Tuesday, August 4, 2009

Belajar Buat Kuih lagi Dengan Mertua

Minggu yg lepas kami sekeluarga bermalam di rumah mertua. Lama rasanya tak tidur di rumahnya. Seperti biasa mama berbual2 dengan mertua tentang masak2 ni. Tiba2 mertua bersuara katanya dah berpuluh2 tahun mak tak makan Kek Beluder. Memang setiap kali ke rumah mertua, mama memang bawak buku resepinya yg telah diberikan kpd mama suatu ketika dahulu. Tujuan mama ialah bertanya tentang apa2 resepi2 lama yg mama tak berapa faham yg terkandung di dalam buku resepinya.



So bila mertua dah bersuara begitu mamapun dengan semangat nak buatkan mertua kek beludar yg diidam2kannya tu. Memang sepanjang perkahwinan mama, tak pernahpun mama nampak kek beludar dihidangkan di rumahnya. Cuma semasa berkunjung ke rumah adiknya di Taman Tun beberapa tahun yg lalu ada kami menikmati hidangan kek beludar. Itupun kedatangan kami tanpa mertua.


Beludar ini ada 2 jenis iaitu kek dan juga roti. Ianya seakan2 seperti brioche. Ianya mempunyai berbagai jenis rasa iaitu inti didalamnya. .Terdapat inti keju, coklat urai ataupun daging cincang ataupun ayam cincang. Beludar pada asalnya sangat terkenal di Indonesia yg dibawa oleh orang2 Belanda ke sana dan cuma segelintir sahaja orang2 di Johor dan Singapura yg tahu akan beludar ini.


Beludar sangat terkenal dikalangan orang istana dan golongan elit di Johor suatu masa dahulu dan mungkin masih lagi popoular di kalangan mereka. Bagi orang Johor mungkin ramai yg tahu dan mungkin juga yg tidak tahu tentang beludar ini selain dari harisa dan hasidah yg diminum bersama air beyh. Pertama kali membuatnya dengan diperhatikan oleh mertua. Hehehe...... pembantu rumahnya pulak kali ni jadi MAAM BESAR.


KEK BELUDAR JOHOR

3 1/2 Cawan tepung gandum

1 cawan gula

1 sudu besar yis kering
1 cawan susu tepung
2 cawan gula
Kesemua bahan ini digaul rata


Masukkan pula :
25ml susu pekat
175 ml air sejuk (dari peti ais)
1/2 cawan butter
secubit garam
kacau lagi sehingga rata dan uli sehingga menjadi doh

Biarkan adunan naik sekali ganda. Cara ini sama seperti kita membuat roti. Apabila telah naik tumbukkan agar keluar anginnya


Masukkan ke dalam paper cup yg dialas dengan loyang bulat kecil
(loyang/muffin cup cake).
Masukkan 1/4 sahaja


Kemudian bubuh keju dan bubuh lagi adunan doh sehingga memenuhi paras 1/2 paper cup. Bakar sehingga masak. Keju boleh digantikan dengan coklat urai, daging cincang atau ayam cincang yg ditumis terlebih dahulu.




Sesuai dijadikan sebagai hidangan untuk minum petang. Permukaan beludar boleh dihiasi mengikut citarasa masing2 dan ini adalah asas yg asal dari resepi orang dulu2. Menurut mertua mama resepi ini telah ada sebelum zaman Jepun lagi. Rasanya lebih sedap dari roti naik.

















No comments: