Hari ini adalah hari terakhir kita umat Islam menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Masih ada lagi kah yg pergi collect duit raya nie dan jamuan makan2 ke?..... Oklah di Syawal yg penghujung ini jemputlah semua beramai2 ke Blog mama ini menjamu selera mata korang setelah penat membuat biskut raya dan juadah raya................
Thursday, October 30, 2008
Open House di Blog Mama
Resepi Biskut Raya Episod 4
Mari makan biskut kuih lagi....
Meringue sudah menjadi bila korang angkat adunan dengan sudu dan ia tidak cair dan tidak jatuh adunan tersebut.
Monday, October 27, 2008
Juadah Hari Raya-Resepi Dalca 1 Episod 3
Ok jom ke dapur.....
*Mama tidak memasukkan santan ataupun susu cair. Kuah ini juga agak pekat sedikit, tetapi terpulang pada korang untuk membubuh santan ataupun susu cair. Jika tidak memasukkan mangga muda perlu ditambah sedikit air asam jawa tetapi air asam jawa hendaklah dibubuh setelah kesemua bahan telah dimasukkan dan telah masak. Membubuh air asam jawa di peringkat awal akan menyebabkan daging menjadi liat
Thursday, October 23, 2008
Jom Makan Biskut Raya Episod 3
Buku Resepi nie sungguh nostalgia buat mama. Biskut pertama yg mama buat ketika mula2 berjinak dengan tepung ialah biskut yg akan mama tunjukkan kpd korang semua melalui dari buku resepi inilah. Waktu itu mama dalam tingkatam 5. Jealous gak bila kat sekolah ada kawan2 yg pandai buat biskut. Mama terkulat2 tak tau nak sembang apa bila kawan2 ckp tolong ibu mereka di dapur membuat biskut dan dengan bangganya mereka mengisytiharkan bahawa dapat mencuba satu dua resepi. Mama ingat lagi, selepas pulang dari sekolah, mama terus ke Badan Book Store di KOMTAR, Jalan Wong Ah Fook, niat hati nak beli Majalah Dewan Siswa tetapi apabila terpandang Majalah WANITA yg disertakan dgn buku resepi sebanyak 101 jenis resepi kuih muih, kek, dan masakan, mama rasa tertarik pulak. Tak ingat berapa harganya tetapi cukuplah untuk membeli majalah tersebut. Balik nanti minta emak gantikan sebab duit dah tak cukup nak beli Majalah Dewan Siswa.
Sehingga kini buku resepi ini masih dalam simpanan mama biarpun keadaannya telah uzur. Baru tahun nie kulit depan dia hilang sebab kakak dgn adik buat main. Mereka berebut sehingga koyak. Lagipun buku resepi nie mama tampal sana sini sebab dah teruk benar...Tenat sangat. Manakan tidak, kertasnya sangat nipis dan kini telah berusia si manis 17 tahun dan ketika mama memiliki buku resepi ini juga mama adalah si manis 17...ceh....ahahahha......Manis sungguh kenangan itu. Tak mungkin ianya dapat ku ulangi semula. Sehingga kini hampir keseluruhan dalam buku resepi ini mama telah mencuba sekali dan berkali2. Alhamdulillah.....semuanya menjadi.
mmmm....... frust pulak rasanya bila pi kedai menjual bahan2 kuih apa yg mama nak byk dah tak ada...maklumlah dah last minute, banyak dah org borong... So niat hati nak buat Biskut Apple Alabama terbantut. So mama gantikan dgn Nanas Kering. Sedap gak... Tapi resepinya still ikut resepi yg lama. Tak ubah sikitpun. So nama diapun mama dah tukar dari Biskut Apple Alabama kepada :
Wednesday, October 22, 2008
Jom Makan Biskut Raya Episod 2
Kali nie mama nak jamu mata korang semua dengan satu lagi resepi biskut raya..... Caranya pun mudah dan rasanya juga sedapppp sekali. Resepi ini adalah biskut wajib setiap tahun kerana ia adalah merupakan biskut kegemaran papa. Satu telap sekali hadap boleh habis daa....