Thursday, October 1, 2009

Kerepek Lama- Kuih Gunting

Ini adalah satu lagi resepi lama, resepi di zaman semasa kanak-kanak pastinya ada di setiap rumah. Namun kini jarang kuih ini berada di setiap rumah. Kalau adapun pastinya kuih ini dibeli bukan dibuat sendiri walaupun membuat kuih ini amat mudah dan murah belanjanya.
Kuih ini dipanggil kuih gunting dan mama sangat suka makan kuih ini. Kalau tak rayapun kuih ini sering juga mama buat untuk kami sekeluarga. Kata orang Johor 'buat ngunyah-ngunyah'. Dulu semasa menjelang raya, jiran mama semasa kami tinggal di quaters dahulu, rajin membuat kuih ini. Berkilo-kilo kalau dia buat. Rajin betul Arwah makcik tuh. Sekarang ini bila hari raya, apabila kami menziarah ke rumah anak-anaknya pastinya kuih ini masih lagi menjadi hidangan di hari raya.
Kuih Gunting

1kg tepung gandum
5 pelepah daun kari- daunnya digunting halus-halus
5 sudu besar rempah kari
3 1/2 sudu besar ketumbar *
6 camca kecil jintan manis*
3 camca jintan putih*
3 camca cili kering*
*(Digiling halus)
1 buku butter
Santan secukupnya
garam sesedap rasa


Uli sehingga menjadi doh

Guntingkan doh kecil-kecil dan digoreng dengan api sederhana



sesambil dok menaip ni, sesambil mengunyak kuih gunting ni


No comments: