Tuesday, September 15, 2009

Lagi Menu Ramadhan Kegemaran Adik

Selain puding roti, Adik jugak menggemari roti yg berisi inti daging ini. Kalau bolehpun hari2 Adik nak makan roti ni. Roti ini adalah resepi dari seorang kawan baik mama, Julia. Pertama kali masa mama makan di rumahnya terpikir2 kuih apakah ini. Nama dia jugak glamour, CEPER BERISI EMAS. Resepi ini juga mudah.

CEPER BERISI EMAS

Beberapa keping roti di leperkan sehingga nipis

terap dengan acuan bergerigi


Masukkan ke dalam loyang seperti di diatas


Masukkan inti dan bakar
Bahan Inti :-
(Bahan2 ini juga sukatannya terpulang pada banyak mana roti yg hendak digunakan)
Daging cincang
Bawang putih dan bawang merah
Serbuk lada putih
Telur

Tumiskan bawang dan masukkan daging. Bubuh serbuk lada putih dan garam secukup rasa. Masak sehingga hampir kering. Bila telah sejuk, pecahkan telur dan gaul rata lalu dimasukkan ke dalam roti yg dibubuh dalam acuan


Sesuai sebagai hidangan minuman petang dan ke picnic



1 comment:

nassir79 said...

selamat hari raya,maaf zahir batin.nanti jemput datang ke rumah :D