Thursday, October 22, 2009

Coffee Set Bunga Ros Hitam 2 Dan Cerita Disebaliknya








Hitam Putih kehidupan..........


Lihatlah sekitar alam
Dunia luas terbentang
Langit tinggi kebiruan
Pohon-pohon kehijauan
Hembusan bayu yang menyegarkan
Dengarkan di sana-sini
Beburung riang menyanyi
Berbunga aneka warna
Sumber kedamaian jiwa
Mensyukuri nikmat Maha Esa
Begitu berharga kehidupan ini
Bagi mereka yang tahu menghargai
Mengapa terdorong oleh perasaan
Kalau turutkan hati diri menjadi korban
Tiada yang dapat lari dari masalah diri
Hadapi lah dengan tenang
Tiap cabaran yang datang
Atasinya dengan keimanan
Sekadar buat renungan
Untukmu teman tersayang
Hitam putih masa depan
Sendirian menentukan
Hidup ini usah persiakan
Dulu pernah mama buat N3 pasal cawan bunga ros hitam dan pinggan makan lepar 9" ini. Cawan bunga ros bertangkai itu mama dapat di rumah nenek dan separuh emak yg punya. Tekonya pula Adik Yatt yg memberi informasinya. Pinggannya pula dari rumah mertua dan baru2 ini mama membeli lagi cawan bunga ros hitam yg berbeza sedikit dari yg mama ada dan tekonya mama dapat dari Ajmah. Kemudian mama dapat pula dessert plate 7".

Bila melihat kepada set hitam putih ini segera mama teringat akan lagu dari Datuk Sheila Majid. Genit saja orangnya. Mama dan Papa memang minat betul dengan beliau. Lagu Hitam Putih Kehidupan ini cukup membawa erti yang mendalam kepada kita semua. Lebih2 lagi dibaris akhir lagu tersebut "Hidup ini usah dipersiakan". Teringat pulak sebaris dialog dari Puan Adibah Amin dalam sebuah filem "Hati Bukan Kristal" dia ada memberitahu kepada pelakon Julia Rais masa dalam adegan filem itu, "Hidup ini usah dipersiakan." Sehingga kini mama ingat dan mama memang minat benar dengan cerita itu kerana ianya berkisar pada kehidupan yg nyata. Lebih2 lagi Puan Adibah Amin adalah senior mama di Sek Menengah IJ Convent Johor Bahru, walaupun dia jauh2 senior dan tak pernah berjumpa, tetapi mama cukup kagum dengan tulisan2 beliau.

4 comments:

Mat Gebu said...

Salam kak zura...saya kalau ingat adibah amin, teringat watak "cikgu bedah" yang beliau pegang dalam filem "adik manja"....

Mama Vogue said...

WSALAM mAT....HAHAHAH YELAH AKAKPUN SUKA CERITA TUH TAPI MASA TUH DIA KELAKAR KAN. CERITATUPUN BEST. SUKA WATAK DARMA NGAN NOOR KUMALASARI

nor64 said...

slm zura..teko rose hitam yg pertama tu akak ada cawan-cawannya member bagi..lepas tu piring cawannya yatt tlg beli kat kluang..hanya teo x de..tak taulah beli nak dapat...

Mama Vogue said...

wsalam kak. Wah untung akak yer dpt cawan dari kawan2. Sayapun dpt cawan tuh kat Kluang dan teko dari Aj. nanti kalau saya tau ada tekonya saya bagitau akak ok. Yatt memang baik hati kak, dialah yg byk membantu saya mendptkan semua ni tau.