Wednesday, May 27, 2009

Kenangan Pinggan Dan Piring Lama

Wah cantik2 kawan2 punya koleksi pinggan2 lama mereka berserta dengan set teko dan cawan. Serba lengkap lagi. Rajin betul diaorg treasure hunt! Dalam keadaan aku yg tak berapa sihat ni aku dah malas nak mencari2 mcm sewaktu kenangan bershopping di car boots dedulu. Sekarang nie aku dapatkan dari rumah emak, mertua ataupun saudara mara sahaja. Kalau ada berkenan nak belipun aku dapatkannya dari internet dari kawan2 yg sesama mempunyai minat yg sama. Senang aje kan. Beli dengan tekan2 dihujung jari.



Ini adalah sekumpulan pinggan2 lama yg sempat aku ambil dari rumah mertua, emak dan ibu saudaraku. Semua ni tak cukup set, hanya ada sekeping dua dan aku satukan di dalam sebuah bakul dan jadikan sebagai hiasan.


Set cawan ini pulak aku dapatkan dari rumah mertua. Itupun dapat dalam stor di luar rumah. Ada yg tersompek. Ada yg berpiring dan ada yg tidak. Tapi dari terbiar dan bakal dilupuskan baik aku ambil dan simpan sebagai kenangan. Hubby kata dia tak pernah pulak nampak digunakan sepanjang dia berada di rumah emaknya dulu, bahkan mertua akupun dah terlupa akan cawan pink ni. Bila dia amati baru dia teringat yg cawan ni dulu digunakan sekali sekali bertukar2 dengan corak yg lain. Cawan2 diatas mempunyai 2 corak yg berbeza tetapi bunganya seakan2.


Hanya cawan ini saja yg dapat aku kumpulkan setakat ini dari bonda mertua. Itupun aku ambil dari stor belakang di luar rumah.


Nanti2 akan aku selongkar lagi rumah antik pusaka arwah ayah mertua untuk mencari pinggan mangkuk dan apa2 saja yg berkenan di hati.....tapi....biras perempuan aku 7 orang!Huhuhuhu....sekali diaorg terminat ....aku melepas.....



Yg ini aku dapatkan dari ibuku. Ini ada set cawan dia sekali dan pernah aku tunjukkan dalam entry aku dulu.



Yg ini juga dari ibuku dan aku ada cawan serta piringnya. Banyak jugak.


Yg ini pulak dari mertuaku...hanya sekeping aje yg ada, kata mertua ku, set ini dulu mahal kononnya...tapi mana yg lain....entahlah mak pun tak tau.....rumah bertukar pembantu banyak barang yg mahal pecah katanya.....biasalahhhhh bukan diaorg yg beli....





Pinggan corak bunga mawar di atas pulak aku dapatkan dari rumah ibu saudaraku, tuh saja yg ada. Yg lain semua corak pinggan baru. Banyak dah pecah katanya.








Dua keping pinggan diatas aku dapatkannya di car boots sale semasa di Birmingham dulu. 1 keping tuh tak silap aku cuma 20 pence. Kalau ada banyak aku dah borong.

Piring ini aku dapatkannya dari mertua jugak. Mertuaku banyak sangat koleksi set sebegini. Set lengkap . Ada warna biru, pink, coklat dan kelabu, tapi semua tuh masih disimpan dengan baik. Aku hanya berani mintak yg ada dalam stor yg mana tak dihiraukan. Dalam koleksi almarinya tiada jawapan yg aku harapkan............kerana dia ada 4 org ank perempuan.

Cawan tupun da tak berpiring aku dapatkan juga dalam stor.

Koleksi biru diatas adalah sama seperti koleksi ibuku ini iaitu Johnson Brothers England.
mmm.....tak adalah banyak mana pun cuma saki baki dari emak, mertua dan ibu saudaraku.....namun semua itu mempunyai kenangan yg tersendiri dimana ianya telah digunakan sebelum aku dilahirkan lagi ke dunia ini dan sekarang biarlah aku abadikan di dalam teratak ku ini sebagai kenang2an.
Ok jumpa lagi dalam set lain pulak yer... keje banyak.......tak sempat nak buat entry...dapurpun dah memanggil2.
Bye........












3 comments:

~Yatt~ said...

salam k.zura..
tu lah akak..masuk nie dh berpuluh2 kali saya dok ulang yg akak memang beruntung..untung dapat rembat koleksi2 mak..nenek..MIL..mak sedara dll..dah le free..cantik2 pulak tu..nak komen satu per satu banyak pulak..apapun memang suka tgk bunga..kaler2 yg pelbagai..yg beli kt carboots tu pun mengancam..lain dr yang lain..cantik ler akak...

Mama Vogue said...

wsalam yatt.... syukurlah walaupun tak lengkap tapi dapatlah jugak sikit2. Dari benda tuh dibiarkan mcm tuh baik akak bela dia ...kan..

nassir said...

betul tu,mmg untung sesangat.koleksi tak pakai modal..heehee

tengok mcm yatt dgn saya..kena kuar modal nak kumpul.pastu kena lak jual2 sket nak dapat modal ambil koleksi kesukaan..

tp klu yatt dgn saya,yatt lagi extreme...jauh dia dah pegi..hehe

gambar no 2 tu,teko jual kat yatt..sayang plak..yatt nak jual balik tak? :p