Tuesday, November 10, 2009

Minum petang hujung minggu

Beludar ini pernah mama tunjukkan pada N3 yg lepas2 iaitu bagaimana cara membuatnya. Kuih dari istana negeri Johor yg dahulunya sangat digemari oleh Sultan Sir Ibrahim dan permaisurinya iaitu Sultanah Helen yang dikahwini oleh baginda di London pada 15hb Oktober, 1930 tetapi mereka tidak dikurniakan putera dan puteri dan jodoh mereka juga tidak berpanjangan. Selepas itu baginda sultan berkawin pula dengan dengan Miss Marcella Mendel, iaitu anak perempuan seorang janda bagi orang besar di Rumania yang duduk di Grosvenor House, London. Oleh perkahwinan itu maka jadi Lady Marcella Ibrahim dan ditarafkan menjadi Lady Yang Pertama di dalam negeri Johor dan mereka memperolehi seorang puteri yang diberi nama Tengku Maryam.
Beludar ini sangat digemari oleh kami sekeluarga terutama anak perempuan mama. Boleh lihat resepinya disini dan sangat mudah membuatnya cuma perlukan kesabaran saja.
Kali ini mama tidak membuatnya di dalam bekas aluminium tetapi mencubanya di dalam bekas yang diperbuat dari clay yang sangat cantik coraknya pada acuan tersebut.

Semasa menunggu untuk dibakar






empat acuan yang sama tetapi berlainan warna






boleh dihidangkan terus kepada tetamu bersama acuan ini





jemput makan semua





2 comments:

no64r said...

salam zu, disubuh yang hening ini..akak jumpe resepi beludar...nak tanya ada roti beludah dgn kek beludar ni memang beza sikitkan...akak ni selalu buat roti utk amali pelajar...akak akan cuba resepi roti beludar nanti ..InsyaAllah..tq zu..byk2 roti kami buat..ni baru jumpe ..roti yg lain sikit dr biasa...

Mama Vogue said...

Wsalam akak Nor.


Iya kak mmg beza sikit menurut mertua saya. resepi lama ni kak. Saya dapatpun dari mertua. Nak tanya akak ni cikgu masak memasak ke? Wah hebat ya akak ni. Untung saya berkenalan dgn cikgu pakar masak ni. Boleh lah akak turunkan ilmu masak memasak ni pd saya ya. Ada lagi satu roti naik kat johor ni diguna minyak sapi dan ibu rotinya bboleh dibuat sendiri. Tapi nak tunggu dia naik amik masa 10-12 jam tau akak. Bakar pakai arang.