Thursday, February 26, 2009

Pemakanan Yg baik Untuk Anak Kecil

Terlebih dahulu mama nak ucapkan tahniah kepada Atiqah dan Eddy kerana baru2 nie telah mendapat cahayamata seorang puteri. Tahniah dan semoga menjadi ibu bapa yg gemilang dalam mendidik anak2 yg cemerlang dan solehah. Dapat lagi mama dan papa seorang cucu. huhuhuhu.... walaupun cucu sedara. Tahniah juga kepada Abang Aziz dan Kak Zizah ke atas cucu kedua ini.

Oklah terlanjur dah ada baby tu so kami harap Atiqa rajin2lah ke dapur ya..... Kalau boleh bagi ank tu makan, makanan pertama mereka adalah dari air tangan ibunya sendiri. Masaklah dengan penuh kasih sayang tau. Makanan pepejal pertama baby sebaik2nya bukanlah yg instant mcm cereal, tapi kalau tak sempat apa nak buatkan.... Ingatlah makanan yg berkhasiat akan membantu kecergasan otak baby dengan berkesan sehingga dewasa. Oleh itu pekalah terhadap pemakanan ank2 kita. Lebih2 lagi di zaman yg serba moden ini kebanyakkannya daripada kita lebih memilih mknan mudah dan ringkas utk ank2 mereka. Jauhi makanan subhat dan carilah yg toyiban.(mcm real aje mama nie). Eh tapi betul apa....kan...kan...

Oklah mari kita belajar masak bubur utk baby...dan bubur ini juga boleh dimakan oleh org dewasa mcm kita nie..Apa salahnya sekali sekala berubah selerakan. Lagipun makanan sebegini baik untuk kesihatan.




kakak dan adik semasa baby...
Bubur Baby


brokoli yg sederhana besarnya dipotong2
seketul isi ayam
atau boleh dipilih diantara
ikan solmon
ikan kod
ikan tenggiri
daging cincang (sekali sekala)
(Biasanya mama beri daging putih kepada ank2 semasa mereka baby) dan
kentang
carrot
bunga kobis atau
bayam
sawi
labu
keledek
(Jangan campurkan lebih daripada satu jenis makanan buat permulaan kerana jika alahan berlaku mudah mengesan makanan yang patut dielakkan. Perkenalkan makanan satu demi satu dan tunggu 4 hingga 7 hari sebelum mencuba makanan lain.

Kesemua bahan disatukan bersama beras di dalam slow cooker dan biarkan ianya masak. Sebaik2 guna beras perang ataupun beras Sumo. Jika tiada slow cooker di rumah, masak bubur seperti biasa dan kukus daging/ikan serta sayur2an di dalam pengkukus ataupun kuali kemudian barulah disatukan ke dalam bubur. Bubur yg dimasak terlalu lama bersama sayur2an akan menghilangkan zat2 sayuran tersebut.


Untuk permulaan, makanan bayi hendaklah dikisar halus. Mama dulu menggunakan penapis halus (khas melenyek makanan bayi (alat ini boleh didapati di Mothercare) untuk menapis makanan sambil melenyeknya)

Cairkan makanan dengan menggunakan susu ibu atau susu formula yang bersesuaian seperti pisang, keledek dan labu manis serta carrot. Biasanya ank2 mama semasa baby hanya bersarapan dengan menu2 seperti berikut:-
telur rebus bersama kicap, keledek rebus, pisang yg dilenyek. tengahari pulak makan bubur di atas bersama jus buah apple, jus limau, jus betik, jus kurma utk mengelakkan sembelit. Jus2 tersebut bolehlah dibuat sendiri. Kami sekeluarga tidak pernah memilih atau memberi ank2 dengan cereal bijirin ataupun beras.Tapi bila mereka dah besar KFC, PIZZA dan McD pulak yg menjadi pilihan mereka. Bertuah punya anak.
Gambar cucuku tersayang (Cucu abang ipar ni sebenarnya)


Nur Aleeysha Raihanna



Nur Ain Natasya



































No comments: