Friday, October 23, 2009

Ketika Anak Berusia Tiga Tahun

Apakah yg difikir oleh kanak2 yg berusia 3 tahun dalam fikiran kita? Dalam usia 3 tahun mereka dah mula mengenali erti kasih sayang, mereka dah pandai membaca buku cerita yg pendek2 seperti buku lady Bird, Peter And Jane dan boleh menulis ABC serta membilang 1-50 atau lebih dari itu. Namun dalam usia sekecil itu mereka masih belum mampu melindungi diri mereka sendiri.

Ini adalah gambar anak permpuanku kakak ataupun Anna. Gambar ini diambil sehari sebelum hari jadinya yg ke 3 tahun. Gambar ini diambil sewaktu kami nak shopping barang2 untuk majlis hari jadinya. Bila melihat aku mengenakan baju yg hampir sama dengan adiknya, kakak segara menyuruh papa mengambil gambar mereka berdua. Terjerit2 kakak berulang2 kali menyuruh papa masa tuh. Papa....please take my picture with Ajim now!. Bila papa menyuurh dia bergaya dengan pantas dia memeluk adiknya dengan penuh kasih sayang. Ketika itu adik baru berusia 6 bulan. Dalam usia 3 tahun kakak dah mula mengenali erti kasih sayang dan marah jika aku lambat membuat susu untuk adiknya. Bagaimana kita sebagai orang yg dah cukup akal fikiran yg waras dan boleh berfikir baik dan buruk boleh mensesiakan dan mendera anak yg baru berusia 3 tahun tanpa belas kasihan!!!!!!!

Gambar kakak yg diambil oleh sepupuku. Ketika itu Kakak juga berusia 3 tahun. Sepupuku meminjam kakak 2 hari untuk sesi gambar kanak2 bagi program Adik Sayang di Kindergartennya. Aku paling suka gambar kakak waktu ini. Dia berposing kata sepupuku tanpa disuruh2. Gambar ini aku curi dari rumah sepupuku. Eheheh......


Dan ini adalah gambar hari jadi kakak yg ke 3 tahun. Kakak gembira sangat masa ni. Tiada apa yg difikirkan oleh kakak melainkan kegembiraan menyambut hari jadinya.
Bukan cerita kakak anak permpuanku yg ingin aku kongsi bersama tetapi cerita kanak2 perempuan yg berusia tiga tahun yg didera oleh kekasih ibunya dan yg paling kejam ibunya turut bersenkongkol dengan kekasihnya menyembunyikan rahsia pembunuhan anak malang itu. Ya Allah, dua hari ni aku benar2 tak ada mood langsung untuk membuat kerja di tempat kerja. Sampai semalam aku diserang sakit kepala yg teruk. Semalaman aku tak boleh melelapkan mata apabila mendapat berita sedih itu. Berbulan dahulu aku menahan hati mengenangkan cerita Allahyarham Adik Nurin Jazlin dan kini timbul lagi ceita sedih ini. Dahler sebelum tuh kes kanak2 perempuan berbangsa India yg ditemui mati secara kejam aku dapat emailnya. Memang aku nak buat N3 tuh belum sempat dah timbul kes ini pulak. Alangkah kejamnya manusia di zaman ini.
Aku sangat berkecil hati dengan ibu kanak2 malang itu. Selama ini jika kes kehilangan kanak2 aku tidak pernah menyalahkan ibu bapa mereka kerana sebagai ibu bapa aku juga faham adakalanya mereka terlepas pandang dan kedaan keluarga dan situasi di tempat tinggal mereka yg harus kita teliti. Namun kes kanak2 3 tahun yg dirogol dan diliwat serta didera oleh kekasih ibunya itu benar2 menguji kesabaranku. Aku rasa macam nak sepak terajang aje muka si ibu itu. Dahlah jadi ibu tunggal dalam usia muda begitu, boleh percaya pulak tinggalkan anaknya dengan lelaki luar yg tidak diketahui asal usulnya serta menanggung pulak lelaki itu sebagai biawak hidup dan duduk sebumbung bermukah tanpa mengenal dosa dan pahala. Dimana si ayah kandung anak itu ? Dalam otak aku yg hampir beku ini terpikir2 adakah itu anak sah taraf atau sebaliknya? maka tiada si ayah yg datang membela. Dimanakah nenek dan atuk kanak2 itu dalam pada si anak kesusahan hidup sendirian bersama seorang anak kecil serta dimana kaum kelaurga yg lain. Semua itu berserabut dalam otak aku ni. Dalam akal fikiran jahat aku ni mungkinkah ibu tunggal itu dibuang keluarga dan tidak diakui anak? Atau mungkin ibu tunggal itu tidak mahu menyusahkan keluarganya??? Mungkin juga dan aku yg tidak tahu menahu tidak mahu menuduh apatah lagi beranggapan tidak baik kepada ibu tunggal itu. Cuma aku sangat terkilan dengan tindakan ibu tunggal itu yg sanggup melindungi syaitan yg menyamar sebagai insan penyayang demi cintanya kepada lelaki itu. Dimanakah kasih sayang dia kepada ank yg dilahirkannya itu? Diamanakah???? Oh Tuhan berilah aku kekuatan.
Sedih dan pilu seperti dirobek2 hatiku ini. Terniang2 di telingaku ini suara anak kecil itu menjerit kesakitan dan menangis meminta meminta belas kasihan dengan mata yg berlinangan air mata. Dimanakah kekuatan anak kecil itu untuk melindungi dirinya sendiri waktu dia diseksa sekejam itu. Ya Allah aku sangat2 berharap semasa kejadian itu dengan kuasaMU tidak sedikitpun anak itu merasa kesakitan akibat perbuatan keji dan terkutuk lelaki syaitan itu.
Kepada ibu2 tunggal yg masih muda, janganlah berpikiran singkat sepeti yg dah kita lihat dalam masyarakat kita hari ini. Pilihlah lelaki yg beriman dan bertakwa kepada Allah untuk membina semula sebuah keluarga yg pernah runtuh. Dekatkan diri kepada Tuhan dan sentiasa berdoa untuk jodoh yg baik.
Tak sanggup aku meletakkan gambar anak malang itu kerana di saat aku menulis ini airmataku masih mengalir dan hatiku semakin pilu.
Ya Allah, aku berdoa agar Engaku melindungi semua kanak2 di dunia ini tak kira apa bangsanya sekalipun agar terselamat dari segala kekejaman manusia yg tidak berhati perut. Semoga anak itu aman di sisi MU Ya Allah.

4 comments:

nor64 said...

slm zu..kisah ni mmg sgt menyayat hati...akak x sanggup membaca kisah ni smpai habis..tajuk saja dah cukup memilukan & menyakitkan..bagi akak walau apapun dan siapapun ibu anak ini dan kenapa dia jadi begitu(mgkn lahirkan anak x sah & dsbnya..) tapi dia tak patut bersekongkol melihat syaitan itu meliwat & merogol anaknya ..hanya akak tertanya2 ..waraskah siibu ini??? Dan syaitan tu patut dihukum mati saja walau apapun alasan yg diberi ..Siibu ni x perlu beranak lagi..x layak pun dipanggil ibu..asalkan binatang pun pandai melindungi anaknya dari ancaman...golongan apakah siibu ini...

~Yatt~ said...

salam kak zura..
betul tu akak..patut direjam saja si ibu yang sekongkol tu..masa saya baca berita nie kat upm..hampir menangis saya lebih2 lagi ada gambarnya kan..syahdu sekali..tergamak mereka yg terkutuk tu melakukan perbuatan yg sekejam itu pada tubuh kecil yg sewajarnya disayangi dicium2 & dibelai selalu..
laknatlah mereka yg bertopengkan syaitan..

Mama Vogue said...

Wsalam kak Nor64


memang benar ianya sangat menyayat hati, lebih2 lagi melibatkan seorang kanak2. lebih menyedihkan sikap siibu seperti haiwan dan hanya mementingkan keseronokannya saja. Beginilah sikap segelintir ibu muda yg terdpt di negara kita. Tanpa ilmu, tanpa pegangan agama tanpa akal yg waras serta hanyut dalam arus kehidupan yg daif maka inilah hasil yg kita lihat.

Mama Vogue said...

wsalam yatt


hati ibu mana yg tak sedih yatt, walaupun tidak berlaku di dalam keluarga kita tetapi sebagai ibu hati kita tak lari dari merasai kesedihan itu. tergamak anak itu diperlakukan sebgitu.Kejam sungguh manusia itu.