengan penghasilan bir; kedua-duanya mempunyai juga kepentingan keugamaan. Adalah dipercayai bahawa orang-orang Mesir mencipta oven tertutup pertama bagi pembakaran roti. Roti merupakan makanan ruji utama dalam diet bagi kebanyakan sejarah Europah, seawal semenjak 1000 BC sehingga masa kini. Sepanjang beberapa ratus tahun, jumlah pendapatan rumah Europah yang dibelanjakan bagi membeli roti telah perlahan-lahan berkurangan secara tetap dengan pengurangan kos penghasilan dan penggunaan per kapital. Otto Frederick Rohwedder dianggap sebagai bapa bagi roti potong. Pada tahun 1912 Rohwedder mula memajukan mesin yang mampu memotong roti, tetapi kedai roti keberatan menggunakannya kerana mereka bimbang roti akan masuk angin dan menjadi keras. Hanya pada tahun 1928, apabila Rohwedder mencipta mesin yang memotong dan membungkus roti, barulah roti keeping laris diterima. invented a machine that both sliced and wrapped the bread, that sliced bread caught on. Kedai roti di Chillicothe, Missouri adalah yang pertama menggunakan mesin ini bagi menghasilkan roti keping.

Selama beberapa generasi, roti putih dianggap roti bagi orang kaya sementara orang miskin makan roti gelap. Bagaimanapun konotasi ini berubah pada abad ke 20 dengan roti gelap dianggap mempunyai kandungan zat yang lebih tinggi berbanding roti putih sementara roti putih dikaitkan dengan kejahilan orang miskin mengenai zat permakanan. Baru-baru ini, pembuat roti domestik yang menghasilkan roti secara automatik menjadi popular di rumah.
Roti merupakan satu kumpulan makanan ruji yang disediakan dengan dibakar, dikukus, atau digoreng doh mengandungi paling kurang tepung dan air. Garam diperlukan dalam kebanyakan kes, dan bahan penaik boleh digunakan. Sesetengah roti turut mengandungi rempah (seperti biji caraway) dan bijiran (bijan, biji popi). Bijiran turut digunakan bagi tujuan hiasan..

Roti boleh dimakan begitu sahaja, sering kali dengan mentega, mentega kacang, atau mentega kekacang lain, atau pemanis seperti seri kaya, jem, jeli, marmalade, Vegemite, madu, atau digunakan sebagai bekas bagi sandwish. Ia mungkin hanya dimasak, atau kemudiannya dibakar, dan boleh dihidangkan samaada suhu bilik atau panas.

Roti sebaiknya disimpan dalam kotak roti untuk mengekalkan kesegarannya, kerana ia masuk angin lebih cepat pada suhu peti sejuk.
Jenis Roti

Roti merupakan makanan popular dalam masyarakat Barat. Ia seringkali dihasilkan daripada doh tepung gandum yang digaul dengan yis, dibenarkan naik, dan akhirnya dibakar dalam oven. Disebabkan kandungan gluten yang tinggi (yang memberikan doh rasa kekenyalan dan melantun), gandum merupakan bijiran paling biasa digunakan bagi penyediaan roti, tetapi roti juga dihasilkan daripada tepung rye, barli, jagung, dan oat, biasanya, tetapi tidak semestinya dicampur dengan tepung gandum.

Terdapat juga roti yang tidak ditambah sebarang bahan penaik (seperti yis), antaranya seperti roti canai, roti nan, capati dan sebagainya, di mana kebanyakan daripada jenis roti tanpa penaik ini berasal dari negara-negara Asia Tengah seperti India.
Oklah jom mama nak tunjukkan cara2 bagaimana membuat ROTI ASAS dengan penggunaan yis. Roti ini adalah basic membuat roti biasa yg tidak dicampur dengan apa2 jua flavour manisan atau rempah2.
ROTI TAWAR


500 gm tepung roti ataupun tepung gandum




5 ml bersamaan dengan 1 sudu teh bread improver/ pelembut roti


45ml bersamaan dengan 3 sudu besar butter


45ml bersamaan dengan 3 sudu besar gula pasir



45ml bersamaan dengan 3 sudu besar gula pasir


1.2 ml bersamaan dengan 1/4 sudu teh garam


300ml air yg dititikan dengan beberapa titik pewarna kuning

7.5ml bersamaan dengan 11/2 sudu teh serbuk mauripan
Kesemua bahan kering diayak dan disatukan
Tuang sedikit2 air ke dalam mangkuk pengadun

Adun bahan2 dengan kadar perlahan


Adunan jangan terlalu keras

Adunkan sehingga menjadi doh lembut dan biarkan dalam 10 minit

Setelah 10 minit hendaklah diuli lagi lebuhkurang dalam 5 minit

Bubuh doh di atas papan pencanai dan taburkan dengan sedikit tepung ketika mengadun dengan menggunakan kaedah tangan

Apabila doh benar lembut dan ikut suka jika ingin memotong doh dengan menggunakan pisau



Bulat2kan doh kecil2 dan dibubuh ke dalam loaf dish


Atau dibubuh saja doh ke dalam loaf dish begitu sahaja
Biarkan doh sehingga ianya kembang dan naik
Setelah hampir 1/2 jam


Doh yg telah naik 1 kali ganda


Bakar doh pada dengan menggunakan api atas bawah


Apabila roti telah masak keluarkan dari oven dan sapulah dengan butter di permukaan roti ketika roti masih panas untuk mengilatkannya




Roti yg siap dibakar dan sedia untuk dimakan sebagai sarapan pagi atau minum petang. Roti ini lagi sedap dimakan begitu sahaja ketika ianya masih panas dengan disapukan butter. Jika ianya telah sejuk sedap juga dimakan bersama jem, peanut, kari, sambal atau dicicah bersama teh tarik. Roti ini tahan selama 3 hari.
Nanti kita akan kembali lagi bersama dengan jenis roti yg lain pulak ya...masa lum ditentukan lagi kerana mengikut mood..hahahhaha....
chalowwwwww!!!!!!!!!!!!!!!!!

*Sebenarnya buat roti nie saja nak test oven baru...keh keh keh.....






















No comments: