Wednesday, September 24, 2008

Cerita Balang Kuih

Tahun nie mama agak kelam kabut sikit, kuihpun tak buat lagi. Dah 2 tahun mama tak buat kuih raya semenjak mama tak berapa sehat. Namun tahun nie semangat nak buat kuih raya. Baju raya ank2 pun mama jahit sendiri tahun nie. Ada diantara baju mama juga yg mama jahit dan masih lum siap. Selebihnya hantar tailor dan baju yg nak pakai pagi raya tuh jauh mama hantar ke Pahang atas jasa baik DF...bakal besan tuh....ehehhehe....cantik sgt tailor dia jahit.

Hari tuh masa last shopping kasut raya anak2 kat Metro, tetiba mama terpandang set balang kuih..... mmmmm balang kuih yg mama idam2kan....sebab set balang kuih tuh sedondon dgn set pinggan mangkuk mama. So apa lagi, mama borong ler semua. 1 kotak ada 3, so betul2 tinggal 3 kotak. Semuanya menjadikan 9 balang. Harganya mama tak kisah asal berkenan di hati. Ceh , berlagak pulak.

So selamat tinggallah kepada balang kuih krystal berkaki mama yg tak pratikal langsung.


Kau akan terus abadi dan bersemadi di dalam lemari kaca ya.....bye...bye.....

Sebab2 balang kaca berkaki tidak diperlukan:-
1) Seriau kalau ank kawan2 dtg yg agak lasak dan brutal
2) Setiap kali tetamu datang barulah kita boleh mengisi kuih di dlm balang
3) Setiap kali tetamu pulang kita kena simpan balik di dalam bekas kuih kedap udara kerana balang ini tidak kedap udara, harapkan cantik dan mahal saja. Akhirnya kuih tuh hancur dek kerana keluar masuk. last tinggal abuk.
4) Kerana mama telah mendpt balang kaca walaupun tidak semahal hargamu tetapi ianya sangat pratikal dan bermakna buat mama.......


kau akan tetap abadi berkhidmat pada mama setiap kali menjelangnya Syawal

Sebab2 balang kaca kedap udara ini diperlukan:
1) Tutupnya sangat cantik dan memenuhi citarasa mama utk dipadankan dgn set pinggan mangkuk mama
2) Ianya kedap udara jadi mama tak perlukan banyak waktu setiap kali tetamu dtg utk membuat kerja 2 ke 3 kali.
3) Isi banyak2 dalam balang so biarkan saja atas meja sampai habis
4) memudahkan kerja hubby juga.


Pun begitu kamu berdua tetap mama sayangi dan puja......kekekeeke........



No comments: