Friday, February 6, 2009

Mari Makan Harisa


Lama pulak rasanya tak menurunkan resepi ya...asik dok borak2....mmmm...... nak makan apa ya. Oklah kali nie mama akan memperkenalkan satu lagi hidangan istimewa yg asalnya datang dari orang orang Arab dan telah dimelayukan. Jadi masakan ini juga dikenali sebagai masakan Arab Peranakan dan sangat popular di Johor, namun tak semua orang di Johor yg mengenali jenis masakan ini dan hanya popular di Johor Bahru. Harisa adalah makanan unik yang jarang-jarang di temui sekali pun di Johor. Ianya biasa di hidangkan ketika majlis-majlis rasmi bagi golongan elit. Harisa dimasak dengan menggunakan daging kambing atau lembu dan ayam yg dicampur bersama dengan oats. Ada 2 jenis harisa dan kali ini mama akan menunjukkan cara membuat harisa yg popular di Johor.

Harisa

Halia sebesar 4 inchi

15 ulas bawang putih

4 labu bawang besar


1kg daging kambing dipotong2 dan diperap bersama 1 labu bawang besar bersama 5 inchi halia



2 jari kulit kayu manis
15 butir buah pelaga
10 kuntum bunga cengkih



Halia, bawang putih dikisar halus manakala bawang besar dibelah 4 dan masukkan ke dalam periuk bersama2 dengan daging.
Masukkan juga kulit kayu manis, cengkih dan buah pelaga dan rebuslah daging itu hingga empuk


Apabila daging telah empuk, tapiskan daging dan ambil airnya yg jernih


Daging yg telah ditoskan airnya digiling halus ataupun dikisar



Air prebus daging yg telah ditapis dijerang semula sehingga mendidih dan apabila telah mendidih masukkan daging yg telah dikisar


Sediakan 1 bungkus ataupun 1 tin oats

Oats bersama dengan sedikit serbuk perasa dimasukkan ke dalam daging yg sedang direbus


Kacau sehingga semuanya sebati dan pekat tanpa henti2 dengan api sederhana. Tambahkan garam jika terasa tawar.



Sediakan sedikit minyak sapi ghee



Bila telah pekat, masukkan minyak sapi



Kacau selama 10 minit dan apabila telah kental dan halus rupanya barulah matikan api



Setelah itu masukan ke dalam pinggan dan dileperkan sedikit tetapi jangan terlalu leper dan lekukkkan ditengah2nya dengan menggunakan senduk kecil yg bulat untuk dituangkan dengan sedikit minyak sapi yg cair
*Minyak sapi yg cair ini adalah dari lebihan menggoreng 10 ulas bawang putih dan 10 ulas bawang kecil yg dihiris halus. Bawang putih dan bawang kecil ini digoreng seperti membuat bawang goreng yg biasa tetapi hendaklah digoreng berasingan. Jangan goreng hangus kerana nanti bawang akan menjadi pahit


Harisa yg telah dilekukkan ditengahnya

Taburkan bawang putih dan bawang kecil yg telah digoreng tadi


Tuangkan lebihan minyak sapi bekas menggoreng bawang ke atas harisa ditempat yg telah dilekukkan



Harisa yg siap dihidang boleh dimakan begini saja ataupun lagi sedap jika dimakan bersama honey ataupun lada merah yg telah dikisar yg dicampurkan garam halus. Kepada orang Melayu di Johor, Harisa ini biasanya dijadikan untuk jamuan Hari Raya, hari2 istimewa. Bagi masyarakat Arab pula ianya dijadikan sebagai jualan dan juga sarapan pagi
Oklah sampai berjumpa lagi dan jika ada masa yg lain mama akan menunjukkan bagaimana cara membuat jenis harisa cara masyarakat pure arab pula.
















No comments: