Buku Resepi nie sungguh nostalgia buat mama. Biskut pertama yg mama buat ketika mula2 berjinak dengan tepung ialah biskut yg akan mama tunjukkan kpd korang semua melalui dari buku resepi inilah. Waktu itu mama dalam tingkatam 5. Jealous gak bila kat sekolah ada kawan2 yg pandai buat biskut. Mama terkulat2 tak tau nak sembang apa bila kawan2 ckp tolong ibu mereka di dapur membuat biskut dan dengan bangganya mereka mengisytiharkan bahawa dapat mencuba satu dua resepi. Mama ingat lagi, selepas pulang dari sekolah, mama terus ke Badan Book Store di KOMTAR, Jalan Wong Ah Fook, niat hati nak beli Majalah Dewan Siswa tetapi apabila terpandang Majalah WANITA yg disertakan dgn buku resepi sebanyak 101 jenis resepi kuih muih, kek, dan masakan, mama rasa tertarik pulak. Tak ingat berapa harganya tetapi cukuplah untuk membeli majalah tersebut. Balik nanti minta emak gantikan sebab duit dah tak cukup nak beli Majalah Dewan Siswa.
Sehingga kini buku resepi ini masih dalam simpanan mama biarpun keadaannya telah uzur. Baru tahun nie kulit depan dia hilang sebab kakak dgn adik buat main. Mereka berebut sehingga koyak. Lagipun buku resepi nie mama tampal sana sini sebab dah teruk benar...Tenat sangat. Manakan tidak, kertasnya sangat nipis dan kini telah berusia si manis 17 tahun dan ketika mama memiliki buku resepi ini juga mama adalah si manis 17...ceh....ahahahha......Manis sungguh kenangan itu. Tak mungkin ianya dapat ku ulangi semula. Sehingga kini hampir keseluruhan dalam buku resepi ini mama telah mencuba sekali dan berkali2. Alhamdulillah.....semuanya menjadi.
mmmm....... frust pulak rasanya bila pi kedai menjual bahan2 kuih apa yg mama nak byk dah tak ada...maklumlah dah last minute, banyak dah org borong... So niat hati nak buat Biskut Apple Alabama terbantut. So mama gantikan dgn Nanas Kering. Sedap gak... Tapi resepinya still ikut resepi yg lama. Tak ubah sikitpun. So nama diapun mama dah tukar dari Biskut Apple Alabama kepada :
Thursday, October 23, 2008
Jom Makan Biskut Raya Episod 3
Biskut Pineapple Alabama
No comments:
Post a Comment