Mama rasa ramai orang tau Kuih Hasidah iaitu sejenis kuih yg diperkenalkan oleh bangsa arab ke Tanah Melayu. Setiap negeri di Malaysia ini mempunyai cara untuk membuat kuih hasidah ini. Tak kurangnya juga di Johor, Hasidah sangat terkenal pada suatu waktu dahulu. Sekarang ini jarang orang2 melayu di Johor yg rajin membuat kuih hasidah tetapi bagi maysrakat arab peranakan melayu di Johor Bahru, kuih hasidah masih lagi menjadi santapan keluarga dan sebagai hidangan pada majlis2 tertentu.
Namun mertua mama seorang yg sangat gemar sekali makan kuih hasidah ini. Yelah kan, kuih zaman dulu2 dan sebagai org veteran tentunya kuih ini memanglah menjadi kegemarannya. Tentu banyak nostalgia yg disimpan bersama kuih ini barangkali maka sebab itu setiap kali menjelang Syawal kuih ini menjadi hidangan keluarga sebagai sarapan pagi sebelum ke Masjid untuk Solat Hari Raya. Bila balik dari masjid dan pusara barulah kami semua akan disajikan makanan berat seperti ketupat dan lauk pauknya serta berbagai lagi juadah istimewa.
Membuat kuih hasidah ini lebih kurang sama macam kita menngacau dodol dan halwa maskat. Ianya mesti penuh dengan ketelitian dan kesabaran. Prosesnya juga akan mengambil masa berjam2. Tapi walaupun susah, tak salah kalau kita mencuba agar kuih2 sebegini tak luput ditelan zaman.
Baiklah... mari kita sama2 menikmati kuih hasidah ini.....
Kuih Hasidah Cara Johor
Bahannya :-
1 1/2 cawan tepung gandum
4 1/2 cawan santan pekat dari 1 biji kelapa
1 kg gula
40 biji kuning telur
1 cawan minyak sapi
3 helai daun pandan
(sedikit pewarna kuning jika suka) - mama biar warna dia yg asli
10 ulas bawang kecil dimayang halus dan digoreng dengan minyak sapi - Bawang goreng untuk ditabur ke atas permukaan hasidah
kacau dengan api kecil dan kacau sehingga tidak bergentel
Tepung, santan dan kuning telur serta daun pandan disatukan didalam kuali tembaga dan masak diatas api yg kecil sehingga likat. Masukkkan gula dan kacau lagi. Kacau dengan menggunakan senduk kayu.
Akhir sekali masukkan minyak sapi sedikit demi sedikit dan kacau lagi tanpa henti sehingga adunan tidak melekat pada kuali dan nampak kilat dan likat. Apabila adunan telah benar2 masak ianya semakin berat semasa mengacaunya. Anggaran ini mengambil masa 2-3 jam. Bila telah masak keluarkan daun pandan.
Bubuh adunan di dalam talam, pinggan dan bentukkan dengan menggunakan daun pisang lalu di kepit dengan pengepit yg selalu kita gunakan untuk mengepit kuih tart dan makmur. Baki minyak sapi tadi bolehlah kita buat untuk menggoreng bawang goreng lalu ditaburkan ke atas permukaan kuih hasidah dan curahkan sedikit minyak sapi ke atas kuih tersebut.
No comments:
Post a Comment