Friday, February 27, 2009

Sarapan Yg Paling Baik

Wajib baca...JANGAN SEKADAR MELIHAT GAMBAR2 SAHAJA:-
Berapa ramai antara kita bersarapan dengan sempurna? Ingat, secawan kopi atau teh tidak dikira sarapan, Walaupun bagi sesetengah orang kopi menjadi penggerak aktiviti harian mereka, tetapi tenaga daripada kopi tidak mencukupi untuk anda kekal cergas. Jurucakap Persatuan Dietetik Amerika dan pensyarah Nutrisi Pusat Perubatan Universiti Southwestern Texas, Lona Sandon, berkata Walaupun tahu kepentingan sarapan, ramai orang tidak mendapat tenaga secukupnya daripada sarapan.
Untuk kecergasan dan mengelak rasa mengantuk, kita perlu memulakan hari dengan sarapan yang baik. Wanita disaran mengambil sarapan yang ada 300 hingga 400 kalori, manakala lelaki 500 kalori. Contohnya, dua keping roti disapu mentega kacang dan sebiji pisang atau satu mangkuk kecil bijirin sarapan pagi dengan susu skim dan segelas jus buah. Nasi lemak biasa bersaiz kecil (tidak diiringi lauk pauk mewah), sekeping roti canai (300 kalori) dengan sedikit kuah kari atau dal, setengah pinggan bihun goreng vegetarian (250 hingga 200 kalori) atau jika mahu, kuih muih hadkan kepada dua atau tiga keping saja.
Ramai orang ada salah faham terhadap karbohidrat yang dianggap boleh menggemukkan, sedangkan menurut Sandon kita memerlukannya untuk tenaga. Malah, kehadiran karbohidrat membolehkan otak dan otot berfungsi dengan cekap, selain ia menjadi agen pemecah lemak ketika bersenam. Kajian menunjukkan, menambah sedikit sumber protein kepada karbohidrat boleh meningkatkan daya tumpuan. Gabungan protein dan karbohidrat membolehkan kita berfungsi dengan lebih baik daripada segi fizikal dan mental.
So info yg sungguh berguna sekali ini haruslah kita manfaatkan bersama. rajin2lah kedapur menguli roti ya kenkawan.
Roti Manis - Snail Bun (versi adik)
500 gm tepung roti yg berprotien tinggi @ gandumpun boleh

1 sudu kecil @ 5ml yis segera mauripan


1 sudu kecil @ 5ml bread improver


200 gm gula putih/gula perang



250ml air dan tambah sedikit tetapi hendaklah kurang dari 300ml


50gm susu tepung


Satukan kesmua bahan kering dan gaul rata kemudian masukkan air sedikit2 dan kacau sehingga menjadi doh


100gm butter
Apabila adunan telah menjadi doh masukkan butter dan kacau lagi selama 20 minit

(Gambar diatas menunjukkan doh yg belum kembang dan yg telah kembang)
Doh yg telah diuli selama 20 minit dibiarkan 10-15 minit sehingga kembang sedikit

Setelah doh telah agak kembang tumbuk2kan doh tersebut bagi mengeluarkan angin yg terdapat di dalam doh tersebut. (kalau tengah geram kan sesiapa nie...elok buat roti nie). Sesudah itu biarkan semula doh sehingga 15 minit.

Selepas 15 minit, bahagi2kan doh kepada beberapa bahagian, ini terpulang mengikut citarasa masing2 sama ada nak masukkan terus ke dalam loaf dish ataupun nak buat mcm roti paun atau apa saja yg digemari. Adunan doh ini agak lembik sedikit mcm adunan chakoi, so taburkan sedikit tepung dan uli di atas papan pencanai. Uli sehingga doh tidak melekat2. ketika menguli dengan tangan ini kita akan dapati doh ini lembut dan halus, so tandanya roti yg dibakar nanti lembut dan gebu.


Inilah cara mama...entahlah cara apa tak taulah. Kata adik Snail Bun..ha oklah tuh


Buat bulat sehingga penuh dalam bekas

dan kalau malas buat mcm nie just bahagi 3 doh tersebut dan tocangkan dia
Gambar 2 di atas menunjukkan doh yg siap dibentuk iaitu sebelum dan selepas dia naik 2 kali ganda

Baru dimasukkan ke dalam oven dan bakar pada suhu 180 darjah. Baar dalam 15 minit sudah memadai


Roti yg telah siap dibakar


Alamak...siapa pulak yg dah songlap ni...dah cacat roti mama

Semasa panas sapukan butter di atasnya agar ianya berkilat
Bolehlah bawak bekal ke pejabat dan ank2 ke sekolahpun kenyang........













































2 comments:

Ah Win said...

mama, bread improver tu apa?
mcm nak buat..tp kalau nak buat, dlm amount makan 2 org..kena kurang sukatan byk mana?

2. kalau kita uli-uli..tetiba rasa mcm terbanyak je..bole simpan ke doh tu? kan ada mauripan..tak benyek ke nnt kalau simpan?

Mama Vogue said...

Umi, bread improver tu ialah sejenis bahan utk memendekkan masa utk doh mengembang betul atau sempurna. Kalau pakai bread improver tdk akan mengambil masa yg lama semasa proofing. kalau tak ada pun tak apa tapi kene tunggu lama sikitlah. Kalau nak buat utk makan ber2 tu adunan yg mama buat ni cukup rasanya tak perlu dikurangkan sebab roti tuh boleh simpan 2-3 hari kalau disimpan dlm bekas kedap udara. Doh roti tak boleh disimpan, takut bantat pulak nanti. hehehe.... percaya tak mam aboleh makan 1 tray tu seorg.