Thursday, July 2, 2009

Siput Gong Gong Rebus Kenangan Bersama Ayah



Minggu lepas semasa mencari ikan fresh di perairan Laut Stulang mama terpandang akan sesuatu. Ya...... segera ingatanku terkenangkan akan arwah ayah. Siput manis ataupun lebih dikenali Siput Gong Gong. Dulu masa mama kecik2 Ayah selalu mencari siput Gong Gong bila kami pulang ke rumah nenek di Singapura. Masa tu rumah nenek masih kampung lagi. Hanya mama, emak dan ayah saja yg makan....Adik beradik mama yg lain tak pandai makan. Abang mama yg no 3 selalu cakap lepas makan pasti menggonggong. Puaslah mama makan. Nenekku pulak tukang memasaknya.
Bertahun2 sudah peristiwa itu berlalu dan semenjak nenek pindah ke Haugang kami tak pernah lagi makan Siput Gong Gong. Ingatan mencari Siput Gong Gong juga luput, tetapi pada tahun 2002 semasa mengandungkan Adik mama mengidam sangat makan Siput Gonggong. Puas Ayah mencari dan akhirnya jumpa di Giant Hypermarket. Bila siap direbus mama cuba makan tetapi rasanya tak sama.
Dan baru2 ini mama dapat beli yg masih fresh. Balik ke rumah terus mama rebus. Sesiapa yg pernah makan tentu tau akan keenakkan rasanya. Jom kita masak.
Siput Gong Gong Rebus


1 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
Halia sebesar ibu jari
(Ketiga2 bahan dihiris)
2 keping asam gelugur
3-4 tangkai cili padi diketuk


Siput Gong Gong dicuci bersih, kemudian cengkerangnya diberus dengan menggunakan berus kecil (mama biasanya menyediakan sebatang berus gigi yg dikhaskan untuk memberus cengkerang ketam dan siput ini)
Campurkan kesemua bahan2 dan air dan rebus.


Mengikut petua Nenek mama semasa merebus siput ini di dalam kuali, lintangkan senduk kayu panjang di atas kuali tersebut. Kononnya dengan cara ini siput tersebut bila masak nanti akan mudah keluar dari cengkerangnya. Samada benar atau tidak Wallahualam! Tak mahu mama percaya benda2 macam ni. Cuma ini petua orang2 dulu2 yg macam tak lojik aje dengarnya. Jangan marah ya......


Bila dah masak bolehlah dimakan bersama sambal belacan atau sambal air asam. Sedap juga dimakan begitu saja......


Kalau dulu Ayah yg tolong tarik dari cengkerang.......
Yang makan malam tu cuma aku dan emak......tidak lagi bersama Ayah yg kukasihi. Itulah antara kenanganku bersama Ayah. Ayah memang arif tentang makanan2 laut ni.

















3 comments:

Mat Gebu said...

Menariknyaa petua akak tu....esok2 kalau lah saya masak siput gong2 nih, pinjam yeaa petua tu...pstt...lepas tu hidang dalam mangkuk "Meakin" kaler pink untuk lebih afdal..tak gitu..hehe..

Mama Vogue said...

eheheh.... yelah Mat, petua org2 tua ni ada yg bole kita ikut ada gak yg tidak. Mengenangkan masakan ini dah jarang dimasak dan cuma org dulu2 aje yg tahu siput ni, memang sesuai dihidangkan dalam mangkuk meakin pink tu.....

Mama Vogue said...
This comment has been removed by the author.