Wednesday, October 22, 2008

Jom Makan Biskut Raya Episod 2

Kali nie mama nak jamu mata korang semua dengan satu lagi resepi biskut raya..... Caranya pun mudah dan rasanya juga sedapppp sekali. Resepi ini adalah biskut wajib setiap tahun kerana ia adalah merupakan biskut kegemaran papa. Satu telap sekali hadap boleh habis daa....


Black Rose Cookies


150 gm butter
80gm gula halus/castor

Gula dan butter dipukul sehingga kembang
Masukkan 2 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla

210gm tepung top
50gm tepung kastard
Masukkan ke dalam adunan


1 sudu teh emplex


Tepung gandum secukupnya


1 kotak koko crunch (asingkan 70gm utk dikisar)


70gm koko crunch dikisar halus
Masukkan ke dalam adunan


Uli sehingga doh boleh dicanai dengan menggunakan acuan bentuk bunga 3 kelopak
Sapukan kuning telur diatasnya dan hias dengan koko crunch 3 kelopak seperti yg ditunjukkan
Bentukkan seperti bunga

Bakar lebih kurang dalam 20 minit atau sehingga biskut masak


Inilah dia Black Rose Cookies...hitam tapi manis...macam org yg suka makan biskut nie juga


Hitam manis...hitam manis...
Yang hitam manis pandang tak jemu...pandang tak jemu.....
Yang hitam manis pandang tak jemu
Parasmu cantik buat hatiku
siang dan malam selalu ku rindu
Diwaktu bulan terang cuaca
Ku pejam mata tapi tak lena
Yg hitam manis dtg menjelma
Kenangan yg menggoda
Aku teringat pandang pertama
Hitam manis yg hitam manis
Pandang tak jemu .....pandang tak jemu.......
Jangan marah papa......mama gurau aje.....jauh2 begini tak boleh merajuk tau!













No comments: