Wednesday, October 1, 2008

Salam Lebaran Di Aidil Fitri

Ku mengambil kesempatan untuk menghulur tangan ini
Dengan hati suci bersih
Ku pohonkan kemaafan bagi setiap kesalahan ku
Yang telah berlalu itu
Memang resam manusia makhluk Allah...
Tak lepas dari kesala'n selagi kau bernyawa
Tutur kata dan perbuatan yang terkasar
Di dalam pergaulan haruslah kau maafkan
Ku harapkan kepadamu lupakanlah sengketa lalu
Berdamailah dalam iman

Hai selamat hari raya
Kami semua ucapkan
Menikmati hidangan
Yang kami sediakan


Sila jamu selera
Dengan bermacam hidangan
Pilih yang mana suka
Sila janganlah segan



Dengar beduk berbunyi
Sayup bergema di subuh sunyi
Memanggil kepada muslimin
Segera berbakti kepada Illahi


Suara azan menyahut
Terdengar sayup memecah sunyi
Memohon restu dengan bakti
Kepada Illahi Tuhan Maha Suci


Terdengar suara takbir
Memuji nama Illahi
Rasa dalam kalbu
Tenteram dan aman selalu



Kini tiba masanya
Hati gembira di Hari Raya
Bertemu sanak dan saudara

Bermaaf-maafan dengan keikhlasan


Bangunlah anakku pakai baju baru
Kawanmu semua telahpun menunggu
Dapatkan ayahanda sujud di kakinya
Serta jangan lupa nindamu kedua



Kita bermaaf dengan keikhlasan
Moga bertambah rahmat dari Tuhan
Dengar-dengar itu takbir sedang bergema
Hening dan mulia di pagi hari raya


Kepada suaminya yang dikasihi
Maaf zahir dan batin mohon si isteri
Kalau salah terkasar bahasaku
Ampun dan maaf kekanda yang dinda harapkan

Salam lebaran di Aidil Fitri dan maaf zahir batin dari mama dan keluarga...salam sayang







2 comments:

Anonymous said...

haiii mama...

its so lovely to see the hari raya picts...so touching...btw nice baju raya...anne & adik so cutelah!!!

one again selamat hari raya to u n family...nape tk raya ke umah kita? hehehe

me inalinda...

Mama Vogue said...

sorrylah ina.....masa masuk spore terlupa nak bawak add u, tu yg tak dpt singgah....anyway...tu tema thn nie songket malaysia....hahahhaha............