Tuesday, May 5, 2009

Resepi Spaghetti Bolognese......Permintaan Adik

Masa Kakak kecik2 dulu selalu mama mainkan VCD lagu2 kanak2. Kakak asyik sekali melihat kanak2 sebayanya menyanyi dan menari. Satu hari bila mama pulang dari kerja tiba2 kakak menyanyi didepan kami.......









On top of spaghetti

All covered with cheese

I lost my poor meatball

When somebody sneezed...........









Itu aje lirik lagunya yg mama masih ingat. Kakak berulang2 kali menyanyi lagu yg sama. Lepas itu kakak ajarkan pada mama dan papa lagu yg sama dan kami sama2 menyanyi. Walaupun kakak ada bakat menyanyi dan mama sangat suka mendengar kakak menyanyi tapi kami sekeluarga tidak pernah memberi galakan untuk kakak mengembangkan bakat nyanyiannya. Cukuplah kakak sekadar menyanyi bersama kami anak beranak. Semoga Allah jauhkan dan tutupkan pintu hati kakak untuk bercita2 menjadi seorang penyanyi. Aminnn....






Spaghetti Bolognese



1kg daging cincang



1 camca oregano

1 camca basil



Pijarkan periuk dengan minyak zaitun

Masukkan daging yg telah dicuci dan ditoskan airnya kedalam periuk

Masak sebentar daging





Masukkan 1 labu bawang besar (white onion)

5 ulas bawang putih

Kesemuanya dicincang




Kemudian masukkan tomato puri

Biarkan mendidih




Carrot dipotong dadu



Akhir sekali masukkan carrot dan kacau rata

Masak di atas dapur sehingga 2 jam dan kemudian alihkan ke dalam oven selama 2 jam (dalam masa 2 jam tu jengok2 dan kacau2, bila mengering tambahkan sedikit air dan bila cukup kental barulah dikeluarkan
(Ini adalah petua dari seorang kawan Italian, Isabetta.....)



Siap untuk dihidang....taburkan keju parut dan sedikit daun parsley



Kenangan bersama Isabetta dan anaknya Taddea Sept 1998



Resepi Tomato Puri

Dalam banyak2 buah2an yg paling mama suka sekali ialah buah sayuran iaitu TOMATO. Selain boleh dibuat masak ianya juga sedap dimakan mentah. Setiap hari kalau tak makan tomato rasa macam tak sah. Pantang jumpa tomato mesti beli. Kemarin di Tesco berlambak2 buah tomato. Apa lagi dekat nak 5kg mama borong. Oleh kerana buah tomato tidak dapat bertahan lama, maka mama telah membuat tomato puri dan juga jus tomato.
Tomato puri ini biasanya dibubuh di dalam kuah baryani, nasi tomato, masak merah, bamia dan kuah spagethi. Mama lebih suka buat sendiri tomato puri dari dibeli yg ready made. Ianya lebih asli, fresh dan terjamin kebersihannya dan yg paling utama halal, maklumlah sekarang ni macam2 yg kita dengar.
Resepi Tomato Puri

Buah tomato yg masak ranum
(kuantiti terpulang seberapa banyak yg kita suka)


Buah tomato dicuci bersih dan dikelar X didasarnya
Jerang air sehingga mendidih dan masukkan buah tomato
Biarkan sebentar sehingga kulitnya menggelupas
Toskan airnya


Rendam tomato di dalam air paip


Kupas kulitnya
Taktik mengelar X di dasar tomato adalah tujuan untuk memudahkan kulitnya disiat
Belah buah tomato dan keluarkan bijinya


1 biji capsicum merah atau hijau
2 biji bawang kuning
Kisar bawang, capsicum dan tomato tanpa air

Masak bahan kisar sehingga pekat
Paste ini hendaklah selalu dikacau dan tambahkan sedikit gula dan garam sebagai perisa
Buangkan air yg terdapat dipermukaan paste ini dan kacau selalu agar tidak hangus
Bila dah benar2 pekat matikan api.
*Jika untuk dijadikan sebagai kuah spagethi hendaklah dibubuh sedikit oregano dan basil.

Tuesday, April 28, 2009

Kakak, Athirah dan Najwan

Assalaumualaikum.............

Majlis Perujian Membaca, Mentafsir, Menghafal Al Quran, Membaca Berzanji, Syarahan Bahasa Arab, Tarhim, Azan dan Iqamah, Seni Qhad, Bercerita Dalam Bahasa Arab dan Kuiz murid2 Sekolah2 Agama Daerah Johor Bahru Zone 1.
Majlis telah diadakan pada 20hb. April 2009 bersamaan dengan 24 Rabiul Akhir 1430.

Alhamdulillah pada tahun ini kakak telah terpilih bagi mewakili Sekolah Agamanya dalam Tilawah Al Quran Peringkat Zone 1 daerah Johor Bahru. Sebanyak 27 buah sekolah Zone 1 dearah Johor Bahru yg menyertai majlis yg mulia ini. Ini adalah merupakan kali yg kedua kakak terpilih sebagai wakil sekolahnya, tetapi pada tahun ini kakak dalam katogeri tahap 2.


Kali ini Sekolah Agama Bandar Baru UDA yg menjadi tuan rumah. Nasib baik dekat, kalau jauh macam tahun lepas jenuh juga kami sekeluarga nak pegi. Tapi kali ni mama kene bertugas, bertugas bukan mejaga kakak seorang, tetapi menjaga 2 org lagi anak...anak buah..... anak kepada abang mama no 3. Athirah dan Najwan juga mewakili sekolahnya.
Suasana sebelum acara bermula




Para pelajar dan guru diantara sekolah2 yg terlibat


Kakak berdebar2 sewaktu menunggu acara bermula. Kakak merupakan perserta pertama dalam perujian tilawah Al Quran. Mama doakan yg terbaik buat kakak.


Satu perkara yg sangat2 menyentuh hati mama.........seorang kanak2 yg cacat penglihatan. Subhanallah. begitu tekun dia berlatih sementara menunggu giliran. Mengalir air mata melihat kanak2 sebaya kakak yg cacat penglihatan begitu berusaha bsersungguh2. Anak siapakan ini. mana ibu ayahnya....soalan itu bermain2 di benak mama. Nak saja mama pergi dekat dengannya tetapi mama takut dia kecik hati dan mama hanya melihatnya dari jauh dengan hati yg sayu.


Majlis bermula dengan kakak peserta pertama




Selepas kakak tamat, mama beralih pula ke katogeri Athirah, Athirah terpilih bagi mewakili sekolahnya bagi Syarahan Bahasa Arab. Athirah ni pulun semua nampaknya. Di sekolah kebangsaannya dia mewakili sekolah dalam Perbahasan dan Coral Speaking dan mendapat tempat pertama. Mama selalu kagum dengan Athirah bila dia berdebat dengan mama. Banyak sangat ideanya yg bernas. Berapi2 kami melihat Athirah bersyarah...lancar dan fasih......


Adiknya Najwan pula dipilih sebagai wakil bagi sekolahnya dalam katogeri Tarhim, Azan dan Iqamah. Najwan sering menjadi bilal setiap kali tibanya waktu solat apabila kami sekeluarga berjemaah.



Kakak cuma mendapat sagu hati sahaja, pun begitu mama, papa dan nenek sangat berbesar hati kerana sekurang2nya kakak dapat mewakili sekolahnya dalam peringat daerah Johor Bahru. Itu dah cukup bagi kami sekeluarga. Apa yg penting kakak ada self confidence dan rajin berusaha..... Pada mama Kakak dah cukup hebat kerana dapat bertanding dengan 27 org peserta.


tempat kedua dimenangi oleh kanak2 istimewa dari Sek Agama Princess Elizabeth. Inilah yg dikatakan pepatah melayu....Buta mata celih hati.......Mama sangat gembira kerana dalam kekurangan dirinya tersembunyi kelebihan diri dalam memuliakan Kalam Allah. Sesungguhnya Allah maha Adil ...dibutakan matanya dicelikan hati kanak2 ini. Mama berdoa agar kanak2 ini menjadi manusia yg berjaya di dalam segala lapangan yg diceburi dan sentiasa dalam peliharaan Allah.


Athirah memenangi tempat kedua manakala Najwan juga hanya mendapat sagu hati.


kakak bersama Athirah dan Adik


Nenek bersama cucu2nya yg tersayang
Kakak menulis diblognya: My Ya Qraul Al Quran





















Friday, April 24, 2009

Resepi Nasi Brazil



"Cuba kamu semua teka apa yang Cikgu lukis ini?"........ suasana kelas menjadi sunyi sepi. masing2 berteka-teki sendiri sambil mata tajam merenung ke arah papan hitam. Berkerut2 dahi memikirkan apakan yg telah dilukis oleh cikgu kami.......
Itulah sedikit kenangan silam mama sewaktu berada di dalam tingkatan 3 pada tahun 1989. Mama masih ingat seorg cikgu seni lukis telah melukis gambar itu dan menyuruh kami teka apakah objek itu?
Tiada siapapun dapat menjawab dan apabila jawapan yg diberikan oleh guru kami ...maka berderailah ketawa kami satu kelas. Nak tau jawapannya......Tunguuuuuuu...kene masak dulu.
Resepi kali ini adalah masakan Brazil. Mama dapat resepi ini dari ibu saudara mama. Dia belajar dengan bekas isteri Timbalan Perdana Menteri iaitu Datin Maria, isteri kepada Dato Musa Hitam. Mungkin resepi asal telah diolah semula......
Nasi Brazil


14 pokok daun ketumbar
4 biji tomato
1/2 labu bawang besar
2 ulas bawang kecil
1 labu bawang putih
Halia sebesar ibu jari


Pijarkan periuk dengan butter/ guna minyak zaitunpun sedap



Kisar bawang besar, halia dan bawang putih bersama


Daun ketumbar dicuci bersih dikerat2 dan dikisar halus. Kisar bersama dengan akarnya sekali


Tomato juga dikisar



Air rebusan daging atau ayam
(Sukatan air mengikut ukuran beras)


1 batang carrot dicincang halus


Tumiskan bawang yang telah dikisar. Tumis sehingga naik bau dan hampir garing. Masukkan daun ketumbar yang telah dikisar dan biar ia agak kering sedikit lalu masukkan tomato kisar. Tumis lagi dan masukkan beras. Kacau rata dan masukkan air rebusan daging. Di sini mama masak sebanyak 6 cawan beras dan sukatan adalah sebanyak 7 cawan air. (Mengikut jenis beras). Perasakan garam


Bila nasi dah hampir tanak masukkan pula carrot cincang dan gaul rata. Biar sehingga nasi masak


Bila nasi telah masak, bubuh dalam mangkuk nasi dan taburkan daun pudina


(Sebenarnya Nasi Brazil ini dihidangkan bersama Ayam Roast, Daging Black Pepper dan salad sayur2an), tetapi mama sengaja menukar menu lauk .....Perpaduan lambang kemakmuran...hahahhaha.....
Kombinasi masakan dari Amerika Selatan, India dan melayu
Jemput makan semua.......
Siapa nak tau tak jawapan di atas...........


jawapannya ialah:
Perempuan Mexico goreng telur mata lembu.......kuang kuang kuang

Resepi Dalca 2

Ini adalah entry yg ke-2 tentang resepi Dalca. Dalca kali ini agak simple dan mudah dan yg selalu dibuat oleh semua orang. Yg terdahulu adalah dalca versi Johor.

Resepi Dalca Ringkas


3 biji terung hijau
seikat kacang panjang


4 biji buah tomato
5 biji kentang
5 biji mangga muda
2 batang carrot
3 tangkai lada hijau


1 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
halia sebesar ibu jari
Kesemua ditumbuk kasar

Tumis bahan tumbuk sehingga naik aroma


Masukkan rempah dalca dan tumis dengan api perlahan sehingga terbit minyak


Daging tetel yg telah direbus

Kacang dal yg telah direndam 1/2 jam dicuci dan toskan


Masukkan air rebusan daging ke dalam tumisan dan bila hampir mendidih masukkan daging, kacang dal dan kentang. Selepas itu masukkan carrot. Bila benar2 telah mendidih barulah masukkan mangga muda, kacang panjang, tomato dan lada hijau


Kuah dalca ini juga boleh tahan 2-3 hari dan lebih sedap bila dibiarkan semalaman dan apabila hendak dimakan panaskan semula dan kuah akan menjadi semakin pekat