Hi........ ni lagi satu lagi resepi yg dah berbulan mama perap. Tak sempat nak masukkan. Resepi nie mudah dan rasanya semua orang tau buatkan. Saje je mama nak masukkan stail mama masak kari kepala ikan.Tapi ikan nie 1st time mama masak. Korang penah dengar ikan tudung periuk tak? Ha nilah ikan dia. Mama masak ikan nie sebenarnya masa anak sedara huby nak buat majlis kahwin, tapi bukan utk majlis kahwin. Tapi utk makan rewang kami anak beranak. Kebetulan byk beli ikan masa tu kat pasar lepas tuh orang jual ikan tuh yg memang kenal mama dengan ikhlas hati memberi kepala ikan nie secara percuma kepada mama. Dengan besar hati mamapun terimalah. Terima kasih Razak...... semoga rezeki Razak bertambah luas. Macam nak buat jambatan pulak dengan kepala ikan nie...ekekekkeke......
KARI KEPALA IKAN
(ini untuk anggaran 4kg kepala ikan)
Kepala ikan yang telah dibersihkan
4 labu bawang besar
3 jari halia
1 labu bawang putih
(kesemuanya diblend)
3 tangkai daun kari
400 gm kari ikan
1 paket rempah penumis ikan
10 biji bawang kecil dimayang
Tumiskan bawang kecil, daun kari dan rempah penumis ikan
Kemudian masukkan bahan yg telah diblend
Rempah kari dibancuh dengan sedikit air agar ianya menjadi pes
(sebenarnya jika rempah kari ini tidak dibancuh dengan air juga boleh ya....tetapi ianya akan memakan lebih banyak minyak.) Kali nie mama bancuh dengan air sebab buat di rumah orang...nanti minyak orang banyak lak digunakan)
Masukkan kari tersebut ke dalam bahan tumis dan tumis sehingga garing dan tambah air lagi dan kacau lagi sehingga kuah hampir memekat. Ini mengambil masa dalam lebihkurang 5-10 minit untuk memastikan agar kuah kari ini benar2 pekat dan garing. Jangan biarkan ianya kering kerana nanti kuah menjadi pahit. Api kecik dan kacau selalu. Bila dah garing masukkan ikan dan kemudian sedikit air.
1/2 biji kelapa parut putih
segenggam asam jawa
Dijadikan santan pekat
(Santan nie kalau tak ada pun tak apa, boleh juga digantikan dengan susu cair)
Kelapa nie mama suka gunakan kelapa parut putih macam kita nak buat kuih tu sebab bersih. Kelapa dibubuh sedikit air dan ramas2kan bersama asam jawa agar jus asam jawa meresap ke dalam pati dan lalu diblend halus. Paling baik gunakan asam jawa tua yg tidak mempunyai biji. Tujuan kita mengisar kelapa agar patinya lebih pekat. Tapis 2 kali sebelum kita memasukkan ke dalam kuah kari.
12 batang bendi
7 tangkai lada hijau ( dibelah 2 tetapi jgn sampai putus)
7 biiji buah tomato (dibelah 2)
Dimasukkan ke dalam kuah sesudah santan. perasakan garam. Pastikan kuah benar2 mendidih dan kepala ikan telah masak barulah masukkan bahan2 ini pula.
Biarkan sebentar lalu matikan api
Siap untuk di jamu
Selamat makan.......
No comments:
Post a Comment