Huiii lama betul rasanya nak siarkan rancangan masak memasak kali nie..... jenuh tul. Dgn pc yg prob nie. Dengan kerja yang melambak-lambak nie. Kali nie mama nak tunjukkan cara memasak sup gear box stail ala-ala arab spore. Mama hari tuh ada pergi kenduri aqiqah sepupu mama so adalah lebih2 kaki kambing nie kita org nak buat sup. Kaki cuma 4 batang jek so kami pergi lagi pasar dan beli 3 kg lagi.
ni lebih kaki kambing yang dibuat Aqiqah tu mama cuci bersih bagai nak gila
dah basuh bersih kita bakarkan dia kat atas api bagi hilangkan bulu-bulu kambing tuh. Jangan pulak kita siat sebab bila kita siatkan bulu-bulu kambing tuh akan tersiat sama isi, so bila masak tak ada isi, jadi memadai bakar sehingga tinggal kulit
Bila dah bakar dan tiada lagi bulu-bulu kambing yang tinggal kita kikiskan sehingga tanggal hangus2 tu ya di bawah air lalu
Untuk 2 kg tulang sediakan
4 biji bawang besar
6 i nci halia
2 labu bawang putih
dan kesemuanya didadu kecuali halia ditumbuk halus
1 tin sedang tomato puri dan 1 botol besar sos tomato
Direbus dan masukkan sos tomato 1botol
Sup yang telah dimasak akan mengeluarkan minyak yang banyak dan hendaklah diceduk dipermukaan sup seperti yg ditunjukkan ini
Minyak dipermukaan yg telah diceduk keluar
100gm rempah beefsteak
1 biji bawang besar dipotong dadu
1 biji bawang besar dipotong dadu
Kesemua bahan ini hendaklah ditumis darat
Bawang yg didadu ditumis sehingga layu
Masukkan rempah sup dan rempah beefsteak
Tumis sehingga wangi
Masukkan rempah yg ditumis ke dalam sup dan gaul rata. Perasakan garam dan sedikit gula. matikan api
Sup gear box yg siap dihidang sedap dimakan begitu sahaja atau bersama roti peranchis
Macamana nak makan sup gear box nie ekkk....Tulang ajeee nie...... SILA SCROLL DI BAWAH.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
cara-cara makan sup gear box
Sekian..........................
No comments:
Post a Comment