Friday, November 28, 2008

Chinaware Yang Menggamit Kenangan - Tea Set Dan Pinggan Mangkuk Antik

Masa 2 malam di rumah Nenek, mama sempat menyelongkar ke dalam stor orang tua tuh.....menelek 3 buah kotak kayu hitam yg bermangga. Kuncinya hilang entah kemana. Puas diompel namun tenaga mama yg tak cukup nie hanya melenguhkan saja tulang belulangku. Kebetulan sepupu mama sampai, mamapun mengerah dia mememcahkan peti tu. Huh......Nenek mungkin ada simpan harta karun, gurau sepupu mama Iwan. Susah gak nak pecahkan peti tuh. Bila dah dipecahkan terdapat 2 kotak yg penuh sarat berisi pinggan mangkuk, Hishhh.....sepupu mama bersin 3-4 kali sewaktu melihat debu abuk dan segala macam benda yg menempel kat piring dan pinggan mangkuk tersebut. Buangkan saja kata Nenek. Mama cepat2 mengangkut pinggan mangkuk tersebut dan merendamkan dalam besen besar. Habis sabun dynamo Nenek mama tuang ke dalam besen. Satu malam merendam pinggan mangkuk yg dah tak berupa nie....Sayangnya......




Piring pun dah tak nampak corak dek terlekat dengan kertas yg dah entah berapa puluh tahun

Walaupun duduk dalam kotak ia tetap berhabuk dan berdebu

Cantik pulak bila dah dicuci bersih dan dilap kering

(Mama suka sangat corak bunga ros hitam ni... klasik sungguh)


Set pinggan, piring dan set cawan corak bunga hitam yg dahpun dijadikan koleksi antik mama

Kata Nenek, set nie dulu cukup utk 6 hidang punya makan. Kalau 6 hidang bermakna 24 kepinglah tiap satu. Pun begitu set nie tak cukup dah. Mama cuma dapat 6 keping pinggan makan, 1 pinggan mungkum lauk, 1 piring besar, 1 piring sedang dan 1 piring kecil serta 6 cawan dan piringnya. Jadilah....... Set nie dibeli dalam tahun 50an kata nenek tetapi dia baru sikit dari set corak pinggan bunga kangkung.

Tea Set utk 4 org sekitar tahun 1930an.

Satu lagi yg mama dapat ialah set lengkap cawan dan piring minum teh berserta mangkuk gula, susu dan tekonya sekali. Set ini ialah hadiah perkahwinan Nenek dengan Atok pada 28.10.1937. Siapa yg menghadiahkannya nenek tak ingat dah........Klasik sungguh corak pemandangannya...sangat mendamaikan.

Set makan dan cawan kopi corak bunga kangkung yg masih lengkap

Set yang di atas pulak ialah set corak bunga kangkung dan ini lah corak yang sangat popular dan paling ramai orang suka. Rasanya disetiap rumah pasti ada set corak bunga nie..... Kalau tengok gambar di majlis kenduri, majlis kawin...memang set nilah yg menjadi pilihan. Set ni mama tak ambil di rumah Nenek tetapi set nie adalah kepunyaan emak mama. Set corak nie diberikan oleh Nenek kepada emak sewaktu emak baru berkahwin dengan ayah. Dulu kata emak ada 1 dozen tapi sekarang dah tinggal 1/2 dozen sebab diberi 1/2 dozen pada ibu saudaraku. Corak nie emak tak suka sebab tu masih elok dan tak pecah. jarang digunakan. Emak hanya simpan saja sampai kini dalam gerobok pinggan mangkuk tak pakainya.

Sekadar Hiasan (cewahhhhhh....macam dalam majalah lak)

Memang set di atas ialah sekadar hiasan saja kerana tak cukup dah setnya. Di rumah kami dulu2 masa mama kecik2 set nilah yg emak selalu gunakan. Semua sekali ada 4 set. Set ini sangat popular di pertangahan tahun 1950an hingga pertengahan 1970an. Corak plain tanpa motif bunga. Yg biru tuh made in china dan yg 3 lagi tuh mama tengok made in england. Emak memang simple tetapi dia sangat cerewet dan teratur. Emak akan menggunakan keempat2 set ini secara rotate setiap minggu dalam sebulan. Sebulan ada 4 minggu so seminggu sekali mesti warnanya akan bertukar. Tak ada siapa pun yg macam mak diantara kami adik beradik yg mengikut perangai mak yg cerewet nie. Tak sanggup mama nak keluar masukkan pinggan mangkuk setiap minggu berganti2. Pakai sampai jemu dalam 3-4 bulan baru tukar ke set yg lain pulak. Set yg tinggal inipun byk dah tak lengkap, yg hijau tuh dalam berapa keping aje pinggannya, begitu juga warna yg lelain. Cuma yg pink dan biru aje yg masih ada pinggan dan piringnya. Teko dan cawan2 semua pecah. Mama masih ingat lagi selalu mengikut emak ke kedai Melayu Toko Sumatra di Jln Trus untuk menambahkan koleksi pinggan mangkuk jenis ini. Emak tak beli selepuk, maklum ajelah...emak akan beli dalam jumlah sedikit2. kesian emak........

Set kopi corak bunga ros hitam dan pink tahun 1950an

Set ini merupakan set hadiah perkahwinan emak dengan ayah pada 13.11.1955 dari adik mama. Tekonya juga dah pecah. Mama suka sangat corak bunga ni, nampak sweet. Di rumah ibu saudaraku banyak sungguh kolesi cawan dan piring ini

Koleksi pelbagai piring tanpa cawan

Dan ini pula koleksi piring yg cawannya dah pecah2 dan yg tinggal cuma sekeping. Pun mama simpan sebagai kenangan dan koleksi peribadi.

Nilah saja yg dapat mama paparkan buat kali nie. Banyak lagi koleksi2 pinggan mangkuk, cawan dan lain2 barang2 dapur antik yg akan mama postingkan kemudian. Semua ini sudahpun menjadi koleksi peribadi dan kenang2an buat mama. Adakalanya kalau memasak masakan ala kampung dan masakan zaman dulu2 mama akan menggunakan pinggan mangkuk ini untuk menaikkan semangat dan selera ahli keluarga disamping mengimbau kenangan masa lalu dan juga bercerita dengan anak2 bagaimana kehidupan di waktu mama kecik2 dulu selain gambar2 yg masih disimpan dalam album keluarga.




Thursday, November 20, 2008

Cerita Buku Resepi Antik Mama

Kali nie mama tak menulis tentang masakan dan tak juga memaparkan gambar2 proses masakan, tetapi kali nie mama nak bercerita tentang buku2 resepi. Buku2 resepi bukan dicetak dan yg dibeli dikedai tuh, tapi buku2 resepi yg ditulis dengan tangan. Samada resepi ini disalin semula dari majalah, akhbar, kaca TV, radio dan belajar melalui guru masakan ataupun org2 yg pakar dalam bidang masak memasak.
Di sini mama nak berkongsi dengan semua org yg sudi membaca blog mama tentang koleksi buku resepi peribadi mama. Koleksi buku resepi peribadi ini yg ditulis dengan tangan, bukan yg dibeli dalam bentuk buku bergambar tuh. Kalau mama nak tunjukkan di sini koleksi buku2 resepi mama yg bergambar...rasanya tak cukup kot. Jadi cukuplah sekadar buat tatapan semua koleksi buku yg ditulis tangan ini kerana walaupun ianya tidak mahal namun segala intipati dan panduan didlm koleksi buku2 resepi ini amat bermakna buat mama....lebih2 lagi buku yg mama perolehi atau warisi ini dari emak mama sendiri...iaitu kepunyaan beliau begitu juga dengan ibu mertua mama.



Inilah dia koleksi buku resepi mama yg pertama sekali dan sebelah kanan itu adalah hasil tulisan tangan mama yg pertama sekali tentag resepi. Buku ini ditulis dalam exercise book. Niat di hati nak beli buku kulit tebal tapi duit tak cukup, nak mintak Ayah atau Emak takut, nanti dia tanya macam2 apa mama nak jawab. So dengan duit RM0.40 mama belilah satu exercise book nie di book shop sekolah.




Tercetusnya minat utk menyalin semula segala resepi yg terdapat di dalam akhbar ataupun majalah ini oleh sebab minat mama yg mendalam terhadap masakan, walaupun pada masa itu menggoreng telur juga tidak pandai. Segala niat tentang masakan mama pendamkan di dalam hati dan berazam suatu hari nanti akan menjadikannya sebagai hobi. Namun pada masa itu segala resepi yg mama salin mestilah cantik2 belaka. Tengok tuh, punyalah rajin menyalin semula segala penulisan dan menampal gambar di atas sepertimana yg biasa terdapat di dalam majalah2 ataupun akhbar pada waktu itu. Pernah kakak mama menegur, katanya apalah punya pandai...menyalin semula kan lebih baik tampal saja semuanya, tetapi mama tak mahu. Pada mama konon2nya mama yg menghasilkan buku tersebut. Sanggup bersusah payah menulis. Alah bukannya hari2 menulis, cuma seminggu sekali saja. Pada tahun 1987, setiap Ahad ada satu ruang resepi di akhbar Berita Harian waktu tuh. Sebenarnya mama tak pernahpun mencuba resepi2 tersebut sehinggalah mama berada di dlm menengah 3. Banyak juga jenis resepi yg mama telah try dan pernah 2-3 kali mencuba tetapi kebanyakkannya dibuang ke longkang. Maklumlah resepi2 dalam akhbar atau majalah nie bukan boleh percaya sangat. Masa tu ikut bulat2 dan tak tau nak adjust. Selepas dari itu mama terus simpan buku resepi ini kerana bila dah naik menengah 4 dan 5, byk masa dihabiskan dengan mentelaah dan mengulangkaji pelajaran. Masa tu dah nak amik SPM so tak ada masa nak main masak2 nie, tetapi pada menengah 5 mama ada membeli sebuah majalah wanita yg disertakan dengan senaskah buku resepi dan mama masih simpan sehingga kini dan menjadi bahan rujukan pd mama sehinga kini bila menjelang raya ataupun hari2 biasa. Gambar buku tu pernah mama postingkan pada 'Katogeri Biskut', dah usang juga buku tuh. Dan inilah buku resepi mama yg pertama sekali mama miliki. Ianya sangat bermakna buat mama kerana mama hasilkan ketika di awal usia 13 thn walaupun masa tu tak pernah mencuba sepjg 1 thn pertama ianya dihasilkan. Semoga buku pertama ini akan kekal menjadi milik mama sehingga ke akhir hayat dan kpd generasi mama akan dtg.



Kemudian selepas tamat persekolahan dan ketika masih lagi menuntut, mama ada juga menulis sikit2 resepi yg mama perolehi dari kawan2 dari berbagai negeri dan pelusuk dunia. Masa ni pakai buku yg tebal tuh dan pjg pulak. Macam tamak gitu, tapi taklah hebat menulis mcm masa budak2. Namun selepas berkahwin mama jadi serious mengumpul buku-buku resepi. Kalau buku resepi koleksi pertama mama penuh dengan resepi2 yg disalin dari majalah dan akhbar tetapi berlainan sekali dengan koleksi buku resepi ini. Segala resepi yg terdpt dlm buku ini mama dapat hasil dari ringan mulut mama yg peramah ini melalui org2 tua, pakar2 masak (dimana menghadiri kelas memasak) dan kawan2. So kalau buat memanglah menjadi. Antara sedap dengan tidak je. Terpulang pd air tangan masing2.



Paling bertuah sekali dalam hidup mama ialah buat julung2 kali mama menerima sebuah buku resepi versi tulisan jawi dan semuanya menggunakan sukatan tahil, kati, pikul dan imperial. Langsung tak ada kilo ataupun gram. Buku resepi ini tidak dibeli dimana2 kedai dan atau gedung2 mewah. Ianya pemberian dari mertua tersayang. Entah mengapa dalam 7 org menantu perempuan dan antara 4 org ank perempuannya mama yg menjadi pilihannya utk menurunkan buku resepi antik ini. Teringat kata2 mertua "Awak nak ke buku resepi tuh, kalau nak amiklah, makpun dah tak guna lagi dah...sekarang nie mana larat nak masak yg remeh temeh macam dalam tuh.....", suatu hari mertua bersuara. Mmmm..... sukanya bukan kepalang dapat mewarisi buku resepi antik ini. Mungkin dia terperasan mama sering bertanya padanya masakan lama2 setiap kali berkunjung ke rumahnya. Itupun nasib baik buku tu mama terjumpa sewaktu menyelongkar stor rumahnya semasa berkemas2 sewaktu nak raya kemarin. Buku tu terletak elok dalam oven hitam empatsegi atas para dapur stor. Masih elok lagi buku tersebut dan kata mertua dia mula menulis segala resepi itu selepas berkahwin ketika tinggal di Muar iaitu sekitar tahun 40an dan 50an dan sehingga tahun 70an. Katanya diapun dah lupa akan buku resepi tersebut kerana menurutnya semuanya dah direkod di kotak ingatannya. Wow hebat mertuaku ini. Sekarang ini mertua mama telah berusia 84 tahun dan tak lagi memasak di dapur seperti hari2 lalu. Segala macam resepi2 lama seperti kuih kacau labu, kacau keledek, wajik ,dodol, halwa maskat , baryani gam, nasi beringin, nasi kabuli dan segala macam jenis nasi, harissa dan bermacam2 lagi terutama resepi masakan Johor terdapat dalam buku ini. Bukan sekadar resepi masakan sahaja yg terdapat dalam buku ini, malah sukatan makan berhidang utk kenduri perkahwinan, kenduri kendara. Selain itu sukatan masakan utk periuk yg diukur mengikut kiraan gantang.


Dan satu lagi ini mama dapat mewarisi lagi sebuah buku resepi kepunyaan emak mama, namun dalam versi tulisan rumilah...sama macam buku pemberian mertua...Buku ini ditulis dalam akhir tahun 50an sehingga lewat 80an. Kebanyakkanya bukan dalam kilo ataupun gram tetapi nasib baik dalam buku nie emak mama telah membuat cacatan daripada kati kpd kilogram dan imperial (oz) kpd gram. Sama seperti buku resepi mertua, buku ini juga memuatkan segala sukatan, kiraan dan jumlah pada setiap hidangan masakan. Namun buku ini agak sistemetik sikit kerana terdapat glossarynya sekali. Ibuku memang hebat dalam bab2 macam nie tapi dalam bab masak memasak rasanya lebih hebat lagi mertuaku. Namun di mata ini kedua2nya cukup hebat. Kalau mertua ku hebat masak untuk jumlah seramai 1,000 org, ibuku juga hebat masak untuk masakan gubahan makan berdamai pengantin.....dan kini aku mewarisinya...ewahhhh saja nak promote nie.... tak charge apa2pun sekadar amal jariah...itu pesan ibuku.
dan kini segalanya telah berubah.....

Inilah koleksi buku resepi mama yg terkini....ianya tidak lagi di exercise book namun telah beralih kepada blog. Namun mama masih lagi menyalin dari kenalan, org2 tua dan pakar2 masakan, menulis di buku kulit tebal itu selain resepi dari net..... bezanya cuma buku resepi mama di dalam blog lebih kepada memberi sumbangan dan telah mama cuba terlebih dahulu dan mama hidangkan kepada keluarga dan santapan mata pembaca blog sekelian. Walaupun mama tak dapat menjamu korang dengan hidangan ini namun cukuplah sekadar menjamu mata......

Itulah saja yg dapat mama kongsi bersama dengan pembaca blog ini. Insya allah mama akan mencuba segala jenis resepi di semua koleksi buku2 tulisan tangan dan buku2 resepi bercetak yg tidak mama paparkan di sini...nantilah jika diizinkan Allah mama akan paparkan di sini termasuk segala tips2 org2 dahulukala.


Jumpa lagi...babai...

Wednesday, November 19, 2008

Kerabu Pucuk Paku

Bila dah makan lauk kampung kalau boleh sayur pun nak masak cara kampung jugak. Sebenarnya masakan kampung nie sangat menepati selera mama. Lebih2 lagi jenis2 kerabu ataupun urap.
Kerabu Pucuk Paku

1/2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
lada padi mengikut kepedasan
segenggam ikan bilis
sejari kunyit
(Kesemua bahan ditumbuk bersama garam)


Seikat pucuk paku yg dicelur sebentar
sedikit taugeh segar (tak perlu dicelur)


Panaskan sebentar bahan tumbuk dan kelapa
kacaukan sebentar di adalam kuali tanpa minyak ataupun disangar


Masukkan pucuk paku dan taugeh

Siap utk dihidang......

Rasa sangat berselera sekali makan kerabu pucuk paku, ulam daun kemagi dan lemak telur.
Memandangkan dah berpuluh tahun tak makan masak lemak telur ayam pra matang nie so mama abadikan bersama pinggan yg dah berpuluh tahun juga tak digunakan......Nostalgia sungguh menu mama kali ini....lebih2 lagi pinggan nie......hehehhehe...antik sungguh




Resepi Nostalgia

Rasanya dah 20 tahun lebih mama tak melihat suasana seperti gambar di atas tuh...... last sekali suasana mcm tuh yg mama lihat ialah sewaktu perkahwinan ibu saudara mama yg paling bongsu...itupun sekitar tahun 1983 dan waktu itu mama berusia 9 tahun. Masa berlalu dan semuanya luput dalam ingatan....tetapi........ minggu lalu memori yg berpuluh tahun itu menggamit kembali. Ianya muncul semula selepas mama terpandang akan sesuatu sewaktu sibuk mengambil gambar2 orang sedang rewang pada satu majlis perkahwinan di sebuah kampung.
Inilah yg mama terpandang dan mengingatkan mama semula tentang masakan ini. Lama benar tak makan ni.... Benda ni memang tak ada jual tetapi byk terdapat bila ada majlis kenduri kahwin. Bila Pakcik2 tuh sedang menyiang ayam mama tengok banyak betul telur2 ayam nie yg dikeluarkan dari perut ayam. Ada dalam 5kg macam tuh. Ayam telur nie daging dia memang sedap dibuat masak, pejal dan tak hancur. So dengan muka yg tak malu, mamapun memintalah sedikit utk di bawa pulang ke rumah dan cadang nak masak sebab lama benar tak makan telur ayam tak jadi ni. Kalau dulu2 org tua2 memang tak kasi kita makan telur ayam belum jadi nie. Mereka kata nanti takut mandul. Huh... kat mana logiknya cuba buktikan? Padahal telur ni sedap dan diaorg yg nak melantak tu sebab tuh tak kasi kami yg kecik ni dulu makan. Buruk sungguh perangai org tua dulu2. Teringat mama pulak akan cerita Batu Belah Batu Bertangkup. Pasal anak yg masih kecik tak reti bahasa lagi makan telur ikan tembakul, sanggup dia merajuk meninggalkan anak2 dan pergi bunuh diri akibat merajuk dengan ank yg belum mengerti apa2. Hishhh..... jauhkanlah aku dari bersifat seperti emak Melur dan si Pekan itu.

Inilah rupa telur ayam yg belum jadi tuh...maksud mam ayg belum ada putihnya lagi....pra matangler tuh senang citer


1 batang serai 3 cm halia
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
2 cm halia
(Ditumbuk kesemuanya kecuali halia dititik)

Sehelai daun kunyit
cili padi kampung mengikut kepedasan yg diinginkan
tengok piring2 tuh...nostalgik sungguh.....

2 biji kelapa di kisar dan diambil patinya
(Asam jawa dicampurkan semasa memerah agar rasanya mesra...nilah cara org dulu2. Sekarang masih ada tak lagi yg mengamalkannya...dan mama juga masih mengamalkannya)
Santan cair dicampur bersama bahan2 dalam periuk dan perisakan garam sekali. Mama menggunakan blangah tanah....Masih masak macam org dulu2. Cuma tak pakai dapur kayu je....Kalau pakai tak taulah nak masak kat mana.

Renehkan di atas api yg kecil dan hendaklah sentiasa dikacau. Kalau tak nanti pecah santan jadi tak cantik.


Bila dah mendidih masukkan telur tersebut dan kacau sebentar


Akhir sekali masukkan pati santan. Pati santan dimasukkan sewaktu santan cair telah mula mendidih kerana ini akan lebih memekatkan kuah



Makan bersama nasi putih...mmmmm enak banget....... Korang ingat tak mangkuk tuh?????











Monday, November 17, 2008

Winter Sonata

Kalau ada sesiapa yang suka makan kimchi bolehlah dipelbagaikan kimchi dengan berbagai jenis masakan . Bila hujan2 begini dan sejuk2 ni teringat cerita Winter Sonata.

Nasi Goreng Kimchi- Winter Sonata
Sepinggan kimchi
1/2 mangkuk pes kimchi

kimchi dipotong melintang


1/2 mangkuk minyak bawang putih
sedikit minyak bijan



Pijarkan minyak bawang putih dan masukkan kimchi

masukkan nasi putih


masukkan pes kimchi dan gaul rata


tuangkan sedikit minyak bijan dan kacau rata
* Tak perlu dibubuh garam kerana kimchi telah sedia masin

Siap dihidang


Mari makan bersama.........................
*Minyak bawang putih- sila rujuk pada koleksi masakan cina mama ya....

Friday, November 14, 2008

Resepi Penawar Selsema

Musim2 hujan begini ramai gak yg sejuk2 kene selsema dan demam. So kalau rasa tekak tak sedap dan tak ada selera makan dik hidung berair dan terasa sejuk2 badan marilah sini mama ubatkan. Pernah tak korang pergi restaurant mamak dan nampak sup seperti yg akan mama tunjukkan ini? kalau pernah ...pernah tak merasa sup ini? Rasanya masam2 hangat gitu. Nama sup itu ialah Sup Rasam namanya. Ianya adalah sejenis masakan India. Ianya sesuai sekali dimakan ketika demam, selsema, sejuk2 badan dan dalam pantang bersalin.

Sup Rasam


Satu pelepah daun kari dilurut dari tangkainya
1 sudu teh kunyit serbuk
1 sudu teh lada hitam
1 sudu besar rempah penumis ikan
1 sudu teh jintan halus

2 tangkai lada kering dibuang biji dan dibelah 2
2 ulas bawang putih diketuk dan jangan diceraikan dari kulitnya
1/2 labu bawang besar dihiris kasar

1 biji buah tomato dipotong baji


1/2 mangkuk air asam jawa


Kesemua bahan disatukan dan masukkan air dalam setengah periuk dan didihkan sehingga masak


Makanlah semasa masih panas dan insya allah akan lega penyakit tuh......... bagi yg selsema ataupun sejuk2 badan

Cubalah ya.......