Friday, April 24, 2009

Resepi Sambal Tumis Udang

Udang adalah merupakan salah satu makanan kegemaran kami sekeluarga. Biasanya apa jua nasi 'bertumis' yg mama masak di rumah lazimnya mama turut memasukkan udang sebagai menu tambahan. Mama tau semua org tahu bagaimana cara memasak udang sambal, tapi cara orang tua2 dahulu masak sambal mereka sering menggunakan 'tahi minyak' dan sedikit santan pekat untuk menyedapkan lagi masakan. Proses membuat sambal tumis juga sebenarnya memakan masa sehingga 2 jam lamanya. Ini adalah kerana untuk menjadikan sambal itu supaya lebih tahan lama. Jangan sekali2 masak sambal dengan api segak kerana ini akan memahitkan rasa sambal tersebut
Sambal Tumis Udang


1 kg udang
Udang yg telah dibersihkan digoreng sebentar dan toskan minyaknya. Tujuan udang digoreng ialah apabila kita memasukkan ke dalam sambal ianya tidak berair


3 labu bawang besar yg sederhana
1/2 labu bawang putih
halia sebesar ibu jari
1 mangkuk cili kering dibuang biji
segenggam belacan
kunyit sebesar ibu jari
Kisar dan tumiskan dengan api kecil
Bila agak garing masukkan tahi minyak yg dibuat dari 1/2 biji kelapa
Bubuh gula dan garam dan sedikit air asam
Masak sehingga benar2 garing


Hidangkan


* Nasi Bertumis - seperti nasi minyak, nasi jagung, nasi serai, nasi baryani tumis, nasi hujan panas dan segala jenis nasi yg ditumis terlebih dahulu


*Tahi minyak -santan yg dimasak sehingga pekat dan menjadi kecoklatan bergentel2.











2 comments:

Erica said...

mamaaaaaaaaaaaaaaaaaa....

preet suka tul la resepi sambal tumis Udang tu...menyelerakan....yummmy2 :-P

Mama Vogue said...

Jommmm jemput makan...kalau ada masa cubalah ya..tu cara org dolu2