Friday, July 3, 2009

Tea Set Di Zaman Kanak-kanak


Assalamualaikummmmm........ Rasanya ramai orang dah ada set ni kan. Set oriental ceramic ni kilangnya terletak di Batu Pahat. Pattern bunga ni femes di tahun 1970an. Mama tak ingat bila emak membeli set ini, tetapi apa yg mama ingat emak beli dari Mak saudara mama yg masa tuh begitu giat mengadakan penjualan pinggan mangkuk, periuk belanga, tupperware dan lain2 barangan dapur yg boleh dibuat bayaran secara ansuran. Barang2 ini dijual dengan mengumpulkan beberapa ramai suriumah di sebuah rumah dan mereka menggelar jualan ini sebagai "Jualan Party".
So itulah serba rengkas yg mama masih ingat. Set bunga ros merah putih ni, emak ada set lengkapnya. Mama memang suka set bunga ni sebab mungkin warnanya merah terang dan bunganya nampak mcm English. Selepas beberapa tahun set ini disimpan di dalam almari dan ianya dilupakan begitu sahaja. Cuma baru2 ini set ini mama pamerkan tea setnya sebagai kenangan dan akan ku gunakan set lengkapnya sebagai hidangan diwaktu2 tertentu untuk menggamit semula kenangan sewaktu aku di zaman kanak2 kerana mama membesar dengan diantara set ini yg sering digunakan oleh mak.


Beberapa bulan yg lepas mama dihadiahkan oleh ibu saudara dengan set yg sama tetapi ianya adalah coffee set dari Ocera ceramic.


Teko teh dan teko kopi


cawan teh dan juga cawan kopi





So set ini pulak nanti kakak akan bercerita dlm blognya barangkali yg mamanya dibesarkan dlm suasana set ini sedang meletup2 kerana set2 yg sebelum ini di N3 yg lepas adalah set semasa mamanya belum dilahirkan lagi ke dunia.



2 comments:

~Yatt~ said...

k.zura..cawan ocera tu bunga dia lain skit kan..tapi cun gak..yg sugar bowl dia pun lain skit dr yg sy ada..maybe yg nie satu set ngan coffeepot yg jinjang tu kot..lagi satu bowl nie takde telinga kan..

Mama Vogue said...

betul yatt....bunga dia tak besar gedabak. Ni keluaran tahun awal 80an. Sugal bowl diapun tak ada telinga. So kalau org mengata diapun telinga tak panas gitu....kekkekeke. Cream jug diapun cinonet aje tapi lupa nak display. Sayangnya cawan 2 biji dia da pecah kata Makcik akak.