Thursday, October 15, 2009

Pemberian Dari Emak

Tea setnya juga lengkap tetapi 2 cawannya entah ke mana

Seperti yang mama janjikan kepada akak Nor64 mengenai set english roses china ni, sorrylah akak, set ni jauh terceruk kat dalam cabinet dan susah sikit nak keluarkan so kene ambil masa sikit nak buat N3 ini. Set ini adalah dari ibuku juga. Set bunga ros ini dibeli sekitar tahun 1970an. Oleh kerana pinggannya berat maka emak hanya menggunakannya sekejap sahaja. Memang beratpun pinggan ini. Emak lebih suka menggunakan pyrex dan arcopal. Dulu mama rasa cuma sekali sahaja pinggan ini digunakan semasa raya tahun bila mama sendiri dah terlupa dan selepas itu emak menyimpannya semula sehinggalah selepas beberapa minggu sebelum mama berkahwin dan sesi membersihkan rumah bermula. Ketika membersihkan dapur, mama terpandang set ini disamping set2 pinggan mangkuk yg lain. Semasa tuh mama cuma beminat dengan set pinggan mangkuk emak yang lebih lama lagi seperti sun crown dan meakin biarpun tak cukup setnya. Tiba2 emak menyuruh juga mama mengambil set bunga ros ini dan dia suruh buat basahan mengenangkan set ini masih lengkap. Ingat lagi kata2 emak ketika itu, amiklah pinggan tuh , banyak lagi tuh.... mak pakai cuma berapa kali jek. Kan keluarga dia ramai nanti boleh buat tukar2 ganti.
Masa tuh mama taklah berapa minat sangat tetapi oleh kerana set ini lengkap maka mamapun bercadang untuk menukar2 ganti sebagai basahan. Maklumlah masa tuh baru nak kahwin dan keluarga suami pulak ramai . Sayang pulak nak pakai yg mahal2. Emak membelinya dengan harga RM90 sahaja satu set.
Set ini puas juga mama buat lasak sehinga dua tahun lamanya dan selepas itu simpan kembali sebab rasa macam dah old fashion pulak. Namun kini mama jadikan sebagai koleksi pinggan2 lama yg kini telah menjadi retro dan yang lebih mama hargai ialah dari pemberian dari ibuku yang tersayang.

Set ini masih lengkap dengan 8 biji pinggan makan, 7 biji mangkuk lauk/sup, 1 mangkuk nasi, 8 biji piring kuih dan 1 platter


4 comments:

nor64 said...

slm zu..best betui mama dpt set lengkp dari mak pulak tu...cantik kan set teko& cawan tu...t.ksh n3 ni boleh akak tumpng tengok..nanti zu boleh wariskan anak daramu ituuu
zu tak ade ke meakin nak barter ngan akak?

nor64 said...

slm zu..best betui mama dpt set lengkp dari mak pulak tu...cantik kan set teko& cawan tu...t.ksh n3 ni boleh akak tumpng tengok..nanti zu boleh wariskan anak daramu ituuu
zu tak ade ke meakin nak barter ngan akak?

nor64 said...

slm zu...aduhh beruntung badan dpt banyak koleksi dari mak...begitu jugelah anak dara zu besok mesti follow minat mamanya...zu ada meakin lebih utk bart

~Yatt~ said...

salam kak zura..
set camnie say penah jumpa kat kedai pinggan mangkuk saka nilai..mmg banyak sangat ietmnya..rege dalam rm149.90 tapi time tu saya tak beli sbb banyak sangat..now dah terasa rugi sebab pastu saya pegi balik dah takde..huhu..