Korang semua penah tak nampak seorang Apek yang menunggang motosikal dan menjaja sejenis makanan yang dibalut dengan daun digantung di atas motor. Kalau kat Johor yang menjual makanan serupa ini adalah dari kaum Cina saja. So orang Melayu tak berpeluanglah merasa kuih ini. Ni makanan cina traditional macam ketupat palas. Kawan mama cakap Kuih nie dibuat sempena memperingati hari bersejarah seorang penyajak zaman dahulu. Ceritanya... ada seorang penyajak kat cina nak protest policy kerajaan yg tak baik... dia terjun ke dlm sungai lah...mati dah tu. Selepas itu orang kampung buat kuih ni untuk ikan2 kat sungai supaya tidak makan mayat penyajak... dan juga ada dragon boat, buat bising2 nak takutkan ikan. Setiap kali dalam bulan Mei hingga Jun tak silap mama kaum Tionghua akan membuat kuih ini sebagai memperingati kisah tersebut. Tapi hari Sabtu yang lepas mama saja suka-suka buat kuih ini. Mama dapat resepi nipun dari seorang sahabat mama yang berbangsa Cina dan ibunya yang mengajarkan mama cara-cara membuat kuih ini. Terima kasih Auntie Peng.
Bahan-bahannya kita boleh dapat di Hyper market ataupun di pasar. Daun buluh ini pula mama dapat kedai ubat Cina.
Anggaran membuat Kue Chang nie dalam 2o biji
1/2 cawan udang kering ditumbuk bersama bawang
ditumis dan dimasukkan daging cincang
1 sudu sos tiram
4 ataupun 1/2 kg cawan beras pulut direndam semalaman dan kemudian dicuci dan ditoskan
Ambil 2 helai daun
lebih kurang beginilah...mama pun tak pandai jugak
Dilipat seperti membuat kun (pandangan dari dalam)
pandangan dari luar bentuknya ( permukaan yang asar di luar)
Tutup keseluruhan bahagian permukaan
Dan lipat kemas mengikut bentuk
makan 2 ketul dah kenyang