Dalam banyak2 buah2an yg paling mama suka sekali ialah buah sayuran iaitu TOMATO. Selain boleh dibuat masak ianya juga sedap dimakan mentah. Setiap hari kalau tak makan tomato rasa macam tak sah. Pantang jumpa tomato mesti beli. Kemarin di Tesco berlambak2 buah tomato. Apa lagi dekat nak 5kg mama borong. Oleh kerana buah tomato tidak dapat bertahan lama, maka mama telah membuat tomato puri dan juga jus tomato.
Tomato puri ini biasanya dibubuh di dalam kuah baryani, nasi tomato, masak merah, bamia dan kuah spagethi. Mama lebih suka buat sendiri tomato puri dari dibeli yg ready made. Ianya lebih asli, fresh dan terjamin kebersihannya dan yg paling utama halal, maklumlah sekarang ni macam2 yg kita dengar.
Resepi Tomato Puri
Buah tomato yg masak ranum
(kuantiti terpulang seberapa banyak yg kita suka)
Jerang air sehingga mendidih dan masukkan buah tomato
Biarkan sebentar sehingga kulitnya menggelupas
Toskan airnya
Taktik mengelar X di dasar tomato adalah tujuan untuk memudahkan kulitnya disiat
Belah buah tomato dan keluarkan bijinya
Belah buah tomato dan keluarkan bijinya
2 biji bawang kuning
Kisar bawang, capsicum dan tomato tanpa air
Paste ini hendaklah selalu dikacau dan tambahkan sedikit gula dan garam sebagai perisa
Buangkan air yg terdapat dipermukaan paste ini dan kacau selalu agar tidak hangus
Bila dah benar2 pekat matikan api.
*Jika untuk dijadikan sebagai kuah spagethi hendaklah dibubuh sedikit oregano dan basil.
No comments:
Post a Comment