Mari makan biskut kuih lagi....
Biskut Cendawan Putih
250 gm butter @ 1 buku butter
100gm gula castor
dipukul sehingga kembang
50 gm tepung jagung
30 gm tepung kentang
40 gm tepung kastard
30 gm shortening
100gm gajus
240gm Tepung gandum dan mengikut keperluan tetapi jika masih lembik jgn tambahkan gandum tetapi tambahkan tepung jagung. Ini kerana tepung gandum tidak akan meranggupkan biskut.
Uli sehingga semuanya sebati dan canai menggunakan acuan bentuk cendawan
Cara membuat meringue :
Bila kita membuat meringue, sebaik-baiknya gunakan telur putih yang sejuk (yang telah disejukkan didalam peti sejuk). Dan bila mengasingkan putih telur dan kuning telur, sebaik-baiknya jangan ada setitik lebihan kuning telur yang masuk kedalam campuran putih telur. Kerana sedikit lebihan kuning telur yang ada dalam campuran putih telur akan tidak dapat menghasilkan meringue yang sedap lagi ranggup. Gula pula adalah penting sebaik-baiknya gunakan superfine sugar (gula caster) yang halus sikit kerana ia mudah larut. Di sini mama menggunakan gula icing mengikut arahan buku resepi.
JANGAN masukkan semua gula pada satu masa, sebaik-baiknya sewaktu mixer memukul adunan putih telur masukkan 2 sudu besar gula pada satu masa setiap kali sehingga habis. Jika nak tahu gula sudah larut ke belum, ambil sedikit putih telur dan rasa antara jari jika masih berpasir, gula tersebut belum larut lagi.
Meringue sudah menjadi bila korang angkat adunan dengan sudu dan ia tidak cair dan tidak jatuh adunan tersebut.
Lagi satu jika korang sapukan pada adunan meringue dengan sudu atau brush adunan meringue akan membentuk dan ini bermakna meringue korang telah pun sempurna dan sedia untuk digunakan
No comments:
Post a Comment