Suatu malam ketika mama sedang berchatting dengan salah seorang sahabat cyber yg mempunyai minat yg sama tentang masakan, kami berbual2 tentang masakan kampung dan ikan sungai. Mama memang jaranglah makan ikan sungai ni kerana dalam rumah ni memang semua orang tak suka makan ikan sungai. Lagi satu setiap kali apabila mama masak ikan sungai, mama rasa seperti makan rumput. Rasa daging ikan tersebut seakan2 rasa rumput. Lepas dari itu mama tak lagi memasak ikan sungai.
Tetapi ketika berchatting dengan Yana pada malam itu terasa pulak tekak ni nak makan ikan sungai bilamana Yana menyuruh mama membuka satu blog yg menunjukkan Ikan Lampam masak Lemak beralaskan daun pisang. Wah teruja sungguh tengok cara makcik tuh masak ni. Orang Nogori 9 memang pakar masak ikan sungai nie, masak lemak. Niat di hati nak masak ikan jelawat.....yalah, memandangkan tentu ikan lampam ni susah nak dicari, tetapi nasib mama sungguh baik kerana semasa ke pasar ada pulak beberapa Ikan Lampan Jawa yg masih segar. Apalagi teruslah mama sambar. Puas bertanyakan kepada rakan2 bagaimana cara membasuh ikan tersebut dan akhirnya Cynide dan Yana telah mengajar mama cara membersihkan ikan sungai agar bila masak nanti tidak berbau hanyir. Terima kasih Nide dan Yana kerana telah menerangkan dengan bersungguh2....hehehhehe....cuma sayang korang berdua tidak dapat menikmati ikan yg mama masak nie...lain kali ok.....
Ikan Lampan Jawa Masak Lemak Cili Api Alas Daun Pisang
1kg Ikan Lampan Jawa
Sebelum ikan dibersihkan pegang kepala dan ekor ikan dengan kedua2 belah tangan dan tarik ikan tersebut sehingga berbunyi tulang2nya. Ini utk meratakan tulang ikan tersebut yg berselirat. Cara ini juga boleh dilakukan pada ikan parang, terubuk dan ikan2 yg banyak tulang
Sepelepah daun pisang yg lebar
Beberapa rumpun lalang
Sebelum ikan disiang ramaskan lalang pada badan ikan tersebut.
Ajaib sungguh apabila lalang diramas2 pada ikan, dengan sendirinya sisik2 ikan tersebut mudah tanggal dan warna2 kehitaman tersebut yg melekat pada badan ikan juga luntur. Kemudian buangkan lalang2 tersebut dan cuci ikan seperti biasa dan kerat 2 ikan tersebut
Sekali lagi kita gosokkan lalang2 tersebut pada badan ikan dan di dalam bahagian perut ikan. Cuci lagi
Selepas itu kita lumurkan ikan tersebut dengan hampas kelapa dan akhir sekali ikan direndam sebentar dengan limau nipis
Bila ikan telah benar2 bersih salaikan sebentar. Salai dalam ovenpun boleh
Kunyit hidup sebesar jari hantu
Halia sebesar ibu jari
1 batang serai
2 biji kelapa diambil santan pekat
Bahan2 ini ditumbuk lumat bersama garam sesedap rasa dan serai dititik
Buah belimbing buluh mengikut suka
Hidangkan panas2 dan makanlah bersama nasi putih dan ulam2an..... kena makan banyak ulam nie sebab lauk ni tinggi kolestrol. Inilah pertama kali mama makan ikan lampan jawa, walaupun banyak tulang tetapi rasa isi ikan ini sungguh lembut dan lemak sekali. Mmmm.....langsung tak ada rasa rumput.....betul kata Cynide dan Yana.....terima kasih banyak2 Cynide dan Yana diatas tunjuk ajar dan petua tersebut. Rupanya daun lalang digunakan bukan sahaja untuk menghilangkan hanyir ikan tetapi juga membuang sisik2 ikan dan kotoran yg melekat pada badan ikan dengan mudah.
bye............lepas makan jgn lupa pegi exercise tau......
No comments:
Post a Comment