Tuesday, July 21, 2009

Percubaan Yang Pertama Kalinya

Rancangan membuat mee rebus terpaksa mama tundakan lagi atas permintaan si kakak. Kakak telah mengikuti program KEUSAHAWANAN di sekolahnya. So, kakak telah plan nak buat cupcakes dan batu seremban.


Dalam hidup mama inilah pertama kali mama membuat cupcakes fondant. Aduhhhh, camner ni ekkk??? Puas mama membelek resepi dari internet. Ramai jugak yg mahir dalam selok belok membuat cupcake yg dideko dengan butter cream dan fondant. Wah teruja sungguh. Tanpa pengalaman bagaimanalah rupa bentuk cupcakes fondant yg bakal mama hasilkan nanti. Tak apalah, tak salah mencuba.

Inilah pengalaman pertama mama dalam menghasilkan cupcakes untuk puteri kesayanganku. Resepi ini mama ambil dari Myresepi- alma@myresipi.com dan telah mama tukarkan nama cupcake ini atas permintaan kakak.


Best Friends Forever Cupcakes



1) Cara membuat cupcake :


300gm tepung gandum
350gm gula
1/2 cawan serbuk koko
11/2 sudu kecil bikarbonat soda
1/2 cawan butter
2 sudu kecil esen vanilla
1 1/2 cawan susu segar
Satukan bahan2 ini ke dalam mixer dan pukul dalam kelajuan rendah agar campuran ini sebati. Kemudian pukul lagi dalam 2 minit


Masukkan 2 biji telur dan pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 2 minit


Adunan yg telah sebati disendukkan ke dalam paper cup sebanyak 3/4. Jangan tuang penuh2. Bakar selama 20 minit pada suhu 170 darjah atau mengikut oven masing2.


Cupcakes yg telah siap dimasak dan sedia untuk ditoppingkan mengikut citarasa masing2.

2) Cara Membuat Fondant

1 camca besar gelatin halal
63 ml air
1kg gula icing diayak
125 ml sirap glucose
1 1/2 camca besar gliserin
2 camca besar lemak sayur (shortening)
Pewarna pilihan
Sedikit tepung jagung
Tuangkan air ke dalam periuk vision dan masukkan gelatin ke dalamnya. Panaskan gelatin secara double boiler sehingga cair dan kacau rata. Biar sebentar sehingga suam kemudian masukkan sedikit2 gula icing dan kacau sehingga menjadi putih bersih dan lembut. Pada masa ini doh memang lembik dan tidak boleh dibentuk. Simpan doh di dalam bekas kedap udara 1-2 jam. Semalaman lagi baik.
Keesokkan paginya:

Doh yg disimpan dibahagikan kepada 3 bahagian dan diwarnakan mengikut citarasa masing2. Uli sehingga warna sebati dan biarkan sehingga 15 minit sebelum dibentuk. Pastikan doh sentiasa berada di dalam bekas kedap udara untuk mengelakkannya dari menjadi keras dan payah untuk dibentuk.
3) Cara membuat Royal Icing

1 butir putih telur
1 sudu besar jus lemon
gula icing
Campurkan putih telur dan jus lemon ke dalam mixer dan kacau sehingga sebati. Masukkan gula icing sedikit demi sedikit dan putar sehingga putih gebu. Simpan di dalam bekas kedap udara.
4) Cara Membuat Fondant Kek


Sapukan royal icing ke atas permukaan kek. Taburkan sedikit tepung jagung ke atas papan pencanai atau meja kerja. Canaikan fondant lbh kurang dalam 1/2cm dan terap dengan acuan bentuk bulat yg besar sedikit dari saiz cupcake. Makesure tapak tangan kita juga disapukan dengan tepung jagung semasa kita mengangkat doh yg telah diterap.


Boleh juga kita gulungkan fondant tadi dengan menggunakan torak kecil dan alihkan ke atas permukaan cupcake. Ratakan dengan tangan kemas2.

Canai doh yg berwarna untuk membentuk mengikut citarasa masing2 yg diingini.
Cara membentuk sekuntum bunga mawar

Ambil doh yg berwarna merah dan bentukkan bulat kecil2 seperti guli. Buat dalam 4 biji. Gelekkan ke atas papan pencanai dan susun memanjang kebawah dengan ditindihkan diantara satu sama lain sedikit. Kemudian gulung dari doh yg dibawah sekali perlahan2 sehingga diatas.



Selepas menggulung bentukkan kelopak2 bunga agar ia menjadi kembang sedikit. Saiz sekuntum bunga bergantung pada kelopak yg dibuat. Jika menginginkan ros yg kembang mekar buat dalam 6-7 kelopak. Jika untuk kuntum cukup 3 keping kelopak sahaja. Di sini mama hanya membuat 4 kelopak sahaja. Capuk2 putih pada bunga itu adalah dari tepung jagung dan ianya akan hilang lama kelamaan.
Bubuh sedikit royal icing untuk melekatkan diantara daun dan kuntuman bunga ros.


Walau hasilnya tak secantik mana, mama tak kisah. My first try, bisik hati mama.




Terima kasih yg tak terhingga mama ucapkan kepada Mat Gebu yg telah menunjuk ajar cara membuat fondant kek ini melalui blognya di http://tiffinbiru.blogspot.com/


Insya Allah mama akan cuba lagi membuat kek fondant yg lebih cantik dan tidak comot dilain masa. Ni baru cubaan main2.



** Lebihan fondant bolehlah disimpan didalam plastik dan masukkan kedalam bekas kedap udara. Tak perlu disimpan di dalam peti ais. Ianya tahan selama 1 tahun dan lebihan royal icing juga disimpan didalam bekas kedap udara tetapi mampu bertahan selama 1 minggu sahaja.

Walaupun enjoy tetapi penat juga membuat fondant kek ni. Jika diberi 2 pilihan antara menjahit dan membuat kek, mama akan pilih menjahit...... sebab apa jika penat dan mengantuk kita boleh terus tidur ....ehehhe..... Ini dengan lekitnya, berseraknya, sana sini gula........comot momot......... Apapun dah tauler serba sedikit.






























































































































































No comments: