Thursday, April 9, 2009

Resepi Bun Sosej Dan Sayuran Dari Resepi DF

Terlebih dahulu mama ingin ucapkan terima kasih bebanyak kepada DF yg sudi memberi resepi ni pada mama untuk mencubanya. Mama dahpun membuatnya dan rasanya sangat sedap sekali. Anak2pun suka. Disaat menaip nipun, bun tuh tengah penuh dalam mulut. Masih lembut walaupun dibuat semalam petang. Lepas ni berenti kerja bukak bakery.
bahan2nnya :

1 biji telur gred C
11gm yis
60 gm majerin
2 sudu besar susu tepung
(jika guna mentega tak perlu masukkan susu tepung)
10 gula
480 tepung roti berprotin tinggi
120 tepung gandum (kalau tak ada guna gandum aje)
1 sudu kecil bread improver (jika suka)
260 ml air


kesemua bahan di satukan dan gaul sebati


Putar 1 jam atau kurang sikitpun tak mengapa asal sehingga benar2 lembut dan kental
(petua dari Chef DF- semakin lama diuli semakin lembut- bila roti dah sejukpun ianya kekal lembut)



Biarkan sebentar



Bila naik 1 kali ganda mama tumbuk2kan untuk mengeluarkan angin


bahagikan beberapa bahagian



canai doh


canai mengikut saiz hot dog


gulung perlahan2


sehingga menutupi keseluruhan hot dog


kemudian potong doh seperti sikat dan jangan sampai terputus


bentukkan ke kiri dan ke kanan dan biarkan sehingga ianya kembangdan naik


mama saja pelbagaikan


ni rupa orang malas


bila da kembang tabur sayuran campur dan picitkan mayonis dan sos tomato
(jangan bubuh sos cili kerana akan membuatnya menjadi amsam-petua Chef DF)

bakar dalam kepanasan 170c


Sedapnyaaaaaaaaaaaaaaa





Seisi rumah suka....kalau buat jualan laku jugakkkkk
Terima kasih Chef DF

















No comments: