Oleh kerana kesuntukkan masa maka aku tak berpeluang merakamkan ucapan selamat hari ibu di dalam blogku ini tepat pada masanya. Hari Jumaat aku bertolak ke KL kerana menghantar rombongan peminangan anak saudara suamiku Maliq Ibrahim yg mendapat org Bangi. Tak sangka dah besar dah budak Maliq ni. Mudah2an perkenalan mereka yg berputik di UIA akan terus ke jinjang pelamin. Pulang ke JB hari dah malam dan aku rasa letih untuk update blog dan terus terlelap.
Di sini aku ingin merakamkan setinggi2 pengharagaan buat ibuku yg tersayang yg sangat aku kasihi yg telah melahirkan aku ke dunia ini dan dapat mengecap hidup bahagia bersamanya, suami dan anak2. Tiada apapun di dunia ini yg mampu dapat aku membalas jasamu wahai ibuku. Aku berasa sangat bertuah kerana di dalam adik beradik, aku dipilih oleh untuk menjaga ibu walaupun aku terpaksa tinggal di rumahnya dan meninggalkan rumahku sepi pada dua tahun yg lepas. Aku rasa sangat bahagia walaupun aku sudah bergelar seorang ibu namun aku masih dapat bermanja sama seperti sewaktu aku masa kecil dahulu dan tiada bezanya dahulu dan sekarang ini kasih sayang ibu kepada aku. Aku berdoa suatu hari nanti apabila aku telah tua aku jua akan bahagia seperti ibu disamping anak2ku yg tersayang.
Tak lupa juga ingin aku merakamkan setinggi2 jua penghargaan kepada ibu mertuaku yg aku kasihi kerana sepanjang usia pengkahwinanku dengan suami, beliau banyak memberi tunjuk ajar dalam masakan Johor asli dan protocol orang Johor. Terima kasih di atas segala jasa dan yg paling utama jasamu dalam merestui perkahwinan kami.
Semoga ibuku dan ibu mertuaku panjang umur, sehat sentiasa dan sentiasa di dalam lindungan Allah. Apa yg aku harapkan adalah kasih sayang yg berkekalan antara kita dan semoga ibu berbahagia selalu hendaknya.
Terima kasih juga aku ucapkan kepada kedua puteri dan putra kesayanganku diatas pemberian yg kamu berikan. Tak ternilai buatku di atas ingatan dan kasih sayang kamu berdua. Apa yg aku harapkan agar kamu berdua menjadi anak yg soleh dan solehah. Aku sentiasa akan mendoakan kebahagiaan kamu berdua kerana kau adalah permata hatiku. Terharu aku membaca blog kakak ……. Kakak memang suka sangat menulis.
Terima kasih juga kepada adik yg memberi kad ucapan kepada mama dan mug. Terima kasih kakak kerana memberi mama frame gambar .
Apapun belum terlambat untuk aku mengucapkan selamat hari bu buat ibuku yg tersayang, ibu mertuaku yg dikasihi, sahabat handai yg diingati serta semua ibu2 dan bakal ibu didunia ini yg aku kenali. Berbahagialah kerana menjadi seorang ibu.
Ingatlah semua wanita di dunia ini mempunyai ibu tetapi tak semua wanita di dunia ini dapat menjadi ibu…….
Selamat hari ibu…….
Ingatlah semua wanita di dunia ini mempunyai ibu tetapi tak semua wanita di dunia ini dapat menjadi ibu…….
Selamat hari ibu…….
2 comments:
saya pun nak berterima kasih juga pada akak, kerana sudi berkongsi resipi tulen orang2 Johor...Moga Allah memberkati segala kebaikan kak zura, bonda dan bonda mertua kak zura juga....
Amin.......
Post a Comment