Monday, September 14, 2009

Berbuka dengan pai kentang

Lamanya rasa tak update blog, entahkan sibuk apa nama sampai tak menang tangan. Ehehehe....... Tup tup dah tinggal lagi berapa hari nak raya. Di bulan ramadhan ni tentu ramai yg membuat pelbagai juadah utk berbuka puasa tak kira juga yg membeli. Selain dari membeli mama ada gak membuat sikit2 juadah ala kadar utk berbuka puasa. Maklumlah ini pertama kali si Adik Adzym berpuasa. So time berbuka ni sekarang ikut tekak anak2 ajelah. Bagi mama dan hubby tak kisah makan apa saja. Biasanya setiap hari tak bole miss juadah ini buat kakak. Juadah ini adalah PAI KENTANG. Mama akan buat Pai kentang ini 2 hari sekali. Buat lepas malam hari dan bakar semasa sahur. Bila balik panaskan saja. Resepi ini telah diajar oleh nenek mama semasa selama 13 hari beliau bersama mama pada bulan Ramadhan ini.
Bahan2 resepi ini mengikut agak2 saja anggarannya.


Resepi Pai kentang inti daging
20 biji kentang ataupun ikut suka nak banyak mana
1/2 gelas susu cair
secubit garam
Kentang dikupas kulit dan direbus kemudian lecek sehingga halus. Bubuh garam dan susu cair. Gaul rata.

Tepekkan kentang yg dilecek ke dalam acuan pai. Ratakan

Bubuh inti ke dalam pai dan tutup semula permukaan dengan lebihan kentang lecek tadi dan sapukan butter dipermukaan pai
Bahan Inti :
Daging cincang
sebiji bawang merah(Didadu)
4 ulas bawang putih(dikisar)
2 sudu besar lada hitam (dikisar)

Cara membuatnya :-
Tumiskan bawang merah, lada hitam dan bawang putih. Masukkan daging dan biar sehingga airnya kering barulah dibubuh ke dalam pai.

bakar sehingga masak kekuningan



Hidangkan bersama teh o




Pai ini sedap dimakan semasa panas2 ataupun disejukkan
Selamat mencuba resepi yg sungguh mudah ini.





No comments: