Nampak tak korang semua majalah apa kat atas tu. Kalau korang sebaya ngan mama atau muda dari mama juga tentu korang semua ingat dan tahu akan majalah ini. Kalau tak tau juga sahler korang semua nie memang tak minat membaca masa sekolah rendah dulu. Seingat mamalah kan majallah ni dikeluarkan pada tahun 1980an, betul tak? Mama nie meneka aje sebab masa tu mama masih menuntut di sekolah rendah dan mama tak silap mula membaca dan melanggan majallah nie masa tahun 1986 dan ketika itu mama di dalam darjah 6. Mama masih ingat cikgu yang menjual majallah nie ialah Guru Bahasa Malaysia mama iaitu Cik Rasyidah Jaafar. Muda dan kecik aje orangnya. Di mana ya beliau sekarang. Bila dah naik sekolah menengah mama dah tak melanggan lagi majallah ni. Mama baca Dewan Siswa dan Dewan Masyarakat pulak.
Dulu-dulu zaman mama sekolah kalau majallah hiburan tu tak ler melambak macam sekarang nie....dulu cuma ada URTV je, tapi tupun Mak ngan Ayah tak beri peluang kita beli majallah tu semua. Membazir katanya jadi sesekali tu ada jugak pinjam kawan. Mmmmm....berbalik kita kepada majallah nie. Apa yang istimewanya pasal majallah nie yang mama beriya sangat menulis dalam blog mama kali nie.....istimewa yang teramat istimewa yang mama rasakan datangnya dari puteri kesayangan mama pasal majallah nie. Bukan pasal wajahnya atau hasil nukilannya keluar dari majalah ini tetapi keprihatinannya, kasih sayangnya kepada mama dan sekaligus pada diri puteri mama, rasa tanggungjawabnya terhadap mama yang menjadikan majalah ini sangat istimewa dan bermakna buat mama.
Semalam selepas Solat Maghrib, tetiba kakak masuk ke bilik mama. Kakak membawa sesuatu. Kakak hulurkan pada mama. Mama terkejut. Dalam hati tertanya selama ni kakak jarang membaca majallah melayu walaupun dalam bentuk ilmu ataupun hiburan. Kakak lebih suka berdamping dengan novel ataupun bahan bacaan dalam english. Dalam hati mama berkata lagi tentu kakak beli sebab exam pertengahan tahun kali ni kakak merosot teruk dalam mata pelajaran bahasa melayu kertas penulisan. Kakak dapat teruk sangat markah dalam pemahaman iaitu 68/100. Selalunya untuk penulisan teruk-terukpun kakak akan dapat 70-79/100. kalau dapat 'A' pun cukup makan iaitu 80-85 /100. Namun bagi mata pelajaran yang lain alhamdulillah. Sangat membanggakan dan kami sekeluarga tak ada apa-apa masalah pasal pelajaran kakak kecuali Bahasa Melayu. Walaupun kini papa lebih kerap bercakap Melayu dengan kakak tetapi kakak masih belum minat sepenuhnya untuk berdamping dengan buku-buku yang berkaitan dengan bahasa melayu. Percampuran kakak di sekolah dengan kawan-kawan baiknya juga terhad. Kakak Kakak yang menghadkan dirinya untuk bercampur gaul dengankawan-kawan melayu. Kakak ni sangat pendiam orangnya. Dia akan bercakap bila perlu sahaja, adakalanya bila pulang dari sekolah kakak langsung tak mahu bercakap dengan mama. Bila mama tanya sepatah, sepatah yang dijawabnya. Bila kakak sedang membaca di dalam kereta kami tak dibenarkan bercakap. Itu arahan dari kakak...Hahahhaha....kakak tak suka suasana bising di dalam kereta. Selalu bila mama onkan radio dan tinggikan sedikit volume, kakak akan berkata "Mama can u slow down the volume please", bila mama menoleh ke belakang kakak sedang membaca.
"kenapa kak?" soal mama.
Kakak duduk sebelah mama. Pantas jari jemari kakak menyelak helaian majallah itu. Tiba di muka surat ke 6, kakak berhenti. Dia menunjukkan pada mama sesuatu.............suatu tajuk di muka surat dari Majallah Kuntum tersebut keluaran bulan Mei 2008.
Oh Tuhanku ...... Yang Maha Agung! Hibanya perasaan mama di kala itu. Mama tak dapat berkata apa-apa. Semua apa yang berlaku ini tak pernah terlintas di akal dan hati ini. Bila melihat mama diam sahaja kakak berlalu pergi. Dia merapatkan kembali pintu bilik. Mama apalagi........bila kakak keluar saja dari bilik mama terus menekupkan muka dengan tapak tangan. Mama menangis semahu-mahunya..........sedih, hiba, terharu semua itu bercampur aduk di hati mama.
Mama benar-benar tak sangka sama sekali rupanya selama ini kakak begitu prihatin sekali terhadap masalah yang mama hadapi. Pada tahun lepas iaitu pada bulan September mama telah dimasukkan ke Hospital selama semingggu dan Doktor mengesahkan buah pinggang mama tak dapat berfungsi dengan baik. Creatinine di dalam buah pinggang tinggi iaitu 3.85. Kata doktor protien juga tinggi dan terdapat water retention. Bila mencecah 5.00 kadar creatinine mama, doktor kata hidup mama akan bergantung kepada hemodialisis. Setiap hari mama berdoa dan bermunajat kepada Allah agar segera sembuh. Alhamdulillah dengan rawatan dan kawal pemakanan yang betul, akhirnya kadar creatinine mama turun normal tetapi doktor masih lagi merawat mama dengan mengambil darah setiap 1 bulan sekali. Sekarang ini jika silap sikit sahaja mama cepat mendapat jangkitan pada saluran kencing ataupun disebut Urinary Tract Infection. Sebulan 2-3 kali mama kena. Jadi kena selalu berhati-hati.
Sebenarnya mama tak pernah sekali-kali bercerita dengan kakak tentang penyakit mama ini. Mama kerap berbincang dengan papa tentang sakit mama nie. Biasanya kami berbincang hal sakit mama nie setiap kali pada keesokkan harinya apabila mama ada temujanji dengan Doktor. Tak sangka rupanya kakak mendengar selama ini. Bukan mama tak mahu berkongsi dengan kakak, tetapi kakak masih terlalu kecil dan pada mama itu tidak penting sebab sakit mama bukanlah kronikpun. Masih dalam peringkat awal dan mama rasa beransur pulih. Lagipun pada mama kalau mama bagitau kakakpun pasti dia tak mengerti lagi.
Rupanya mama silap, mama silap sanat-sangat. Kakak seorang insan yang prihatin pada keluarga walaupun pada zahirnya kakak ini kelihatanya pendiam. Kakak juga tidak seperti adik, adik seorang yang periang, peramah dan senang bergaul dengan semua orang. Adik pandai mengambil hati semua orang di dalam rumah kami. Adik menceriakan suasana. Kalau mama marahkan adik, adik pandai memujuk hati mama dengan telatah lucunya. Kalau mama marahkan kakak, kakak akan berdiam diri. Mukanya masam berhari-hari dan dia akan menulis surat kepada mama ataupun nota dan bubuh kat atas dressing table. Selalu ayat tu berbunyi macam nie "Mama please forgive me" ataupun "Mama i'm sorry". Lepas tu bila mama balas balik dia akan salam dan cium tangan mama sahaja tetapi kalau adik dia akan datang dekat dengan mama dan peluk mama, cium mama berkali-kali. Lepas tu adik akan bersihkan rumah. Selalunya adik akan menyapu dan susun selipar. Macam tulah adik, dia pandai sangat mengambil hati. Kakak jarang cium mama dan peluk mama. Selalunya mama yang akan peluk dan cium kakak dan kakak hanya balas sekali dua tapi adik berkali-kali! Adik akan cium dengan penuh perasaan kasih sayangnya. Sampai basah pipi kita dengan air liurnya dan dia akan peluk mama kuat-kuat sampai mama nak terjatuh. Jadi selama ni mama selalu berfikir yang kakak mungkin tak berapa sayangkan mama sebab kakak nie apa-apa hal dia akan lebihkan papa dia. Mungkin sebab mama nie agak cerewet dan selalu berleter dan kakak tak suka. Tapi mama tak ambil hatipun bila kakak apa-apa hal dia selalu akan berkongsi pendapat dengan papa. Jarang dia minta sesuatu melalui mama kecuali bila papa tak ada. Kakak juga jarang berbual kosong dengan mama kecuali hal yang perlu sahaja. Tak macam adik semuanya diberitahu pada mama, papa dan kakak.
Tetapi pada malam tadi.......mama berasa sangat terharu............ rupanya kakak juga turut merasakan kesakitan yang mama lalui. Malam tadi masa kakak nak tidur mama bertanya pada kakak kenapa kakak pinjam majallah kawan baiknya itu dan kakak bagitau mama bila dia ternampak tajuk utama di dalam majallah kuntum itu -JAGA BUAH PINGGANG ANDA- dia teringatkan mama dan penyakit mama yang berkaitan dengan masalah buah pinggang. Kakak kata dia tak boleh tidur sepanjang mama berada di hospital tahun lepas sebab risaukan mama.
"I cried all the night and find it hard to accept that my mum is in pain and that I would never have the chance to love you anymore ," kakak berterus terang. Mama tahu kakak tak bohong. Sedih mama dengar. Inilah pertama kali mama dengar suara hati anak mama yang pendiam nie.
"I cried all the night and find it hard to accept that my mum is in pain and that I would never have the chance to love you anymore ," kakak berterus terang. Mama tahu kakak tak bohong. Sedih mama dengar. Inilah pertama kali mama dengar suara hati anak mama yang pendiam nie.
"Kakak jangan risau mama dah baik. Mama tak sakit apa-apa lagi dah. Apa yg penting kakak kene belajar rajin-rajin", mama cuba menerangkan. Memang mama tahu yang mama bukanlah sakit teruk. Mama masih dalam pemeriksaan doktor. Cuma doktor beritahu yang buah pinggang mama tak berfungsi dengan berapa baik dan bukannya dah rosak. Mama cuba yakinkan kakak.
Kakak menggeleng-gelengkan kepalanya. Kakak terus bangun dari katil. Dia mengeluarkan sebuah buku . Kakak menulis sesuatu dan memberikan coretan kertas itu kepada mama.
Ya Allah, Ya Tuhanku tak ternilai anugerah yang kau berikan kepadaku ini!
kakak sewaktu berusia 7 bulan
kakak berusia genap 1 tahun
kakak berusia 3 tahun dan adik ketika itu berusia 5 bulan
Kakak....kalau kakak baca apa yang mama coretkan disini mama nak kakak tahu yang mama sangat sayangkan kakak dan adik.........kalau apa yang mama cakapan selama ini menyinggung hati kakak, mama minta maaf. Tiada apa yang berharga di dunia ini melainkan Kakak dan Adik buat mama..............
Terima kasih kerana kakak telah menjadi seorang anak yang matang dan bertanggungjawab.
3 comments:
a,kum mama......
sedih gak dengaq cerita mama nih....apa nak wat mama kita hanya merancang tuhan jua lah yang menetukan....takpe la mama setiap penyakit ada ubat nyer..kita cuma perlu berusaha....lambat ngan cepat je kita nak sembuh dari penyakit tersebut... ditempat keje ade 3 org yg cam tu mama...kene cuci darah seminggu 3 kali...seksa gak kita yang tengok ni..tapi yg menanggung nyer tu Allah saje yang tahu...ade bateri kat lengan diorg tau...dah bengkak2 kat tangan diorg tu....silap makan je masallah datang...kita ni cuma mampu simpati je mama...Alhamdullilah ,sib baik le cuci krajaan tanggung kalo tak susah gak kalo skali cuci tu mau
2-300 gak nak kene bayar tu..
bukan org senang mama ...
hanya doa saje yg mampu kuli hadiahkan kat mama semuga penyakit tu sembuh secepat mungkin...isyallah
Wsalam Kuli......
Alhamdulillah mujur mama baru peringkat yg awal dan Doc dapat kesan cepat. memang menyeksakan kerana mama tak dapat aktif seperti dulu. cepat penat dan letih.Makan pun kene pantang tapi mama taklah pantang sangat. Selain berubat dengan doc mama ada minum RO water dgn booster THE ONE. Mama minum nilah DOC sahkan kadar creatinine turun normal dan rawatan dialisis tak perlu dilakukan.Alhamdulillah tetapi masalah saluran pundi kencing menjadi sangat sensitif. tak boleh salah sikit. Sekarang Doc suspect batu karang pulak dan kalau tak ada apa-apa masalah 2 minggu dari sekarang Doc nak laser.Doakan kesejahteraan mama ok.terima kasih.
isyallah mama...
Semuga sihat sejahtera hendak nyer
Post a Comment