Monday, October 12, 2009

TEKO BIRU BERCORAK



Teko ni sebenarnya dah lama dah mama dapat dari seorang ibu saudara mama. Beliau bukanlah pengumpul pinggan mangkuk lama ataupun barang2 lama, tetapi beliau adalah 'orang lama'. Di rumahnya hanya dikumpul set pinggan mangkuk, sudu, senduk, teko cawan dan periuk belanga yg bermotifkan bunga rose merah terang ataupun dikenali sebagai June Rose yg memang mama tak minat. Tengoklah esok2 bila dah jadi retro dan antik, mama akan beli darinya pulak.
Beberapa bulan lepas sebelum menjelang puasa, rumah ibu saudara mama telah mengadakan kenduri arwah doa dan tahlil. Semasa menolongnya mengemas2 dapur dan menyimpan semula pinggan mangkuk ke dalam kabinet lamanya, mama terpandang akan teko ini. Puas mama mencari cawan2nya tetapi tidak berjumpa. Mamapun belek2lah teko tuh. Macam pelik. Bentuk ala2 meakin ataupun sun crown tetapi dia berketak2 ataupun bercorak2 seolah2 sisik ular ataupun buaya. Hishhh ngeri tetapi macam unik pulak.
Dengan tak malunya mama meminta izin dari ibu saudara mama untuk memilikinya, mula2 mama nak bayar duit kepadanya tetapi dia berkeras2 menolaknya. Akhirnya mama berjanji untuk menambahkan koleksi set June Rosenya. Senyum lebar bila koleksi itu sampai ke rumahnya. Berkali2 dia ucapkan terima kasih dan mencium2 pipi mama. Awaklah anak sedara kesayangan Auntie, nanti Auntie cari2 lagi kalau ada yg lama2 ....eheheh....mama hanya tersenyum2. Dalam hati berbunga bahagia kerana dapat memiliki teko yg sungguh mengerikan itu.
Kepada Yatt mama bercerita pasal teko ini dan dia juga tidak pernah nampak teko semacam ini. Cawannya memang tiada dan teko ini adalah pemberian mertuanya semasa ibu saudara mama baru berkahwin dan kini beliau telahpun pencen dari menjadi seorang guru.



Teko ini mama gandingkan bersama dengan cawan yg mama dapat dari Kluang

No comments: