Thursday, February 19, 2009

Resepi Cha Koi

Salah satu kuih kegemaran mama adalah cha koi.... tak ramai org melayu yg boleh buat kuih nie tapi skrg mcm dah ramai yg tahu...kan...?...... Mama dapat resepi nie dari seorg Nyonya Cina yg menjual cha koi di tepi jalan. Tengok macam sedap aje cha koi yg dijualnya tapi takkanlah nak beli pulak dari gerainya. Kembanglah tekak. So ampu punya ampu dapatlah mama resepi nie dari Puan Nyonya tersebut. Bayar beb..... bukan free..... Celaka punya Nyonya...
Cha Koi
2 butir telur dipukul


1kg tepung gandum

700ml air



100gm butter dicairkan



1 sudu besar yis



1 1/2 sudu kecil baking powder



2 sudu teh serbuk ammonia



1 1/2 camca soda bikabonate



1 sudu besar garam



1 1/2 alum (tawas ditumbuk halus)



Tawas atau alum dilarutkan dalan air



Ammonia, alum (tawas), baking powder, yis, soda bikarbonate dan garam dimasukkan ke dalam tepung gandum. Gaul rata. masukkan telur yg telah dipukul dan gaul lagi. Masukkan butter yg telah dicairkan dan gaul lagi.


Uli lembut dengan menggunakan tangan ataupun mixer sehingga adunan lembut dan halus.


Tutup doh dengan tuala lembab selama 2 jam sehingga doh mengembang 1kali ganda


Doh yg telah diperap selama 2 jam


Doh yg telah kembang 1 kali ganda itu diuli atau dikisar lagi sebentar dan perap lagi sehingga doh naik lagi 2 kali ganda selama 2 jam juga.



Doh yg benar2 telah naik pada kali yg kedua diuli



Taburkan tepung dan bubuh doh di atas pencanai



Canai sedikit doh dengan lembut dan perlahan2


basahkan pemotong plastik dengan sedikit air

potonglah doh tersebut



potong sehingga habis pada doh yg pertama dicanai tadi



Lekatkan satu potongan lain di atas doh seperti yg ditunjukkan



Doh yg telah siap dilekatkan

Kemudian apabila doh telah dilekatkan calit sedikit dengan menekan dengan pemotong plastik ditengah2 doh yg dilekatkan tadi



Cuba tarik sedikit semasa hendak menggoreng



Goreng di dalam minyak panas yg banyak



Goreng sehingga kekuningan



Cha koi yg siap digoreng sedap dimakan bersama sos lada ataupun dimakan bersama pes petis
Cubalah resepi ini hari ini dan anda akan berpuas hati!!!!!!!




























2 comments:

xz chef said...

zura..bagi aku standard recipe cakoi and apam in excel or words
tq

ar-kuantan

nik awin said...

wow..
mavelesss