Thursday, July 9, 2009

Tembaga Yang Ku Lihat Sebagai Besi Buruk

Apakah benda ini???? Tak ubah macam besi buruk. Macam peralatan di dapur, tapi kenapa digantung di dinding tengah ruang tamu. Itulah soalan pertama yg bermain di benak mama tatkala masuk ke rumah hubby suatu masa dahulu.
Suatu hari ketika kami berjalan2 ke Portobello Market, mama terpandang akan benda yg sama. Segera mama tunjuk kepada hubby 'besi buruk' yg tergantung di tengah ruang rumahnya.


Ya...... benda yg sama tetapi gambar yg berbeza. Dengan tak banyak bicara hubby meluru mendapatkan peniaga di sana. Seorang tua yg penuh uban dirambutnya. Tak perlu ditawar2 hubby mendapatkannya dengan harga yg cukup murah iaitu £1.00 oleh kerana tangkainya telah tercabut skru dan 'besi buruk' yg pertama yg mama lihat di rumah hubby, dia juga dapatkan melalui orang tua inilah, tetapi kata hubby yg pertama dulu beli agak mahal sikit.




Dan barulah mama tau 'besi buruk' itu adalah tempat meletak surat. Maka dengan itu dapatlah hubby sepasang benda yg ku anggap sebagai 'besi buruk' pelengkap dinding ruang tamunya.


Dan.........kemudian..... setahun kemudian Hubby dapatkan pula tempat meletak majalah dan akhbar ini di carboot sale di Studley.
Apakah message yg disampaikan pada ketiga2 benda ini ya?




Tapi kalau message pada 2 pinggan hiasan di didinding ini mama rasa semua orang maklum

Begitu juga 2 keping pinggan hiasan dinding yg sangat romantik ini kami dapatkannya dilain2 tempat dimana saja carboot sale yg kami jelajah suatu masa dahulu semasa kami diperantauan.
Pada masa itu mama sedikitpun tidak tertarik akan benda2 yg mama anggap sebagai 'besi buruk' kerana buruk benar kelihatannya walaupun ianya dari tembaga walaupun dibelakangya tertera ukiran 'MADE IN ENGLAND'. Pernah tergerak di hati ini untuk menyuruh hubby menjual semula tetapi apabila suatu hari landlord hubby berkunjung ke rumah kerana ingin membaiki paip yg rosak, dia terpandang akan benda2 ini dan berasa sungguh terperanjat. Katanya neneknya juga ada menyimpan 'besi buruk' itu menurutnya ......benda2 yg ku anggap 'besi buruk' ini wujud di zaman 1800 katanya. Tak sangka pulak orang Malaysiapun minat katanya.
Mulanya mama macam tak percaya tetapi apabila mama mendapat maklumat dari sebuah majalah barulah mama percaya. Dan benda yg ku anggap besi buruk ini masih kami jadikan hiasan sehingga kini walaupun dah lama ianya tidak digilap.

No comments: