Friday, July 17, 2009

Sewaktu AKU baru bergelar MENANTU

Lama benar tak buat kuih ini. Rasanya adalah dalam 11 tahun. Pertama kali buat masa baru kawin. Masa tu hubby teringin nak makan kuih ni. Alamak, kat umah mak dia mengada2 nak makan kuih yg tak pernah mama buat. Lepas tu masa buat mertuapun duduklah kat dapur tengok2 mama buat. Baru kawin masa tuh....nervous gilaaaa.......Senyap2 mama ring ring dekat emak bertanyakan resepi. Masa tu kelam kabut so taklah concentrate sangat. Tup....tup masa perah ubi yg diparut tuh ada ke terus buang air parutan tuh bersama mendapan sagu dia. Apalagi menjeritlah mertua mama. Bukan menjerit marah tetapi menjerit terperanjat. Penyudahnya parutan ubi itu mertua terpaksa campurkan sedikit tepung kanji, namun bila dah dibakar ianya keras walaupun masih boleh dimakan.
Malunya mama bukan kepalang. Hubby dia tak kisah, sedap tak sedap dia makan aje. Alah, don't worrylah..... I tetap sayang....masih ku ingat lagi ayat-ayat power itu. Ayat cuba memujuk barangkali. Yg malunya bukan hubby seorang yg mengadap sarapan bingka ubi pada pagi itu, tetapi mertua dan abang2nya yg lain.
Kenapa kuih ni keras? berulang2 kali abangnya dok komen. Muka mama dah naik merah padam. Sure nak mengenakan aku. Tiba-tiba mertua menyampuk....Emak terbuang air sagunya semalam...tak perasan ingatkan air apa sebab dekat dengan sink.....begitu mertua mama cuba melindungi menantu barunya itu. Terkejut mama...... rasa terharupun ada juga. Mungkin mertua lihat air mata dah bergenang di kelopak mata mama dan mama buat keputusan konon tak mahu bersarapan sama2...dia cuba berbohong dengan anaknya itu.
Sampai sekarang masihku ingat lagi peristiwa itu. Masa tu inai masih lagi merah dijari. Tapi kini ianya menjadi kenagan yg cukup manis buat mama. Sekarang mama tak lagi gentar berada di dapur mertua biarpun mama bukanlah seorang yg mahir memasak.
Semua orang dah tau buat bingka ubikan..... tapi mama sesaja nak berkongsi resepi bingka ini dengan kawan2. Resepi ini tidak menggunakan penyukat sebab resepi lama. Resepi dari emak. So agak2lah ya.....
Bingka Ubi Gula Merah

Disini mama menggunakan 2 tongkol ubi kayu sepanjang kira2 30cm panjangnya
Ubi dikupas kulitnya dan dicuci lalu dikerat2 kemudian diparut
Perah ubi dengan menggunakan kain kasa jarang
Gambar diatas menunjukkan ubi yg telah siap diperah


Air dari perahan ubi
Biarkan seketika sehingga terdapat mendapan

Buangkan perlahan2 air ubi diatasnya dan tinggalkan mendapan dibawah
Gambar diatas ini adalah mendapan air yg diperah dari ubi yg diparut
Mendapan ini dipanggil SAGU


Gula merah


1 biji kelapa diambil 2 cawan pati santan


Pecahkan 1 biji telur ke dalam hampas ubi



Masukkan gula merah dan juga gula pasir
Gaul rata


Masukkan juga minyak sapi dan akhir sekali gaul hingga sebati



Bakar sehingga masak di dalam oven. Biasanya bingka ubi ini dibakar didalam loyang yg berlobang tengah tetapi ntah mana ghaibnya loyang mama itu



Sejukkan sebelum dipotong

Hidangkan bersama air kopi panas. Sesuai dijadikan sebagai hidangan sarapan pagi dan minum teh petang




































































2 comments:

izan said...

salam...lama nya tak masuk sini...apa kabar

Mama Vogue said...

Wsalam Izan... khabar baik. Masih bz lagi ke dgn cupcakes?