Thursday, November 20, 2008

Cerita Buku Resepi Antik Mama

Kali nie mama tak menulis tentang masakan dan tak juga memaparkan gambar2 proses masakan, tetapi kali nie mama nak bercerita tentang buku2 resepi. Buku2 resepi bukan dicetak dan yg dibeli dikedai tuh, tapi buku2 resepi yg ditulis dengan tangan. Samada resepi ini disalin semula dari majalah, akhbar, kaca TV, radio dan belajar melalui guru masakan ataupun org2 yg pakar dalam bidang masak memasak.
Di sini mama nak berkongsi dengan semua org yg sudi membaca blog mama tentang koleksi buku resepi peribadi mama. Koleksi buku resepi peribadi ini yg ditulis dengan tangan, bukan yg dibeli dalam bentuk buku bergambar tuh. Kalau mama nak tunjukkan di sini koleksi buku2 resepi mama yg bergambar...rasanya tak cukup kot. Jadi cukuplah sekadar buat tatapan semua koleksi buku yg ditulis tangan ini kerana walaupun ianya tidak mahal namun segala intipati dan panduan didlm koleksi buku2 resepi ini amat bermakna buat mama....lebih2 lagi buku yg mama perolehi atau warisi ini dari emak mama sendiri...iaitu kepunyaan beliau begitu juga dengan ibu mertua mama.



Inilah dia koleksi buku resepi mama yg pertama sekali dan sebelah kanan itu adalah hasil tulisan tangan mama yg pertama sekali tentag resepi. Buku ini ditulis dalam exercise book. Niat di hati nak beli buku kulit tebal tapi duit tak cukup, nak mintak Ayah atau Emak takut, nanti dia tanya macam2 apa mama nak jawab. So dengan duit RM0.40 mama belilah satu exercise book nie di book shop sekolah.




Tercetusnya minat utk menyalin semula segala resepi yg terdapat di dalam akhbar ataupun majalah ini oleh sebab minat mama yg mendalam terhadap masakan, walaupun pada masa itu menggoreng telur juga tidak pandai. Segala niat tentang masakan mama pendamkan di dalam hati dan berazam suatu hari nanti akan menjadikannya sebagai hobi. Namun pada masa itu segala resepi yg mama salin mestilah cantik2 belaka. Tengok tuh, punyalah rajin menyalin semula segala penulisan dan menampal gambar di atas sepertimana yg biasa terdapat di dalam majalah2 ataupun akhbar pada waktu itu. Pernah kakak mama menegur, katanya apalah punya pandai...menyalin semula kan lebih baik tampal saja semuanya, tetapi mama tak mahu. Pada mama konon2nya mama yg menghasilkan buku tersebut. Sanggup bersusah payah menulis. Alah bukannya hari2 menulis, cuma seminggu sekali saja. Pada tahun 1987, setiap Ahad ada satu ruang resepi di akhbar Berita Harian waktu tuh. Sebenarnya mama tak pernahpun mencuba resepi2 tersebut sehinggalah mama berada di dlm menengah 3. Banyak juga jenis resepi yg mama telah try dan pernah 2-3 kali mencuba tetapi kebanyakkannya dibuang ke longkang. Maklumlah resepi2 dalam akhbar atau majalah nie bukan boleh percaya sangat. Masa tu ikut bulat2 dan tak tau nak adjust. Selepas dari itu mama terus simpan buku resepi ini kerana bila dah naik menengah 4 dan 5, byk masa dihabiskan dengan mentelaah dan mengulangkaji pelajaran. Masa tu dah nak amik SPM so tak ada masa nak main masak2 nie, tetapi pada menengah 5 mama ada membeli sebuah majalah wanita yg disertakan dengan senaskah buku resepi dan mama masih simpan sehingga kini dan menjadi bahan rujukan pd mama sehinga kini bila menjelang raya ataupun hari2 biasa. Gambar buku tu pernah mama postingkan pada 'Katogeri Biskut', dah usang juga buku tuh. Dan inilah buku resepi mama yg pertama sekali mama miliki. Ianya sangat bermakna buat mama kerana mama hasilkan ketika di awal usia 13 thn walaupun masa tu tak pernah mencuba sepjg 1 thn pertama ianya dihasilkan. Semoga buku pertama ini akan kekal menjadi milik mama sehingga ke akhir hayat dan kpd generasi mama akan dtg.



Kemudian selepas tamat persekolahan dan ketika masih lagi menuntut, mama ada juga menulis sikit2 resepi yg mama perolehi dari kawan2 dari berbagai negeri dan pelusuk dunia. Masa ni pakai buku yg tebal tuh dan pjg pulak. Macam tamak gitu, tapi taklah hebat menulis mcm masa budak2. Namun selepas berkahwin mama jadi serious mengumpul buku-buku resepi. Kalau buku resepi koleksi pertama mama penuh dengan resepi2 yg disalin dari majalah dan akhbar tetapi berlainan sekali dengan koleksi buku resepi ini. Segala resepi yg terdpt dlm buku ini mama dapat hasil dari ringan mulut mama yg peramah ini melalui org2 tua, pakar2 masak (dimana menghadiri kelas memasak) dan kawan2. So kalau buat memanglah menjadi. Antara sedap dengan tidak je. Terpulang pd air tangan masing2.



Paling bertuah sekali dalam hidup mama ialah buat julung2 kali mama menerima sebuah buku resepi versi tulisan jawi dan semuanya menggunakan sukatan tahil, kati, pikul dan imperial. Langsung tak ada kilo ataupun gram. Buku resepi ini tidak dibeli dimana2 kedai dan atau gedung2 mewah. Ianya pemberian dari mertua tersayang. Entah mengapa dalam 7 org menantu perempuan dan antara 4 org ank perempuannya mama yg menjadi pilihannya utk menurunkan buku resepi antik ini. Teringat kata2 mertua "Awak nak ke buku resepi tuh, kalau nak amiklah, makpun dah tak guna lagi dah...sekarang nie mana larat nak masak yg remeh temeh macam dalam tuh.....", suatu hari mertua bersuara. Mmmm..... sukanya bukan kepalang dapat mewarisi buku resepi antik ini. Mungkin dia terperasan mama sering bertanya padanya masakan lama2 setiap kali berkunjung ke rumahnya. Itupun nasib baik buku tu mama terjumpa sewaktu menyelongkar stor rumahnya semasa berkemas2 sewaktu nak raya kemarin. Buku tu terletak elok dalam oven hitam empatsegi atas para dapur stor. Masih elok lagi buku tersebut dan kata mertua dia mula menulis segala resepi itu selepas berkahwin ketika tinggal di Muar iaitu sekitar tahun 40an dan 50an dan sehingga tahun 70an. Katanya diapun dah lupa akan buku resepi tersebut kerana menurutnya semuanya dah direkod di kotak ingatannya. Wow hebat mertuaku ini. Sekarang ini mertua mama telah berusia 84 tahun dan tak lagi memasak di dapur seperti hari2 lalu. Segala macam resepi2 lama seperti kuih kacau labu, kacau keledek, wajik ,dodol, halwa maskat , baryani gam, nasi beringin, nasi kabuli dan segala macam jenis nasi, harissa dan bermacam2 lagi terutama resepi masakan Johor terdapat dalam buku ini. Bukan sekadar resepi masakan sahaja yg terdapat dalam buku ini, malah sukatan makan berhidang utk kenduri perkahwinan, kenduri kendara. Selain itu sukatan masakan utk periuk yg diukur mengikut kiraan gantang.


Dan satu lagi ini mama dapat mewarisi lagi sebuah buku resepi kepunyaan emak mama, namun dalam versi tulisan rumilah...sama macam buku pemberian mertua...Buku ini ditulis dalam akhir tahun 50an sehingga lewat 80an. Kebanyakkanya bukan dalam kilo ataupun gram tetapi nasib baik dalam buku nie emak mama telah membuat cacatan daripada kati kpd kilogram dan imperial (oz) kpd gram. Sama seperti buku resepi mertua, buku ini juga memuatkan segala sukatan, kiraan dan jumlah pada setiap hidangan masakan. Namun buku ini agak sistemetik sikit kerana terdapat glossarynya sekali. Ibuku memang hebat dalam bab2 macam nie tapi dalam bab masak memasak rasanya lebih hebat lagi mertuaku. Namun di mata ini kedua2nya cukup hebat. Kalau mertua ku hebat masak untuk jumlah seramai 1,000 org, ibuku juga hebat masak untuk masakan gubahan makan berdamai pengantin.....dan kini aku mewarisinya...ewahhhh saja nak promote nie.... tak charge apa2pun sekadar amal jariah...itu pesan ibuku.
dan kini segalanya telah berubah.....

Inilah koleksi buku resepi mama yg terkini....ianya tidak lagi di exercise book namun telah beralih kepada blog. Namun mama masih lagi menyalin dari kenalan, org2 tua dan pakar2 masakan, menulis di buku kulit tebal itu selain resepi dari net..... bezanya cuma buku resepi mama di dalam blog lebih kepada memberi sumbangan dan telah mama cuba terlebih dahulu dan mama hidangkan kepada keluarga dan santapan mata pembaca blog sekelian. Walaupun mama tak dapat menjamu korang dengan hidangan ini namun cukuplah sekadar menjamu mata......

Itulah saja yg dapat mama kongsi bersama dengan pembaca blog ini. Insya allah mama akan mencuba segala jenis resepi di semua koleksi buku2 tulisan tangan dan buku2 resepi bercetak yg tidak mama paparkan di sini...nantilah jika diizinkan Allah mama akan paparkan di sini termasuk segala tips2 org2 dahulukala.


Jumpa lagi...babai...

6 comments:

jaketbiru said...

lama tak lawat blog mama.. harap mama sehat sekeluarga...

.. hasil tangan sendiri amat berharga kerana ianya diiring dengan kenangan.. kenangan adalah satu pusaka yang kita kumpul dan ianya amat berharga nilainya.. walaupun tak bernilai bagi orang lain...

nanies said...

salam mama...1st time masuk blog mama...tak tahu nape..tiap kali jenguk blog mama..perut lapaqqq...hehehehe..kecur air liur..tapi kan mama pasal buku mask nie kan mak jetpun ada buku masak macam yg mama tunjuk tu..tulis jawi nyer..sana lahh pakai gantang bagai..tak ada kg ke gram nie...hermmm bila lah dapat rasa air tngan mama nie...slurrppp..laparrrr....salammm

Mama Vogue said...

apa kabar Nide....betul Nide..... bila teringat segala kenangan tuh...perasaan makin sayu kerana waktu tu segalanya nak dikecapi byk menemui jln sukar. Pun begitu kenangan tu adalah kenangan yg terindah dlm hidup mama diusia remaja, walaupun x seindah mana di mata org lain tapi ianya ckup bererti buat mama

Mama Vogue said...

apa kabar Nide....betul Nide..... bila teringat segala kenangan tuh...perasaan makin sayu kerana waktu tu segalanya nak dikecapi byk menemui jln sukar. Pun begitu kenangan tu adalah kenangan yg terindah dlm hidup mama diusia remaja, walaupun x seindah mana di mata org lain tapi ianya ckup bererti buat mama

Mama Vogue said...

apa kabar Nide....betul Nide..... bila teringat segala kenangan tuh...perasaan makin sayu kerana waktu tu segalanya nak dikecapi byk menemui jln sukar. Pun begitu kenangan tu adalah kenangan yg terindah dlm hidup mama diusia remaja, walaupun x seindah mana di mata org lain tapi ianya ckup bererti buat mama

Mama Vogue said...

Hi Nanie lama x nmpk ....kalau time2 lapar masuk sini lah nanaie...x mkn pun kalau tgok dah kenyang tau.Jet buku tu baik simpan elok2 sebab sgt berharga byk resepi yg ditulis tgn lebih sahih dari yg dibeli di kedai percayalah...... mmg susah sebab byk gantang pikul kati tahil tapi sib baik emak dah convertkan cuma di buku resepi mertua je x ada..ehehhehe....