Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut
Cinta yang bersemi
Diwaktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi...Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta iniSemesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini
Hujan yang turun bersama air mata
Bersama pedih, bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua
Rindu lagi...
Telling me just what a fool I've been
I wish that it would go and let me cry in vain,
And let me be alone again.
Now the only girl I've ever loved has gone away.
Looking for a brand new start!
But little does she know that when she left that day
Along with her she took my heart
Rain, please tell me, now does that seem fair
For her to steal my heart away when she don't care
I can't love another, when my heart's somewhere far away.
Rain, won't you tell her that I love her so
Please ask the sun to set her heart aglow
Rain in her heart and let the love we know start to grow.
Kedua2 lagu tersebut di atas adalah lagu yg sungguh nostalgia buat mama di masa lalu. Lagu Rhythm of the rain ni dahulu pada thaun 1989 telah dinyanyikan semula oleh Jason Donovan dan setiap hari mama mendengarnya ketika di dalam bas nak ke sekolah. Sampai sekarang mama akan menyanyi lagu ini utk anak2 bila hujan turun dan lagu Hujan itu adalah lagu Allahyarham Sudirman. Mama amat meminati beliau sehingga memiliki semua cd koleksi lagu2nya.
Namun bukan lagu2 itu yg mama nak cerita. Mama nak bercerita tentang musim hujan setiap petang ni. Sekarang selepas menghantar anak2 pulang ke rumah mesti dlm perjalanan ke tempat kerja mama akan menempuh hujan lebat. Bila hujan lebat begini malamnya pula cuaca terasa amat sejuk dan terpaksa berbaju tebal pulak. Ceh, macam musim sejuk pulak. Bila sejuk segala pergerakan akan terbatas so untuk mengelakkan rasa ini berterusan apa yg mama buat ialah makan sup. Diantara sup yg mama suka ialah Sherbat Adas ataupun Sup Kacang Dal. Ianya sejenis sup Arab dan juga popular di Johor Bahru. Sup ini kalau dimakan pada musim sejuk boleh memanaskan badan dan menyegarkan tubuh.
Resepi Sherbat Aidas atau Sup Kacang Dal
Rebus 3-4 ketul tulang kambing sehingga air sup tersebut tinggal 3 tin susu
300gm kacang dhal
kacang dhal hendaklah dicuci bersih dan direbus sehingga empok dan tinggal sedikit airnya kemudian setelah sejuk hendaklah ditumbuk halus atau digiling. Kemudian perah di dalam kain jarang atau kain kasa dan diambil airnya sahaja seberapa yg dapat
biarkan mendidih sehingga 1/4 jam
Setelah 1/4 jam masukkan 1 labu bawang merah yg dipotong kasar2 dan didihkan lagi 1/4 jam.
Setelah 1/4 jam masukkan 1 labu bawang merah yg dipotong kasar2 dan didihkan lagi 1/4 jam.
Setelah sejurus lamanya bolehlah diangkat
10 ulas bawang kecil
4 ulas bawang putih
kedua2 bawang ini dimayang halus
Didalam kuali panaskan 3 camca besar minyak sapi dan goreng bawang2 ini sehingga garing tetapi jgn sehingga hangus
keluarkan bawang2 tersebut dan dibubuh di dalam mangkuk lain
Ambil lebihan minyak sapi bekas menggoreng bawang tersebut dan masukkan ke dalam sup dan tutup rapat2 periuk sup agar tiada hilang bau wanginya
Biasanya orang2 Arab makan sup ini sebelum makan nasi atau sedap juga dimakan bersama roti
ketika menghidangkan bolehlah ditabur dengan bawang yg telah digoreng dan bubuh sedikit juga daun saderi dan daun bawang (kat sini lupa nak tabur daun saderi dan daun bawang)
5 comments:
salam kak zura...
kak, guna tulang lembu ok tak?....Macam bess jeee...buat hirup2!!
salam zu, memang keluarga ada darah arab ke?..akak ada set rossa tapi tak ada teko, cawan & tureen.
Tureen celeste tu kalau dapat akak nak barter ngan jenis meakin juga.
kalau za free..email akak
Nor6403@yahoo..
zu, kalau ingatkan hujan , akak ingat semasa akak turun dari gunung kinabmasa ..members semua dah lepas ke depan, tinggal akak sorang2 tiba2 hujan lebat mencurah2..perjalan harus diteruskan...menangis akak mase tu..tulang2 badan rase nak terkeluar..letih terlampau ..mase tu akak hanya berzikir& berdoa semoga slmt sampai ke station akhir..dari puncak pukul 9pagi smpai kul 5 ptg..syukurrr
Salam Mat
Ok boleh aje kalau nak guna lembu ke ayam.
Wsalam akak nor,
Tak adalah kak saya ni org melayu, tetapi di JB ni masakan dia byk yg ke Arab dan ada western jugak tetapi saya ada jugak yg berdedara mara ngan arab2 ni.
Akak ni berani betul ya panjat gunug saya panjat meje pun dah tak lagi. Syabas utk akak wanita yg berjiwa kental dan bersemangat waja. Syukur pada tuhan saya diperkenalkanpada akak dan semoga persahabatan ini berkekalan. Saya meakin ni ngan2 aje kak x ada lebih tapi kurang adalah. ehehhehe.
Post a Comment