Monday, February 23, 2009

Apam Lagi.....

Agaknya sekarang ni adalah minggu apam sedunia...mana2 tanya kawan2 semua buat apam..semua kukus apam...... apa hal ya? Sure nie gara2 AKAK APAM iaitu SHE...ekekkekekke ampun She. Oklah oleh kerana tak puas makan apam kemarin maka mam a buat lagi Kuih Apam. Kali ni pulak apam dari tepung beras.


Apam Tepung Beras
300 ml air

300 gm tepung beras


Tuangkan sedikit2 air ke dalam beras dan kacau biar sebati


200gm gula pasir


1 sudu besar yis segera atau mau-ripan


Gula dan yis disatukan ke dalam adunan tepung


Kacau sehingga gula larut

Bahagikan adunan kepada 3 bahagian.


Biarkan adunan sehingga naik dan berbuih.
(Yis yg baik adalah yg berbuih dipermukaan atasnya)


2 paket Eno utk 3 sudu kecil adunan


Masukkan 1 sudu kecil eno ke dalam setiap 1 adunan


Gaul rata dan warnakan setiap 1 adunan dengan warna yg digemari. Tinggalkan 1 warna asal


Panaskan kukus berserta dengan acuan terlebih dahulu. Apabila Air kukusan telah mendidih tuangkan adunan ke dalam acuan. Masukkan 2-3 helai daun pandan ke dalam air kukusan


Sejukkan apam setelah ianya masak sebelum dikeluarkan dari acuan


mmm..... Comelnya apamku..........

Jemput makan semua...

No comments: