"Cuba kamu semua teka apa yang Cikgu lukis ini?"........ suasana kelas menjadi sunyi sepi. masing2 berteka-teki sendiri sambil mata tajam merenung ke arah papan hitam. Berkerut2 dahi memikirkan apakan yg telah dilukis oleh cikgu kami.......
Itulah sedikit kenangan silam mama sewaktu berada di dalam tingkatan 3 pada tahun 1989. Mama masih ingat seorg cikgu seni lukis telah melukis gambar itu dan menyuruh kami teka apakah objek itu?
Tiada siapapun dapat menjawab dan apabila jawapan yg diberikan oleh guru kami ...maka berderailah ketawa kami satu kelas. Nak tau jawapannya......Tunguuuuuuu...kene masak dulu.
Resepi kali ini adalah masakan Brazil. Mama dapat resepi ini dari ibu saudara mama. Dia belajar dengan bekas isteri Timbalan Perdana Menteri iaitu Datin Maria, isteri kepada Dato Musa Hitam. Mungkin resepi asal telah diolah semula......
Nasi Brazil
4 biji tomato
1/2 labu bawang besar
2 ulas bawang kecil
1 labu bawang putih
Halia sebesar ibu jari
(Sukatan air mengikut ukuran beras)
Tumiskan bawang yang telah dikisar. Tumis sehingga naik bau dan hampir garing. Masukkan daun ketumbar yang telah dikisar dan biar ia agak kering sedikit lalu masukkan tomato kisar. Tumis lagi dan masukkan beras. Kacau rata dan masukkan air rebusan daging. Di sini mama masak sebanyak 6 cawan beras dan sukatan adalah sebanyak 7 cawan air. (Mengikut jenis beras). Perasakan garam
(Sebenarnya Nasi Brazil ini dihidangkan bersama Ayam Roast, Daging Black Pepper dan salad sayur2an), tetapi mama sengaja menukar menu lauk .....Perpaduan lambang kemakmuran...hahahhaha.....
Kombinasi masakan dari Amerika Selatan, India dan melayu
Jemput makan semua.......
Siapa nak tau tak jawapan di atas...........
jawapannya ialah:
Perempuan Mexico goreng telur mata lembu.......kuang kuang kuang
No comments:
Post a Comment