Dulu2 di zaman kanak2, sehari sebelum Hari raya Korban, arwah ayah pasti akan mengasah parangnya. Selalu arwah cakap kat mama yang mama akan dikorbankan sempena hari ulang tahun mama, kecutnya perut dan bimbang di hati takut2 kena sembelih sebagaimana Nabi Allah Ibrahim mendapat perintah dari Allah Taala untuk menyembelih anaknya Nabi Allah Ismail. Bila mama tanya kepada ayah kenapa hanya mama seorang yang nak disembelih dan ayah akan menjawab kerana mama lahir pada subuh Aidil Adha iaitu pada 10 Zulhijjah. Bila mama dah menangis2 barulah mama tahu rupanya ayah cuma bergurau sahaja hendak menyembelih dan selalu emak dan ayah memanggil mama dengan panggilan Mak Aji dan sehingga mama berumah tangga ayah masih bergurau tentang hendak menyembelih mama. Pada Aidil Adha yang kedua pula ayah akan ke Masjid bergotong royong menyembelih lembu dan kami secara bergilir2 akan membuat korban. Namun kini ayah tiada lagi untuk bergurau dan emak pula kini sedang berada di tanah suci menjalani ibadahnya yang ke lima. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah ayah dan semoga emak mendapat haji yang mabrur dan sentiasa di dalam peliharaan Allah hendaknya. Semoga aku dan keluarga juga berada di dalam rahmat Allah dan semoga segala urusanku dipermudahkan. Amin.
Dan inilah juadah di pagi Aidil Adha ....... rendang tok bersama ayam masak hitam, sayur lodeh, sambal tumis kacang dan sambal goreng
Sedikit juadah untuk dibawa ke rumah mertua, nenek dan ibu saudaraku yang tersayang
Sejarah Hari Raya Korban
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit Hari Raya Aidil Fitri.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.