Sunday, August 30, 2009

Kenangan Indah Di Bulan Ramadhan

Sayang ....segala kasih sayangmu akan tetap tersemat di lubuk hatiku buat selamanya2. Aku rasa akulah insan yg paling bahagia sekali di dunia ini. Semoga kasih kita kekal hingga ke syurga. Alamak.... jiwanglah pulak.

Aku tak ingat siapa yg ambil gambar ini.... tetapi aku ingat ketika ini hubby sedang menggoreng ayam untuk dimakan bersama baryani kambing......Joy.... I Love U Sayang....


To my loving hubby... Thank you for loving me and taking care of me ... I LOVE YOU SO MUCHHHH. I cannot believe how fast the 11 years went by. Eleven years later, 2 kids later and we are still very much in love.The past 11 years has not been perfect by any stretch of the imagination. We have had our trials and struggles just like everybody else, but we have learned to look past the imperfect parts and noticed the great parts, at the same time working on our imperfections.
U showered me with your love and affection. Words cannot express how deeply i cared. U were always loving, always loved.




Bila setiap menjelangnya bulan ramadhan yg mulia ini, aku pasti akan terkenang akan kisah bermulanya hubungan aku dan hubby. Kami berkenalan sewaktu bulan Ramadhan, tetapi masa tuh bulan ramadhan jatuh pada bulan Februari. Perkenalan itu hanyalah sebagai hubungan Abang dan Adik sahaja tetapi bukanlah abang angkat ataupun adik angkat. Aku menganggapnya insan yg lebih tua dariku mengenangkan aku telah punya teman istimewa yg sangat aku cintai kononnya...cewahhhhhh....... dan dia menganggap aku seperti anak saudaranya kerana anak saudaranya seusia denganku.
Hari demi hari bulan berganti bulan dan tahun datang kian berubah turut merubah hatiku beralih kepada yg lain. Mungkin berkat doa ibuku jua yg bersungguh2 berkenankan Hubby ku ini, maka pada suatu hari pada bulan ramadhan juga niat sucinya itu diluahkan kepada aku. Ehehe..... macam tak percaya pulak aku. Langsung tak pernah terpikir kerana hubbyku ini bukanlah seorang yg romantik ataupun pandai bermain dengan kata2, tetapi dia sangat menghormatiku. Sikapnya dari dulu hingga kini tak pernah berubah, rajin di dapur, penuh kasih sayang dan sangat berdiplomasi dan segala apa kebaikan, kasih sayang dan tolak ansur yg berlaku didepan mataku sewaktu sebelum kami bergelar suami isteri masih lagi kekal hingga kini. Tak pernah aku lihat perubahan dirinya dari dulu hingga kini dan aku bedoa agar semua ini akan berkekalan hendaknya.
Hubbyku yg sangat mengasihi akan ibunya

Saat bahagia hubby bersama ibunya dan Allahyarhamah kakak sulungnya


Inilah sessi di "Interview" pertama kalinya. Dap dup dap........ (Tengah syok makan baryani kambing)sehingga membawa kami ke jinjang pelamin


Inilah penyeri rumahtangga kami berdua................





















Thursday, August 27, 2009

Espresso Tea Cup Koleksi Anak Dara


Terlebih dahulu terima kasih diucapkan kepada Nassir Kedai Antik yg mendapatkan mama 6 biji espresso tea cup ini. Sebenarnya dah lama set ini berada dlm simpanan mama tetapi malas nak buat N3 tentangnya memandangkan sibuk dengan kerja di pejabat dan di rumah. Semalam si kakak telah mengambil gambar set ini so senang sikitler kerja mama.
Set ini adalah kepunyaan anak dara suntiku yg berumur 10 tahun itu. Kata kakak, dia akan menggunakannya bila kawan2nya datang ke rumah. Pandai ke kakak nak buat air teh utk kawan? kataku sambil tergelak. Kesian kawan2 kakak datang rumah minum air cawan kecik..hahaha..... Kakak sekarangpun dah pandai masak nasi dan mungkin akan mempelawa kawan2nya makan dalam pinggan2 koleksinya ini.

Wednesday, August 26, 2009

Pink Yg Lembut




Selain tea set warna hijau, mama juga ada serba sedikit set tea berwarna pink lembut ini termasuklah dengan beberapa keping pinggan makan, mangkuk tureen dan mangkuk kecil serta piring. Ianya juga adalah keluaran J & G Meakin buatan England.

Tuesday, August 25, 2009

Sambal Belacan Buah Binjai

Dah masuk 3 hari kita berpuasa. So far alhamdulillah. Adik dan Kakakpun begitu gembira sekali menyambut Ramadhan. Adik siap pesan pada papa suruh renjiskan air ke mukanya tiap pagi. Hahaha..... kelakarlah Adik ni. Tiap kali masuk waktu solat Adik akan Azan sebab dia 'terperasan' dah masuk waktu berbuka........... Mudah2an Adik akan puasa penuh macam Kakak.
Oklah mama nak tunjukkan resepi mudah dan semua orang tau tapi saja je nak posting di sini.
Resepi Sambal Belacan Buah Binjai

Semua ni main lebur aje...tak pakai sukat... So agak2ler yer
Bahan2nya :-
Lada merah segar dibuang biji cuci dan toskan
Belacan digoreng dengan sedikit minyak jelantah
Sebiji buah binjai masak
Lada ditumbuk lumat dan masukkan belacan dan akhir sekali buah binjai. jika suka boleh dibubuh gula sedikit.

Makan dengan nasi putih dan ikan keringpun sedapppp

Friday, August 21, 2009

Ayam dan Sayur2an Roast Sos Lada Hitam

Kali ni masakan kegemaran papa pulak yg mama nak share....tapi masakan ni papa hanya suka makan di waktu malam aje...... bila di waktu siang dia dah makan macam2. Senang dan tak berkecah dapur buat masakan kegemaran papa yg ini.
Bahan A :

2 camca besar serbuk paprika
2 camca besar Italian Seasoning
3 camca besar minyak zaitun
1 sudu kecil serbuk lada putih
garam secukup rasa



Bahan B:



1 ekor ayam yg dibelah lapan
Gaulkan kesemua bahan A dan lumur pada ayam. Perap ayam selama 1 jam. Lagi bagus 1 malam.

Bahan C:



1 pokok brokoli dipotong kecil2
1 batang carrot dipotong panjang2
2 labu bawang besar dibelah 4
6 biji kentang dipotong 6 (jangan dikupas kulitnya)
4 biji tomato dibelah 2

Lumurkan bahan A dan perap pada bahan C. Gaulkan.
Lenserkan minyak zaitun di atas dulang pembakar dan susun sayur2an ini secara bersebelahan. Jangan dimasukkan ke atas dulang pembakar dengan cara melonggokkan sayur2an ini. Bakar dalam 10 minit kemudian keluarkan.

Bahan D



1 senduk butter yg telah dicairkan
1 biji lemon
Gaul rata dan tuangkan pada ayam ketika hendak membakarnya dan setiap 10 minit ketika membakar di dalam oven.


Bila sudah masak aturkan di dalam pinggan dan makan bersama sos lada hitam























Makanan Kegemaran Adik Cayang

Masa baby, si adik memang tak cerewet menu makannya, tetapi bila dia meningkat kanak2 dan kerap sekali sepupu2nya bawak dia ke McD dan KFC so makanan yg mama masak semua jadi tak sedap. Setiap hari Adik akan berkata, Mama...i want McD.... nak makan McD........ Sehingga mama naik pening. Bila di rumah sayur langsung tak nak makan...Terjamah sikitpun dikeluarkan dari mulutnya. Yang Adik makan cuma Nasi, telur dan kicap. Satu hari Adik termakan ikan selar kuning, so dia tiba2 jadi suka pada ikan selar kuning. Alahai siannya anak mama....takkan hari2 nak makan ikan selar kuning. So mengenangkan adik hanya suka makan ikan selar kuning dan telur so mama pun mereka cipta satu masakan untuk adik. 3 + 1. Apa yg mama buat ialah mencampurkan sayur, telur dan ikan buat adik. Inilah menu makanan adik sekarang.

Telur Gulung Inti Ikan


Isi ikan dikikis dari tulang dan tumbuk halus
(tak kira ikan jenis apa- tapi yg paling bagus buat anak2 ialah ikan kod atau salmon)
1 sudu kecil tepung jagung
1/2 sudu kecil serbuk lada putih (jika suka)
sedikit sayur2an yg dicincang halus - tak kira sayur apapun
(di sini mama bubuh putik jagung dan bunga kobis)
Campur kesemua bahan sehingga sebati


pukul telur dan dadarkan - jangan terlalu tebal dan janga pula terlalu tipis


Bubuh ikan yg telah ditumbuk halus ke atas telur yg telah didadar


gulungkan kemas2 dan kukus sebentar sehingga masak




Bila dan sejuk potong dengan pisau tajam dan hidangkan. Jangan bimbang khasiat tak berubah walaupun sayur telah dicincang halus sebab hanya dikukus sahaja



Mmmmmm..................yummy...yummy.....Adik cayang................................

Tuesday, August 18, 2009

Sup Untuk Si Manja

Sebagai ibu kita kadang2 kebingungan untuk menyediakan menu harian buat keluarga terutama anak2 yg sedang membesar. Tentunya pemakanan yg sehat menjadi pilihan kita sebagai ibu. Bagi mama walau sesibuk macamana sekalipun mama tetap akan menyediakan menu harian kepada ank2. Bukan tak pernah makan di luar, selalu juga makan di luar bersama keluarga tetapi tidaklah setiap hari. Selagi ada peluang memasak untuk anak2, selagi itu rebutlah peluang ini.








Bila teringatkan kakak yg suka sangat makan tauhu, mama terpikir bagaimana caranya untuk memperbagaikannya, beberapa tahun dahulu semasa kakak baru berusia 2 tahun dia sering mama sajikan dengan sup tauhu ball ataupun tauhu cake yg mama buat sendiri. Caranya sangat mudah.
Sup Bebola Tauhu Bersama Sayur2an

5 keping tauhu dikisar halus bersama sedikit air
Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit
Jadikan adunan seperti membuat jemput2 dan kemudian goreng terendam



Tauhu ball yg siap digoreng. Boleh dimakan begitu saja ataupun dicicah bersama sos. Di sini mama tambahkan dengan sedikit sayur2an.



2 batang daun bawang - diambil pangkal bawahnya sahaja-dihiris
1 inchi halia muda dihiris nipis




Sedikit minyak bawang putih besama sedikit bawang putihnya



Tumis kesemua bahan2nya bersama sedikit minyak bawang putih


Masukkan air dan carrot. Bila kuah dah mendidih masukkan sedikit cendawan shi take dan udang hidup. Akhir sekali masukkan brokoli dan tomato yg dipotog baji. Perasakan garam dan matikan api.


Hidangkan bersama nasi putih ataupun boleh dimakan begitu saja




Inilah menu makanan awal si manja puteriku..........dan masih kekal sehingga kini























Monday, August 17, 2009

3 Lawan 1

Pada Sabtu yg lepas mama teringin sangat nak makan lempeng kosong cecah dengan sambal atau asam pedas. Memandangkan pada hari Jumaat sebelumnya, seorang kawan mama telah memberikan sedikit Asam Pedas Ikan Pari, jadi kuahnya masih ada baki lagi so mamapun buatler lempeng yg mama idamkan tuh. Perggggg........rasanya.......sampai sekarang terasa2 kat tekak. Boleh dikira dengan jari berapa kali mama buat lempeng kosong ini. Nampak macam simple tapi untuk penyediaan satu lempeng makan masa 15-20 minit tau. Sebab apa ....nak biar dia benar2 garing sampai dalam2. Lempeng ini sangat popular dalam keluarga mama. Pertama kali lempeng ini diajarkan oleh nenek saudara mama iaitu Arwah Hajjah Hamidah pada emak. Kalau Hari rayapun kami menziarah ke rumahnya pasti mama akan menyuruhnya buatkan lempeng ini untuk mama. Namun kini semua itu tinggal kenangan setelah Arwah kembali ke rahmatullah 2 thn lepas.
Pertama kali Adik makan lempeng ini dan dia ingatkan "Roti Canai". Lempeng kosong ini adalah sarapan kegemaran mama dan dahulu tiap pagi ke sekolah, lempeng inilah yg menjadi sarapan mama setiap pagi tanpa jemu2.



sarapan ku setiap hari semasa di alam persekolahan





Antara sarapan harian anak2 dan hubby

Berbeza pula dengan anak2 dan hubby, mereka lagi suka makan breakfast ala2 English ataupun American breakfast setiap pagi. Lagi satu mama setiap pagi memang tak sempat nak buat lempeng atau apa2 aje sarapan lain selain dari Nugget, Fries dan Hot Dog. Jadi inilah antara sarapan anak2ku setiap hari sebelum mereka ke sekolah. Disamping makan badam bersama susu segar.

Tapi oleh kerana penangan lempeng kosong mama pada Sabtu yg lepas, maka pada hari Ahadnya semua mintak lempeng kosong makan dengan sambal tumis.......



Resepi Lempeng Kosong


Bahan2nya:-
Sedikit tepung gandum
Air garam


Cara membuatnya :-

Gaul air bersama tepung gandum dan kacau rata sehingga sebati. Adunan tidak perlu terlalu cair dan jangan pulak pekat seperti membuat jemput2. Panaskan kuali dan lenserkan sedikit minyak. Curahkan sedikit adunan ke dalam kuali dan ratakan dengan belakang sudu. Masak dengan api yg kecil. Sentiasa gerakkan lempeng tersebut ke kiri dan ke kanan agar ianya tidak hangus. Jangan biarkan adunan diam di dalam kuali tanpa digerak2kan. Bila adunan kelihatan hampir garing terbalikkan dan lakukan sama seperti tadi. Adunan akan nampak menggelembung dan tekan2 dengan sudip besi. Terbalikkan semula dan bagi ianya garing sekata. Akihir sekali terbalikkan lagi dan bagi ia benar2 garing barulah diangkat. Proses ini memakan masa selama 15-20 minit. Makan panas2.

Friday, August 14, 2009

Pagi Yang Segar




Selamat pagi......di pagi Jumaat yg mulia lebihkurang sekarang ini pukul 7.15 am. Baru habis masak untuk makan tengahari dan sedang bersiap nak ke pejabat......... Budak2 dah selamat ke sekolah. Cuaca yg sungguh bahang dan humid. Harap2 malam ni hujan.

Semua orang dah tau macamana nak masak pucuk ubi masak lemak tempoyak nikan tapi saje mama nak bagi resepi lagi.


Masak lemak Pucuk Ubi


Bahan2nya :-
Secekak pucuk ubi pulut
2 biji kelapa
1 cawan tempoyak
segenggam ikan bilis direndam dan cuci bersih lalu ditoskan *
segenggam cili padi kampung -terpulang nak banyak mana*
sejari kelingking kunyit basah*
garam secukup rasa*
(* ditumbuk halus)




Daun ubi dicuci bersih dan rebus bersama 2-3 titik minyak masak sehingga lembut. Toskan airnya dan masukkan ke dalam periuk bersama bahan2 yg ditumbuk tadi. Masukkan santan kelapa dan masak sehingga mendidih dengan api kecil. Bila sudah mendidih masukkan pula pati santan bersama tempoyak. Kuahnya hendaklah sentiasa dikacau agar tidak pecah minyak.

Thursday, August 13, 2009

Permainan Batu Seremban

10 set batu seremban yg mama jahit ......baki2 perca baju tidur Kakak dan Adik


Pada beberapa minggu sudah, di sekolah kakak ada menjalankan aktiviti Minggu Keusahawanan Dan Perniagaan dan seperti yg pernah mama tunjukkan pada N3 yg lepas dulu, kakak ada menjual cupcakes dan batu seremban. Kesemuanya habis dijual. Banyak juga duit yg kakak dapat hasil jualannya.
Pada hari Jumaat yg lepas pulak kakak ada bagitau mama yg Cikgu Penolong Kanan di sekolahnya ada bertanya pada kakak tentang batu seremban. Cikgu nak order 10 set batu seremban kata kakak. Kata kakak ini adalah untuk pertandingan permainan batu seremban di sekolahnya. See kakak...... bila mama cadangkan jual batu seremban kakak kata tak mohler. Sekarang Cikgu nak lagi pulak.......dan Kakak cuma tersengeh.
Kelam kabut mama menyediakan 10 set batu seremban untuk sekolah kakak dan sebagai ex student sekolah IJ Convent Johor Bahru, tentunya mama sangat berbangga kerana pihak sekolah telah menganjurkan permainan tradisional ini yg semakin dilupakan.
Kepada pelajar2 yg menyertai pertandingan Batu Seremban ini mama ucapkan syabas dan semoga berjaya.......
Sedikit Info yg mama dapat tentang permainan batu Seremban


Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Kanak-kanak perempuan gemar memainkannya secara individu dan kebiasaannya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.

Guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat biasanya digunakan oleh kanak-kanak dalam permainan ini sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah.

Permainan ini sering dimainkan diwaktu lapang, di serambi rumah, di dalam rumah atau dimana sahaja yang mereka gemari dengan memerlukan permukaan yang rata dan bersih. Para pemain hendaklah duduk di atas lantai, dengan cara begini memudahkan permainan tersebut dimainkan.

Menentukan Giliran
Sebelum permainan dimulakan, seorang demi seorang pemain dikehendaki menimbang buah, bagi mendapatkan mata sebagai penentuan siapa yang akan bermain dahulu sebagai pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Cara menimbang buah adalah dengan kesemua buah diletakkan di atas tapak tangan dan dilambung keudara, kemudiannya hendaklah disambut pula dengan belakang tapak tangan. Jumlah buah yang dapat disambut itu adalah dikira sebagai mata.

Cara Bermain
Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepada peringkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.
Buah Satu
Kesemua buah hendaklah diselerakkan dengan cara menabur di atas lantai, berkeadaan buah-buah itu tidak bersentuhan antara satu dengan yang lain. Sebiji buah diambil untuk dijadikan ibu, dan ibu hendaklah dilambungkan keudara, dalam masa yang sama sementara buah ibu masih berada diudara, sebiji lagi buah hendaklah dikutip. Dalam masa yang sama pemain hendaklah menyambut buah ibu, apabila telah disambut sebiji buah hendaklah digenggam di dalam tangan yang sebelah lagi. Perlakuan begini dibuat berterusan sehingga kesemua buah di atas lantai itu habis dilambung dan disambut.

Buah Dua
Cara buah dua dimainkan adalah serupa seperti buah satu, tetapi buah yang dikutip mestilah dengan dua biji serentak, ini bermakna hanya dua kali lambungan buah ibu dilakukan.
Buah Tiga
Buah tiga pula terdapat sedikit perbezaan. Langkah pertama adalah dengan mengutip sebiji buah dahulu, pada lambungan kali kedua pemain hendaklah mengutip tiga biji buah serentak.
Buah Empat
Pemain mengutip kesemua empat biji buah di atas lantai dan dalam masa yang sama hendaklah menyambut buah ibu yang telah dilambungkan.
Buah Lima
Diperingkat ini urutan dari memainkan buah empat, sementara di dalam tangan tergenggam lima biji buah, sebiji dari buah hendaklah dilambungkan dan empat biji buah baki hendaklah diletakkan di atas lantai pula serta menyambut buah ibu sahaja.
Buah Enam
Ditahap buah enam terdapat perbezaan, ianya juga dinamakan buah tukar dimana dua biji buah dijadikan buah ibu. Apabila sebiji daripadanya dilambungkan ke udara maka sebiji lagi buah ibu itu hendaklah ditukarkan dengan buah lain yang terdapat di atas lantai, sehingga selesai.
Buah Tujuh
Buah tujuh adalah urutan dari peringkat permainan buah enam. Dua biji buah yang masih berada di dalam tangan hendaklah dilambungkan serantak. Sementera itu sebiji buah hendaklah dikutip. Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua belah tangan, sebiji disebelah kanan dan sebiji lagi disebelah kiri. Pada buah ibu yang terakhir dilambungkah hendaklah juga disambut.
Menimbang
Setelah selesai kesemua peringkat dilalui, pemain hendaklah menimbang buah untuk mendapatkan mata. Menimbang buah diperingkat ini ada dua kaedah. Cara pertama sama seperti permulaan menentukan pemain, mata dikira hanya mengikut bilangan biji buah yang dapat ditimbang. Tetapi jika buah yang ditimbang itu disambut dengan cara mencangkuk, maka mata dikira sekali ganda dari jumlah biji buah yang dapat disambutnya.
Sekiranya pemain dapat bermain sehingga keperingkat menimbang dengan memperolehi mata, maka pemain tersebut boleh meneruskan permainan semula, buah satu dan seterusnya sehingga mati.
Mati PermainanSekiranya ibu tidak dapat disambut atau semasa mengutip buah di atas lantai tangan mengenai biji buah yang lain atau tidak dapat mengutip buah sehingga ibu jatuh atau semasa menimbang buah dan pemain tidak dapat walau sebiji buah ianya dikira mati (permainan ditamatkan) dan permainan akan diserahkan kepada pemain seterusnya.

Wednesday, August 12, 2009

Resepi Dari Itam Lagi










Hari tu masa mama melawat Bloh DF, mama lihat ada masakan cendawan berinti. Dalam hati berkata wah DF diam2 masak tunjuk kat blog sekarang ek. Lepas tu terus berYM dengan DF...Hahahahhaha.................rupanya si Itam punya resepi. Gambarpun yg Df dapat adalah ikhsan dari Itam. Tipah tertipu........








Lepas tu si Itam pun calling2 mama bila mama menyatakan kepadanya hasrat nak buat resepi tu. Itampun bagiler resepinya. Wow tak sabar nak mencuba. Sebenarnya lama da mencuba sebaik Itam memberi mama resepinya cuma lupa nak masukkan gambar.








Bila nak masukkan gambar rupanya cara membuatnya dah terdelete. Nasib baik gambar dah siap hidang ni tak terdelete lagi.





Ok mari kita tengok apakah bahan dan bagaimanakah cara membuatnya. Sungguh simple tetapi sedap sangat......





Cendawan Berinti Ayam





Beberapa keping cendawan kering
Isi ayam/ ikan tenggiri/ daging ke semua boleh
(Mama guna isi ayam atas permintaan anak2 dan suami)
Sedikit halia muda
Sedikit serbuk lada putih
Sedikit tepung jagung
Kicap cair
Daun bawang dicincang
Garam sesedap rasa










Cendawan direndam dalam air panas sehingga kembang dan buangkan pangkalnya. Ayam dicincang halus dan digaul bersama dengan sedikit tepung jagung dan lada sulah dan sedikit halia yg dicincang lumat. Gaulkan sehingga rata dan tuangkan sedikit kicap cair. Bila adunan telah sebati tepekkan pada belakang cendawan yg telah dibuang pangkalnya. Kukus sehingga masak.





Cendawan yg dikukus itu mama hiaskan lagi dengan sawi Jepun yg telah dicelur sebentar dan mama tuangkan dengan sos tiram sebagai kuahnya.



Cara membuat kuahnya

Sedikit sos tiram
Sedikit kicap cair
Sedikit daun bawang yg diambil pangkalnya yg keras sahaja
Sedikit tepung jagung

Kesemua bahan disatukan dan kukus sebentar lalu disiram ke atas sayur tadi. Akhir sekali bolehlah dituangkan dengan sesudu besar minyak bawang putih yg telah dipanaskan. Makan panas2.






Monday, August 10, 2009

Roti Beludar Johor

Minggu yg lepas mama belajar buat kek beludar dan pada ahad semalam pulak mama mencuba roti beludar sepertimana yg telah diajar oleh mertua. Resepinya sama sahaja tetapi cara membuatnya agar berbeza sedikit.









Bahan A:-



3 1/2 Cawan tepung gandum

1 sudu besar ragi kering- instant

1 cawan susu tepung

1/2 cawan gula

Kesemua bahan ini dicampurkan bersama dan gaul sehingga rata



Bahan B:-

4 biji kuning telur

2 biji putih telur

1 1/2 camca kecil susu pekat manis

175ml air sejuk

1/2 buku butter


Masukkan susu pekat manis dan kuning telur satu persatu dan juga putih telur. Gaul rata sehingga adunan sebati. Gunakan mixer lagi senang . Kemudian masukkan air sejuk sedikit demi sedikit dan kacau lagi sehinggga menjadi doh yg kental.



Rehatkan adunan doh selama 30 minit atau sehingga ia mengembang 1 kali ganda. Lakukan sama seperti proses membuat roti iaitu dengan menumbukkannya bagi mengeluarkan angin yg terkandung di dalam doh.




Bulat2kan doh dan biarkan lagi selama 10 minit.



Bahan Inti

Sedikit Coklat Urai
Sedikit keju serbuk atau parut


Selepas itu leperkan dan bubuh intinya di dalam kemudian bulatkan semula dengan kemas dan masukkan ke dalam papercup yg dialas dengan acuan cupcake. Mama guna inti keju dan coklat urai. Biarkan selama 1 jam dan kemudian sapukan keatasnya susu pekat manis dan taburkan dengan keju ataupun coklat



Panaskan oven pada suhu 190 darjah dan bakar selama 15 minit atau sehingga masak




Sesuai dijadikan sebagai sarapan pagi ataupun minum teh petang


* Di Johor roti beludar ini sangat popular semenjak dari zaman Kesultanan Sultan Sir Ibrahim dan Sultanah Lady Marcella
























Kuih Hasidah

Mama rasa ramai orang tau Kuih Hasidah iaitu sejenis kuih yg diperkenalkan oleh bangsa arab ke Tanah Melayu. Setiap negeri di Malaysia ini mempunyai cara untuk membuat kuih hasidah ini. Tak kurangnya juga di Johor, Hasidah sangat terkenal pada suatu waktu dahulu. Sekarang ini jarang orang2 melayu di Johor yg rajin membuat kuih hasidah tetapi bagi maysrakat arab peranakan melayu di Johor Bahru, kuih hasidah masih lagi menjadi santapan keluarga dan sebagai hidangan pada majlis2 tertentu.


Namun mertua mama seorang yg sangat gemar sekali makan kuih hasidah ini. Yelah kan, kuih zaman dulu2 dan sebagai org veteran tentunya kuih ini memanglah menjadi kegemarannya. Tentu banyak nostalgia yg disimpan bersama kuih ini barangkali maka sebab itu setiap kali menjelang Syawal kuih ini menjadi hidangan keluarga sebagai sarapan pagi sebelum ke Masjid untuk Solat Hari Raya. Bila balik dari masjid dan pusara barulah kami semua akan disajikan makanan berat seperti ketupat dan lauk pauknya serta berbagai lagi juadah istimewa.


Membuat kuih hasidah ini lebih kurang sama macam kita menngacau dodol dan halwa maskat. Ianya mesti penuh dengan ketelitian dan kesabaran. Prosesnya juga akan mengambil masa berjam2. Tapi walaupun susah, tak salah kalau kita mencuba agar kuih2 sebegini tak luput ditelan zaman.


Baiklah... mari kita sama2 menikmati kuih hasidah ini.....




Kuih Hasidah Cara Johor
Bahannya :-

1 1/2 cawan tepung gandum

4 1/2 cawan santan pekat dari 1 biji kelapa

1 kg gula
40 biji kuning telur
1 cawan minyak sapi
3 helai daun pandan
(sedikit pewarna kuning jika suka) - mama biar warna dia yg asli
10 ulas bawang kecil dimayang halus dan digoreng dengan minyak sapi - Bawang goreng untuk ditabur ke atas permukaan hasidah


kacau dengan api kecil dan kacau sehingga tidak bergentel


Tepung, santan dan kuning telur serta daun pandan disatukan didalam kuali tembaga dan masak diatas api yg kecil sehingga likat. Masukkkan gula dan kacau lagi. Kacau dengan menggunakan senduk kayu.



Akhir sekali masukkan minyak sapi sedikit demi sedikit dan kacau lagi tanpa henti sehingga adunan tidak melekat pada kuali dan nampak kilat dan likat. Apabila adunan telah benar2 masak ianya semakin berat semasa mengacaunya. Anggaran ini mengambil masa 2-3 jam. Bila telah masak keluarkan daun pandan.





Bubuh adunan di dalam talam, pinggan dan bentukkan dengan menggunakan daun pisang lalu di kepit dengan pengepit yg selalu kita gunakan untuk mengepit kuih tart dan makmur. Baki minyak sapi tadi bolehlah kita buat untuk menggoreng bawang goreng lalu ditaburkan ke atas permukaan kuih hasidah dan curahkan sedikit minyak sapi ke atas kuih tersebut.

Friday, August 7, 2009

Angan-Angan Si Kakak

















Mama...... ni nanti Anne nak yer? Nak buat apa? kataku. My antique collection from my beloved Daddy.......hahhahahahaha..... aku dan hubby terus ketawa.