Thursday, November 12, 2009

Tetamu Allah


Pagi ini aku dan suami serta abangku yang ke tiga menghantar emak ke rumah Makcik Zainab di Gertak Merah. Emak dan semua jemaah yg bakal menunaikan rukun ke lima berkumpul beramai2 di rumah Makcik Zainab. Emak pergi mengikuti pakej bersama KSB Travel yg diketuai oleh Tuan Haji Fauzi bersama ibunya Makcik Zainab.
Dengan hati yg penuh rasa syukur dan redha aku berdoa agar emak beroleh kesihatan dan kekuatan yg lebih baik untuk menunaikan rukunnya yg lima itu. Namun di hati ada sedikit kebimbangan kerana kali ini emak pergi bersendirian. Namun aku harap emak masih ingat dan tidak lupa.
Semenjak Aidil Fitri yg lalu memang rumah kami tidak putus2 dikunjungi tetamu bukan saja datang beraya malah mereka datang untuk menziarahi emak. Memang memenatkan sepanjang tempoh hampir dua bulan ini namun aku gembira kerana ramai kawan2 emak dan saudara mara yg menziarah. Ramai sekali kawan2 emak. Niat emak pada mulanya untuk membuat kenduri doa selamat tetapi aku membangkang kerana berasa segan. Aku tak mahu tetamu yg datang terasa 'terpaksa' untuk memberikan sumbangan kerana memang begitu adatnya kalau di kampungku ini dan aku mencadangkan agar emak secara senyap2 membuat sedikit hidangan dan dibawa bersama ke Masjid pada minggu yg terakhir sebelum emak berangkat dan membaca doa selamat beramai2 di Masjid. Emak menjamu kawan2nya di Masjid dimana emak selalu mengaji dan ber Asmaul Husna. Pada aku cara begitu lebih baik.




Aku juga sangat berpuas hati dalam kesibukan masa aku, dapat juga setiap minggu aku menghantar emak pergi berkrusus dan menguruskan segala keperluannya secara bergilir2 dengan abangku. Membawa emak bershopping keperluannya juga adalah saat2 yg manis buatku walaupun aku berasa sedih bahawa aku akan berpisah sementara dengan emak. Emak cuma membeli sedikit2 sahaja mengenangkan banyak kelengkapannya yang dulu masih molek dan boleh digunakan lagi.




Kami tiba di rumah Makcik Zainab pada pukul 7.30am dan bersarapan beramai2 dengan jemaah dan tetamu yg mengiringi. Seramai 70 orang jemaah dari Johor Bahru dibawah pimpinan Tuan Hj Fauzi dan bertolak tepat pada pukul 9.45 pagi dengan tiga buah bas yg akan membawa mereka terus ke Kelana Jaya. Di Kelana Jaya mereka akan bertemu dengan jemaah dari sana dan di sana abang dan kakakku pula yg akan mengiringi emak hingga ke KLIA dan bertolak pada pukul 1.30 subuh. Semoga emak dan rombongannya akan selamat pergi dan kembali.


Suasana sebelum berangkat........................


























Adik tidak dapat menahan sebak ketika emak mula berangkat, kesian Adik teresak2 dia menangis













Ya Allah, Ya Tuhan ku......... aku bersyukur kerana Kau masih memanjangkan usia ibuku dalam keadaan dirinya sehat dan tabah untuk beliau menjadi tetamu Mu sekali lagi. Aku memohon kepadaMu agar berilah ibuku keutamaan ketika beliau menjalani segala urusannya dan mudahkanlah segalanya. Turunkanlah rasa belas simpati Mu terahdap ibuku Ya Allah. Tenangkanlah jiwanya, gembirakanlah hatinya dan terimalah segala taubat dan rukunnya yg kelima ini. Semoga ibuku selamat pergi dan selamat kembali dan berkumpul semula bersama2 kami di sini anak2nya dan cucu-cucunya serta ibunya yang masih lagi memerlukannya. Semoga aku dan suami akan menyusul menjadi tetamu Mu Ya Allah. Perkenankanlah doa hamba Mu ini .......

Labbaik Allah humma labbaik Labbaik la sharika laka labbaik Innal hamda Wan-ni'mata Laka walmulkLaa sharika lak....

1 comment:

nor64 said...

sslam zu, semoga emak zu selamat pergi dan kembali....