Thursday, July 30, 2009

Decanter dan Victorian Doll

Dulu mama suka kumpul botol2 yg berwarna dan juga decanter sebagai hiasan. Tak adalah banyak mana decanter mama cuma yg seciput ini saja yg masih disimpan sebagai kenangan semasa di perantauan dulu.



Selain itu mama juga gemar mengumpul Porcelain Victorian Doll dan ada juga yg dibuat dari clay.



Victorian Doll dari clay seramai 7 orang.



dan 2 victorian porcelain doll. Yg tinggi tu sedang pegang lilin dan ianya berfungsi sebagai lampu tidur. Bila kita on kan lampu tuh dia boleh menari sambil menggerakkan lilin itu secara perlahan2. Sayangnya mentol lilin terpecah hari tuh. Nanti bila senang mama nak pasang lampu lilin tu semula. Semua porcelain dan clay doll ini tidak diletakkan di rumah tetapi di office. Hampir 14 tahun mama menyimpan decanter, porcelain dan clay doll itu.


Pemandangan di luar office sungguh mendamaikan..................................










Monday, July 27, 2009

Hidangan istimewa Buat 'Orang Lama'

Sebenarnya mama tidak berapa gemar makan kuih2 yg manis2 dari dulu lagi, tetapi sejak dah masuk 30an ni macam suka pulak tapi setakat menjamah sajalah. Kalau dulu langsung tak sentuh. Mama lagi suka kuih yg pedas2. Hari tu nampak ada terlebih soo hoon di rumah so cadanglah nak buat Kuih Talam Tokyo ni. Ni kes pertama kali buat kuih talam. Semasa mengukus mama terlupa nak balutkan tudung dengan kain kasa...... Apa taknya sambil buat kuih sambil masak mee rebus. So lapisan atas kuih tu macam berlekuk2 dek titisan wap air, namun bila dipotong macam cantik pulak seakan2 corak diatasnya. Kebetulan nenek dan mertua mama nak datang ke rumah so org tua2 ni sukalah kuih yg lembut2 macam tuh.

Kuih Talam Tokyo



Untuk Lapisan Bawah :-


1 cawan sagu


1 cawan soo hoon


1/2 cawan kelapa parut


1/2 cawan santan cair



Rendam kesemua bahan kecuali kelapa dan kemudian toskan airnya. Gaul kelapa dengan secubit garam dan satukan dengan sagu dan soo hoon. Lenserkan loyang dengan sedikit minyak. Bubuh bahan2 tersebut ke dalam loyang dan kukus selama 10 minit.

Untuk bahan atas :-




2 1/4 cawan santan pekat
1 cawan gula
4 biji telur
6 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung kastard
Sedikit pewarna hijau dan kuning
Campurkan kesemua bahan ini dan kacau agar ianya tidak bergentel. Kalau nak senang bolehlah kita blend agar ianya halus. Tapis di dalam penapis dan bahagikan kepada 2 warna.
Untuk lapisan bawah yg telah siap dikukus, tekan2kan permukaannya agar ianya mampat dan padat. Sama macam kita buat puteri salad ataupun sri muka.


Lapiskan dengan lapisan yg berwarna kuning dan kukus sehingga masak. Keluarkan dan lapis lagi dengan lapisan hijau pula.


Hidangkan bersama secawan teh untuk Ninda dan Bonda Mertua yg tersayang.

















Thursday, July 23, 2009

Simple Dans Ma Vertue Forte Dans Mon Devoir


What year was this?????

Down Memory Lane



It has been couple of years since I left the Convent Primary but memories of the times I spent at the school remain vivid till today. Believe it or not, I remember my very 1st day at school, my 1st classroom and of course my very 1st teacher. In fact I remember most of the teachers who taugh me throughout the years.






The Convent has always been close at heart simply because 3 generations of my family studied here and still studying here. It began with my Auntie back in the 1950's and then me 1980's and now my daughter. This alma mater of ours has been soaring to greather heights with each passing year. We have seen it achieving success academically as well as in co-curricular activities and therefore securing themselves the tittle "Cluster School" by the Ministry Of Education.






The teachers in my days were really strict but I will still treasure those carefree days playing "Belon Acha" on the badminton court and "Four Corners" using the poles. I represented my school in reciting poetry, debate team and even lead the theater club.






My hope for the school is to always maintain its standards and to instill in each child the values embedded in the school motto which reads SIMPLE IN VIRTUE, STEADFAST IN DUTY or SIMPLE DANS VERTUE FORTE DANS MON DEVOIR".







My classmate 1990-1991 - Holy Infant Jesus Convent JB



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~





Convent JB's new look. The buildings are painted in different colors now

(BFF = Best Friend Forever)

Minggu Perniagaan & Keushawanan. How come my time don't have this







































Tuesday, July 21, 2009

Percubaan Yang Pertama Kalinya

Rancangan membuat mee rebus terpaksa mama tundakan lagi atas permintaan si kakak. Kakak telah mengikuti program KEUSAHAWANAN di sekolahnya. So, kakak telah plan nak buat cupcakes dan batu seremban.


Dalam hidup mama inilah pertama kali mama membuat cupcakes fondant. Aduhhhh, camner ni ekkk??? Puas mama membelek resepi dari internet. Ramai jugak yg mahir dalam selok belok membuat cupcake yg dideko dengan butter cream dan fondant. Wah teruja sungguh. Tanpa pengalaman bagaimanalah rupa bentuk cupcakes fondant yg bakal mama hasilkan nanti. Tak apalah, tak salah mencuba.

Inilah pengalaman pertama mama dalam menghasilkan cupcakes untuk puteri kesayanganku. Resepi ini mama ambil dari Myresepi- alma@myresipi.com dan telah mama tukarkan nama cupcake ini atas permintaan kakak.


Best Friends Forever Cupcakes



1) Cara membuat cupcake :


300gm tepung gandum
350gm gula
1/2 cawan serbuk koko
11/2 sudu kecil bikarbonat soda
1/2 cawan butter
2 sudu kecil esen vanilla
1 1/2 cawan susu segar
Satukan bahan2 ini ke dalam mixer dan pukul dalam kelajuan rendah agar campuran ini sebati. Kemudian pukul lagi dalam 2 minit


Masukkan 2 biji telur dan pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 2 minit


Adunan yg telah sebati disendukkan ke dalam paper cup sebanyak 3/4. Jangan tuang penuh2. Bakar selama 20 minit pada suhu 170 darjah atau mengikut oven masing2.


Cupcakes yg telah siap dimasak dan sedia untuk ditoppingkan mengikut citarasa masing2.

2) Cara Membuat Fondant

1 camca besar gelatin halal
63 ml air
1kg gula icing diayak
125 ml sirap glucose
1 1/2 camca besar gliserin
2 camca besar lemak sayur (shortening)
Pewarna pilihan
Sedikit tepung jagung
Tuangkan air ke dalam periuk vision dan masukkan gelatin ke dalamnya. Panaskan gelatin secara double boiler sehingga cair dan kacau rata. Biar sebentar sehingga suam kemudian masukkan sedikit2 gula icing dan kacau sehingga menjadi putih bersih dan lembut. Pada masa ini doh memang lembik dan tidak boleh dibentuk. Simpan doh di dalam bekas kedap udara 1-2 jam. Semalaman lagi baik.
Keesokkan paginya:

Doh yg disimpan dibahagikan kepada 3 bahagian dan diwarnakan mengikut citarasa masing2. Uli sehingga warna sebati dan biarkan sehingga 15 minit sebelum dibentuk. Pastikan doh sentiasa berada di dalam bekas kedap udara untuk mengelakkannya dari menjadi keras dan payah untuk dibentuk.
3) Cara membuat Royal Icing

1 butir putih telur
1 sudu besar jus lemon
gula icing
Campurkan putih telur dan jus lemon ke dalam mixer dan kacau sehingga sebati. Masukkan gula icing sedikit demi sedikit dan putar sehingga putih gebu. Simpan di dalam bekas kedap udara.
4) Cara Membuat Fondant Kek


Sapukan royal icing ke atas permukaan kek. Taburkan sedikit tepung jagung ke atas papan pencanai atau meja kerja. Canaikan fondant lbh kurang dalam 1/2cm dan terap dengan acuan bentuk bulat yg besar sedikit dari saiz cupcake. Makesure tapak tangan kita juga disapukan dengan tepung jagung semasa kita mengangkat doh yg telah diterap.


Boleh juga kita gulungkan fondant tadi dengan menggunakan torak kecil dan alihkan ke atas permukaan cupcake. Ratakan dengan tangan kemas2.

Canai doh yg berwarna untuk membentuk mengikut citarasa masing2 yg diingini.
Cara membentuk sekuntum bunga mawar

Ambil doh yg berwarna merah dan bentukkan bulat kecil2 seperti guli. Buat dalam 4 biji. Gelekkan ke atas papan pencanai dan susun memanjang kebawah dengan ditindihkan diantara satu sama lain sedikit. Kemudian gulung dari doh yg dibawah sekali perlahan2 sehingga diatas.



Selepas menggulung bentukkan kelopak2 bunga agar ia menjadi kembang sedikit. Saiz sekuntum bunga bergantung pada kelopak yg dibuat. Jika menginginkan ros yg kembang mekar buat dalam 6-7 kelopak. Jika untuk kuntum cukup 3 keping kelopak sahaja. Di sini mama hanya membuat 4 kelopak sahaja. Capuk2 putih pada bunga itu adalah dari tepung jagung dan ianya akan hilang lama kelamaan.
Bubuh sedikit royal icing untuk melekatkan diantara daun dan kuntuman bunga ros.


Walau hasilnya tak secantik mana, mama tak kisah. My first try, bisik hati mama.




Terima kasih yg tak terhingga mama ucapkan kepada Mat Gebu yg telah menunjuk ajar cara membuat fondant kek ini melalui blognya di http://tiffinbiru.blogspot.com/


Insya Allah mama akan cuba lagi membuat kek fondant yg lebih cantik dan tidak comot dilain masa. Ni baru cubaan main2.



** Lebihan fondant bolehlah disimpan didalam plastik dan masukkan kedalam bekas kedap udara. Tak perlu disimpan di dalam peti ais. Ianya tahan selama 1 tahun dan lebihan royal icing juga disimpan didalam bekas kedap udara tetapi mampu bertahan selama 1 minggu sahaja.

Walaupun enjoy tetapi penat juga membuat fondant kek ni. Jika diberi 2 pilihan antara menjahit dan membuat kek, mama akan pilih menjahit...... sebab apa jika penat dan mengantuk kita boleh terus tidur ....ehehhe..... Ini dengan lekitnya, berseraknya, sana sini gula........comot momot......... Apapun dah tauler serba sedikit.






























































































































































Petang Jumaat yang Tunggang Terbalik








Jumaat lepas benar2 membuat aku ingin meniarap kat tengah jalan raya kalau boleh. Mula2 cadang nak jumpa orang majlis daerah Kulai sebelah pagi tapi ada niat di hati nak terus cabut lepas tengahari ......so membuat aku memilih untuk membuat temujanji dengan orang Majlis daerah Kulai sebelah petang. Dalam hati dah berniat nak terus balik rumah..... (ehehhee....curi tulang betul). Cadang nak buat mee rebus Johor. Tup tup tunggu punya tunggu dan semuanya beres dalam pukul 4.30 ptg. Hampehhhh....Semua rancanganku tergendala.
Aku rasa macam nak menjerit aje dan bergolek2 kat atas jalan raya....Kekekekekke.......... jalan jammed teruk menghala ke JB. Sampai rumah hampir pukul 6.30 petang........ Mee rebus ke mana.....bantal jua yg ku cari kerana MIGRAIN datang menyerang.............................



Friday, July 17, 2009

Sewaktu AKU baru bergelar MENANTU

Lama benar tak buat kuih ini. Rasanya adalah dalam 11 tahun. Pertama kali buat masa baru kawin. Masa tu hubby teringin nak makan kuih ni. Alamak, kat umah mak dia mengada2 nak makan kuih yg tak pernah mama buat. Lepas tu masa buat mertuapun duduklah kat dapur tengok2 mama buat. Baru kawin masa tuh....nervous gilaaaa.......Senyap2 mama ring ring dekat emak bertanyakan resepi. Masa tu kelam kabut so taklah concentrate sangat. Tup....tup masa perah ubi yg diparut tuh ada ke terus buang air parutan tuh bersama mendapan sagu dia. Apalagi menjeritlah mertua mama. Bukan menjerit marah tetapi menjerit terperanjat. Penyudahnya parutan ubi itu mertua terpaksa campurkan sedikit tepung kanji, namun bila dah dibakar ianya keras walaupun masih boleh dimakan.
Malunya mama bukan kepalang. Hubby dia tak kisah, sedap tak sedap dia makan aje. Alah, don't worrylah..... I tetap sayang....masih ku ingat lagi ayat-ayat power itu. Ayat cuba memujuk barangkali. Yg malunya bukan hubby seorang yg mengadap sarapan bingka ubi pada pagi itu, tetapi mertua dan abang2nya yg lain.
Kenapa kuih ni keras? berulang2 kali abangnya dok komen. Muka mama dah naik merah padam. Sure nak mengenakan aku. Tiba-tiba mertua menyampuk....Emak terbuang air sagunya semalam...tak perasan ingatkan air apa sebab dekat dengan sink.....begitu mertua mama cuba melindungi menantu barunya itu. Terkejut mama...... rasa terharupun ada juga. Mungkin mertua lihat air mata dah bergenang di kelopak mata mama dan mama buat keputusan konon tak mahu bersarapan sama2...dia cuba berbohong dengan anaknya itu.
Sampai sekarang masihku ingat lagi peristiwa itu. Masa tu inai masih lagi merah dijari. Tapi kini ianya menjadi kenagan yg cukup manis buat mama. Sekarang mama tak lagi gentar berada di dapur mertua biarpun mama bukanlah seorang yg mahir memasak.
Semua orang dah tau buat bingka ubikan..... tapi mama sesaja nak berkongsi resepi bingka ini dengan kawan2. Resepi ini tidak menggunakan penyukat sebab resepi lama. Resepi dari emak. So agak2lah ya.....
Bingka Ubi Gula Merah

Disini mama menggunakan 2 tongkol ubi kayu sepanjang kira2 30cm panjangnya
Ubi dikupas kulitnya dan dicuci lalu dikerat2 kemudian diparut
Perah ubi dengan menggunakan kain kasa jarang
Gambar diatas menunjukkan ubi yg telah siap diperah


Air dari perahan ubi
Biarkan seketika sehingga terdapat mendapan

Buangkan perlahan2 air ubi diatasnya dan tinggalkan mendapan dibawah
Gambar diatas ini adalah mendapan air yg diperah dari ubi yg diparut
Mendapan ini dipanggil SAGU


Gula merah


1 biji kelapa diambil 2 cawan pati santan


Pecahkan 1 biji telur ke dalam hampas ubi



Masukkan gula merah dan juga gula pasir
Gaul rata


Masukkan juga minyak sapi dan akhir sekali gaul hingga sebati



Bakar sehingga masak di dalam oven. Biasanya bingka ubi ini dibakar didalam loyang yg berlobang tengah tetapi ntah mana ghaibnya loyang mama itu



Sejukkan sebelum dipotong

Hidangkan bersama air kopi panas. Sesuai dijadikan sebagai hidangan sarapan pagi dan minum teh petang