Wednesday, September 30, 2009

Biskut Crystal Ball

Masih lagi bercerita tentang kuih raya yg tak sempat dan ketinggalan bas ini. Kuih ini adalah Biskut Arab ataupun Crystal Ball dan sangat popular dengan version terbaru iaitu diwarnakan dan ditabur dengan gula kastor, tetapi apabila melihat resepinya ianya lebihkurang seperti Biskut Suji zaman berzaman dahulu. Biskut ini memang setiap tahun mama buat kerana ianya menjadi kegemaran dan kesukaan hubby.
Oleh kerana sibuk benar semasa membuat kuih ini sampai terlupa nak amik gambar semasa proses pembikinannya tetapi mama rasa semua orang tahu akan cara membuatnya. So dapatlah dilihat apabila biskut ini telah siap dibakar.







Bahan-bahannya :- (Utk 2 adunan)



500 gm tepung gandum
200 gm gula halus
250 minyak sapi
Pewarna ikut citarasa masing-masing



Cara membuatnya :-



Campurkan kesemua bahan kecuali pewarna dan gaul rata. Di sini minyak sapi tak perlu dicairkan. Uli hingga menjadi doh dan boleh dibentuk. Bahagikan kepada 3 ataupun 2 bahagian. Mama bagaikan kepada 3 bahagian tetapi bila dah masak nampak macam 2 kaler aje, mungkin sebab warna biru yg mama gunakan terlalu cair. Ulikan setiap doh yg telah diwarnakan seperti silindir dan kemudian cantumkan ketiga2 bahagian doh yg telah diwarnakan. Selepas itu potong mengikut saiz yg dikehendaki dan bulat2kan. Susun di atas loyang pembakar dan bakar sehingga masak. Suhu mengikut oven masing2. Bila telah masak, golekkan ke dalam gula halus dan bubuh di dalam paper cup.


No comments: