Wednesday, May 28, 2008

Sup Tulang Belly Dance

Hi semua.................


macam lama pulak mama tak menjamu mata korang nie dengan masakan mama yek...ehehehe....Bz sikitlah....sekarang mama nak kena update Blog Anne jugak. Nasib baik Ajim lum mintak buat Blog dia pulak. Mana Bz keje lagi...huh! Penat ler...mmmmmm cerita pasal penat-penat nikan mama ada satu resepi lagi tau. Resepi istimewa ini datangnya dari Timur Tengah....Korang nak tau resepi apa? Kalau nak tau pegi amik tali pinggang emas yang penuh loceng tu dan pakai. Lepas tuh kita buat bellly dance nak tak? Kalau korang setuju nak belly dance nie, mama akan buatkan korang sup. Nak tak?????


Oklah kali nie mama nak bagi jamu korang semua dengan satu lagi resepi istimewa iaitu resepi dari Tulang lembu ataupun tulang kambing. Ekor lembu juga sedap ya kalau sesiapa nak buat guna ekor lembu juga boleh, tapi kali nie hubby kata dia nak tulang pulak. Macam Jin nak makan tulang. Sebenarnya resepi nie mama buat sebab nak bawak balik ke kampung biras mama. Pada 25/05/2008 anak biras mama bertandang ke rumah pihak lelaki di Muar jadi kami bersanggah di Batu Pahat di Parit Siba. So malam kita bercadang nak buat BBQ, jadi untuk tidak membuang masa mama telah dulu masak sup ni. Sup Tulang Style orang Arab. Saje aje cakap Sup Belly Dance sebab lepas makan sup nie korang bolehlah bergelek ya...hahaha.....
Mama bagi anggaran untuk 1 1/2 kg tapi hari tu mama telah masak untuk 5 kg!


1 1/2 tulang lembu yang fresh

400gm daun saderi atau celery USA
3 batang lobak merah
3 biji tomato

1 tin sedang paste tomato atau tomato puri
5 labu bawang besar
2 labu bawang putih
3 inci halia

kesemua bahan dikisar halus


Daun saderi atau celery yang dikisar


Lobak merah yang dikisar

Tomato yang dihiris

Kesemua bahan yang telah dikisar dicampurkan ke dalam pressure cooker ataupun periuk biasa bersama tomato yang dihiris



Masukkan tulang yang telah dicuci bersih dan gaulkan mesra


Rebus sehingga empuk
Sementara menunggu daging empuk bolehlah kita menyediakan bahan-bahan untuk ditumis darat. Korang taukan apa itu tumis darat. Mama telah menerangkannya pada beberapa minggu yang lalu di dalam masakan mama iaitu Dal masak lemak.

100gm rempah beefstik (boleh didapati di Giant, Carrefour atau di kedai India yang menjual rempah)

1 labu bawang besar bersama 4 ulas bawang putih dikisar halus
Apabila daging telah masak - Jika menggunakan pressure cooker kita hendaklah menyalinkan kuah sup ke dalam periuk biasa, tetapi jika menggunakan periuk biasa tak perlu. Bila proses menyalin kuah sup telah dibuat, kita didihkan lagi kuah sup tadi sementara itu kita tumiskan bahan kisar pula.

Rempah dan bawang kisar ditumis di dalam kuali

Tumis sehingga hampir garing dan wangi


Bila sudah masak kita masukkan ke dalam kuah sup yang kita didihkan tadi. Inilah yang dikatakan tumis darat. Ditumis di kuali dan barulah dimasukkan ke dalam bahan yang menggunakan periuk lain


Masukkan garam dan sedikit gula sesedap rasa dan kacau sehingga sebati dan lalu dimatikan api.



dah siappun....Sup Tulang Arab.


Sup ini sedap dimakan bersama Roti Peranchis. Sebelum di bawa ke Kg ayah biras mama, Hubby telah merasmikan dulu sebab nak guna tenaga katanya nak balik Kg di Parit Siba, Batu Pahat........ Huh....... Simpan tenaga??? hahahhahahhaha




Riang hatiku badan bertuah
punya teman yang comel dan manja
berjanji akan selalu bersama
menenmaniku sepanjang masa.........
ORANG BIASA BASIKAL TUA............

Dan kamipun pulanglah ke Kg ayah biras mama di Parit Siba Batu Pahat dengan menaiki basikal. Amacam Nide...boleh ke balik Kg kau kat Batu Pahat tu naik basikal macam mama dan papa buat nie...... Harap motor buruk kau Nide jalan setengah batu dah masuk dok! Nak tau apa rahsia kekuatan tenaga hubby balik Kg naik beskal????? makanlah SUP TULANG BELLY DANCE.....

Selamat mencuba...... dan selamat pulang ke Kg naik beskal...sure sampai punya...percayalah cakap mama.........


Balik kampung ooooooo balik kampung hati giranggggggggggggggg

Jumpa di Kg dengan resepi LEMPENG KELAPA

5 comments:

Anonymous said...

tak pancit ke tayar ma, parit tak suka makan kambing tapi kalau sup tulang lembu boleh kalau tulang orang lagi boleh

ma letak kat sini je lagu mama nak nanti saya upload.

tempat saya tak boleh masuk laman ada masalah dengan perisian.

semalam sy masuk mama tak ada itu pun guna kat tempat lain.

lempeng kelapa ma sedap kelapa muda

Mama Vogue said...

mmm...baru kau menjelma ya dik! Semalam mama adalah. mana nak pancit kami nie kecik aje...ehehhhe... Yang mama buat nie tulang lembulah. Memang buat lempeng kelapa tuh guna kelapa muda. pandai ek ko nie...sure pandai masak. Ada apa resepi bagi mama sini. Rindu mama kat awak bila nak menjelma jadi puteri/putera bunian jumpa mama nie

jaketbiru said...

Vrooommmm vroooooMMMMM VROOOOOMMMMM
KASI BUNYI KUAT KUAT...
ooooooo kutuk virago nide ek...
nide kasi kluar asapp banyak banyak..

leh buat halau nyamokkkk.. hehehehehe
((tapir pun leh sesak nafas tau.. hehehehe))

Mama Vogue said...

huh nide orrg baru nak hirup udara bersih kat Kg ...nyemak aje motor ko.....

Unknown said...

Salam
masakan masakan tu memang sedap. Tapi banyak kerja. Ada ramuan instant?
adamkhong