Tuesday, June 24, 2008

kalaulah kau boleh berkata........

Buat TEMAN yang diluar sana...kalian tetap di hati ini....... kasih sayang ini tak pernah pudar dan kalaulah potret dlm entry ni boleh bercakap dia akan berkata bahawa semua kawan-kawan mama sangat istimewa di hati mama....... kerana hanya dia saja yg mengetahuinya......

Apabila kau ingin SESEORANG sebagai teman, Janganlah kerana kelebihannya, Kerana mungkin dengan satu kelemahan, Kau mungkin akan menjauhinya. ...

Andai kau ingin SESEORANG sebagai teman, Janganlah kerana kebaikannya, Kerana mungkin dengan satu keburukan, Kau akan membencinya. ...

Andai kau inginkan SESEORANG sebagai teman, Janganlah kerana ilmunya, Kerana apabila dia buntu, Kau mungkin akan memfitnahnya. ...

Andai kau inginkan SESEORANG sebagai teman, Janganlah kerana sifat cerianya, Kerana andai dia tidak pandai menceriakan, Kau mungkin akan menyalahkannya

Andai kau inginkan SESEORANG sebagai teman, Terimalah dia seadanya, Kerana dia seorang TEMAN , Yang hanya manusia biasa....

Kelemahan . Kekurangan ... Keburukan ..

Kalau itu yang kau boleh terima dari seorang TEMAN Tidak mustahil kau akan memperolehi keseimbangan dalam berteman Kerana kau juga tidak sempurna, Tiadasiapa yang sempurna.....


No comments: