Salam semua yang disayangi........
Lama dah dulu Nide penah tanya mama macamana nak buat kerabu yang kelapanya bertukar kaler menjadi oren ataupun kuning. Mama pernah bagi resepi tu kat Nide masa kat Laman Asmara dulu. Ntah Nide ingat ntahkan tidak dan masa mama berkunjung ke rumah mertua Nide semasa hari raya yg lepas, mama jugak dihidangkan dengan sayur kerabu daun bermi. Sedap Kak Ani buat kerabu bermi tapi kalernya putih. So kali nie mama nak tunjukkan pulak bagaimana membuat Kerabu Daun Selom Bersama Taugeh.
Segenggam udang kering, direndam, dicuci bersih dan ditoskan
4 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
10 batang cili padi
Kesemua bahan di atas ditumbuk seperti gambar diatas
1/2 biji kelapa parut putih
3 ikat daun selom dipotong dalam 2 inci
Panaskan kuali dan masukkan kelapa parut putih bersama bahan tumbuk dan perisakan sedikit garam
Gaul sebati dan masak dengan api perlahan dan biarkan agak kering sedikit kemudian masukkan daun selom bersama taugeh, kacau dan balikkan kemudian matikan api segera
Kerabu Daun Selom bersama Taugeh
*Bahan yang ditumbuk bersama kelapa boleh juga digaul begitu saja bersama daun tanpa perlu memasaknya tetapi ianya tidak dapat bertahan lama dan mungkin cepat basi. Cara mama memanaskan sebentar kelapa dan bahan tumbuk untuk membuat kerabu tahan agak lama sedikit untuk cepat basi, tetapi pastikan sayur jangan dimasak terlalu lama. Cukup sebentar sahaja. Selain dari daun selom, pegaga, kacang panjang, pucuk buas juga sedap dan jika pucuk paku, pucuk ubi, pucuk teh, pucuk betik, jantung pisang hendaklah dicelur terlebih dahulu.
Silalah mencuba ya...mudah, cepat dan sedap.....
Assalamualaikummmmm
No comments:
Post a Comment